Friday, August 12, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-19 (Sesi Petang)

Kumpulan A

Hari : Isnin hingga Jumaat

Tarikh : 8 hingga 12 Ogos 2022

1. Nor Amirulfitri bin Othman

2. Rozimah binti Yaakob

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Mohamad Fuzi


        Awal bismillah pembuka bicara. Petang Isnin, warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) hadir dengan semangat dan harapan setinggi gunung. 

Kebersihan tetap diutamakan.

        Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sebelum perhimpunan dimulakan. Majlis dibuka dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Atur cara majlis disambung dengan bacaan doa dan lafaz ikrar oleh adik Nur Airis.



        Majlis perhimpunan pada minggu ini dikendalikan oleh Puan Nor Azmira selaku guru bertugas yang dipertanggungjawabkan sebagai pengacara majlis perhimpunan. Cikgu Azmira menerangkan kepada murid-murid maksud tajuk pada minggu ini iaitu 'Bertolak Ansur'. Cikgu Azmira memberikan penekanan kepada istilah give and take dalam berurusan dengan sesiapa jua


        Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan laporan minggu lalu oleh Puan Nur Azlin, guru bertugas minggu lepas. 


        Majlis diteruskan dengan memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini. Para guru mengenakan busana berwarna coklat sebagai mematuhi tema warna pada majlis perhimpunan minggu ini iaitu warna coklat. 


        Usai majlis perhimpunan, murid-murid tahun 1 dan 2 bergerak ke kelas masing-masing mengikut barisan. Manakala murid-murid tahun 3 kekal di Dewan Perdana untuk Program Jom Henshin! anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin SKTPP. 

Murid-murid bergerak ke kelas selepas majlis perhimpunan tamat.

Pengurusan peserta oleh Puan Nor Rafini.

Taklimat Anti Buli oleh Puan Nor Arzah, penyelaras program.

            Hari Selasa di SKTPP dimulakan dengan aktif dan bertenaga. Kehadiran 'Lori Milo' yang sinonim dengan gaya hidup aktif menaikkan semangat murid-murid. Semua murid serta para guru tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan air milo yang dikatakan mempunyai rasa yang unik jika dibandingkan dengan air coklat lain.



            Selepas sesi berswafoto bersama 'Abang Milo', murid-murid tahun 3 meneruskan program Jom Henshin! untuk hari yang kedua. Kali ini ceramah disampaikan oleh Encik Shahril Sabri, penceramah jemputan yang berjiwa muda dan penuh semangat. 


Ceramah Jom Henshin! bersama Encik Shahril Sabri

            Hari Rabu merupakan hari ketiga Program Jom Henshin! Aktiviti dijalankan di dalam kelas bersama mentor dan mentee yang terdiri daripada guru-guru SKTPP sendiri. 


            Hari Khamis, warga SKTPP hadir seperti biasa ke sekolah. Berbekalkan semangat juang yang tinggi murid-murid hadir dengan harapan, semoga pulang dengan kejayaan di hujung hari. Insya Allah. 

Aktiviti Pendidikan Jasmani

            Hari Jumaat hadir dengan tenang. Murid-murid mengisi masa lapang sebelum bergerak ke kelas dengan membaca buku. Masa yang terluang tidak disia-siakan. 




        Alhamdulillah minggu 19 ditutup dengan lancar tanpa sebarang masalah besar atau kemalangan. Hal kecemasan serta masalah kesihatan yang dialami oleh murid-murid telah diatasi dengan baik oleh guru-guru. 
          Semoga SKTPP terus maju dalam segenap bidang. 

Disediakan oleh, 
Nor Amirulfitri bin Othman

No comments:

Post a Comment