Thursday, August 18, 2022

Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA : Sepakat dan Selamat

Program Sekolahku SEJAHTERA bertujuan untuk memperkenal, mempromosi dan meningkatkan pemahaman terhadap eleman-elemen SEJAHTERA yang perlu sentiasa diterap, dididik, diamalkan dan dihayati sehingga menjadi budaya semua warga sekolah. Sebanyak 14 elemen nilai-nilai murni ditekankan di bawah konsep Sekolahku SEJAHTERA iaitu Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan Artikulasi.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA  dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif kearah mencapai kesejahteraan masyarakat. Ini merupakan salah satu usaha dalam membentuk sahsiah serta tingkah laku murid dan secara tidak langsung juga merupakan usaha bagi menangani disiplin dan salah laku murid di sekolah.

Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah seluruh negara. 

Berikut adalah maklumat berkaitan program;

Tarikh    : 18 Ogos 2022

Hari        : Khamis

Tempat    : Dewan Perdana SKTPP

Anjuran    : Unit Bimbingan dan Kaunseling

Perasmi Program : Lans Koperal Kennery Malvin (Pegawai Perhubungan Sekolah, PDRM)

Berikut merupakan rakaman gambar dan video sepanjang program berlangsung :

Pengerusi Majlis : Puan Juli bin Mahbah

Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Tema Sekolahku SEJAHTERA

Bacaan Doa : Ustaz Ahmad Zubair bin Muhamad Taib

Ucapan Guru Besar : Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali

Ucapan YDP PIBG : Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Ucapan Perasmi oleh Lans Koperal Kennery Malvin diikuti dengan gimik perasmian

Poster Anti Buli


Sedikit bingkisan video sepanjang program 'Sekolahku Sejahtera' berlangsung... 


Disediakan oleh :

Safinatunajakh bt Mat Som

No comments:

Post a Comment