Friday, August 12, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-19 (Sesi Pagi)

Tarikh :  8 Ogos 2022 - 12 Ogos 2022

Hari : Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas :

1. Puan Norli Binti Hassan (K)
2. Puan Astina binti Mahad Nor (P)
3. Puan Norsiah binti Mohd Nor
4. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Puan Shahrul Rozaina binti Jelani
6. Puan Juli binti Mahbah
7. Encik Zurilazman bin Abdullah
8. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Encik Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
10. Puan Siti Rabiaah binti Mohammad
11. Puan Norinna binti Mohamed
12. Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson
 


Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh : 8 Ogos 2022

Hari : Isnin

Masa : 7.30 - 8.00 pagi

Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis : Puan Norli binti Hassan

Tema warna : Coklat

Tema ucapan : Bertolak ansur 

1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar. 

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian ketiga-tiga lagu dipimpin oleh Asyira Farisya binti Mohammad Asmal (6 Ibnu Thufail). 
  • Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Iman Riezqi bin Norhisham (6 Ibnu Sina).
  •  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Puan Norli binti Hassan selaku pengacara majlis.
  •  Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Muhammad Adam Syaqir bin Mohd Hafiz (6 Ibnu Thufail).

2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-18 disampaikan oleh Puan Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz.  

  • Mengingatkan murid-murid agar berhenti / tidak bergerak apabila nyanyian Lagu Negaraku sedang dinyanyikan sebagai tanda hormat kepada Negara kita.
  •  Menasihatkan murid-murid agar dapat menyimpan duit belanja dalam dompet yang bersesuaian (dompet yang berzip) untuk mengelakkan duit cicir. 
  •  Mengingatkan murid tentang adab semasa membaca surah Yassin pada pagi Jumaat. Murid-murid dilarang berbual semasa majlis bacaan surah Yassin.

3.0      Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Puan Norli binti Hassan. Tema : Bertolak Ansur

  • Bertolak ansur bermaksud saling memberi dan menerima, mahu berlebih kurang, tidak berkira apabila berbuat baik sesama orang lain.
  •  Sikap bertolak ansur perlu ada dalam diri kita agar dapat melatih diri bersabar dan mengawal diri apabila berlakunya konflik yang boleh menjejaskan diri seseorang.
  •  Kebaikan bersikap tolak ansur ialah dapat hidup bahagia dan tenang, tidak bergaduh dan dapat berkongsi bersama (barang). 
  •  Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dalam kehidupan seharian agar kita dapat hidup dalam harmoni aman sejahtera dan saling membantu, memahami antara satu sama lain.
  •   LAWAD pada minggu ini :
    • Bahasa Melayu : Bagai melepaskan batuk di tangga - melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh
    •  Bahasa Inggeris : carry - bawa 
    • Bahasa Arab :   عظيم - hebat                  

4.0    Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Azizah binti Mokhlas. 

  • Memaklumkan bahawa Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik 2022 akan dilaksanakan pada 15 Ogos 2022 - 19 ogos 2022. Mohon semua murid membuat ulangkaji pelajaran. 
  •  Menasihatkan murid-murid agar menjaga keselamatan dan kesihatan diri memandangkan sekarang musim hujan.

 

 
 
Program/Aktiviti sepanjang minggu
 
 








No comments:

Post a Comment