Friday, August 19, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-20 (Sesi Petang)

Hari : Isnin - Jumaat
Tarikh : 15 Ogos - 19 Ogos 2022

Alhamdulillah, selesai sudah minggu persekolahan bagi minggu ke-20 pada minggu ini. Guru-guru bertugas dari kumpulan B telah dipertanggungjawabkan menjalankan tugasan pada minggu ini.

Guru-guru bertugas pada minggu ini ialah ;
1. En. Mohd Hadri b Awang Idris
2. Pn. Suriyana bt Salim
3. En. Afandi b Mat zain
4. Pn. Nor Holwani bt Yahaya
5. Pn. Nornadzirah bt Abd. Rahim
6. Pn. Nor Latipah bt che Yusoff
7. Pn. Ranjiny a/p Rajah
8. Pn. Nur Wahidatuldinah bt Hassan
9. Pn. Nor Saadah bt Abd. Halim
10. Pn. Ummu Athiah bt Hashim

Barisan guru bertugas
   
    Pada minggu ini tiada perhimpunan mingguan seperti minggu-minggu sebelum ini. Hal ini kerana, pada minggu ke-20 telah berlangsung Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik 2022. 
    Sepanjang pentaksiran dijalankan, guru-guru mata pelajaran masuk ke kelas mengikut jadual waktu sedia ada. Murid-murid menjawab pentaksiran di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru mata pelajaran. 
    Kehadiran murid pada minggu ini juga sangat membanggakan. Hampir kesemua kelas penuh kehadiran harian. Bagi murid yang tidak hadir dengan sebab-sebab tertentu dan dimaklumkan dengan surat tunjuk sebab diberi kebenaran untuk menjawab pentaksiran pada minggu hadapan.
    Berikut disertakan gambar-gambar ketika berlangsungnya pentaksiran di dalam kelas;


    Pada hari Jumaat, 19 Ogos 2022 pula, telah berlangsungnya Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah. Di bawah disertakan butiran program serta gambar-ganbar yang dapat dirakamkan pada hari tersebut.

Makluman program



    Selesai sudah laporan bertugas pada minggu ini. Di sini disertakan  beberapa keping gambar suasana di sekolah sepanjang minggu ini..

Murid hadir ke sekolah dengan gembira

Suasana waktu rehat

    
    Terima kasih kepada guru-guru bertugas (Kumpulan B) dan semua guru sesi petang yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang minggu bagi memastikan disiplin murid dan perjalanan aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar.
Tahniah dan terima kasih.

Laporan disediakan,
Ummu Athiah bt Hashim 

No comments:

Post a Comment