Thursday, August 4, 2022

Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun MSS Selangor 2022

Pada 1 -  4 Ogos 2022 telah berlangsung Kejohanan Kriket Bawah 12 tahun MSS Selangor 2022. Seramai 9 orang murid SK Taman Putra Perdana telah terpilih mewakili daerah Sepang dalam kehjohanan ini. Perlawanan ini diadakan di SMK Taman Desaminium. 

Murid-murid SKTPP yang terlibat adalah:

1

MUHAMMAD HAKEEM RIZQI BIN NORAZMI

2

MUAMMAR ZIQRI BIN MUAMMAR ISARUDDIN

3

MUHAMMAD FAREEQ BIN MOHD SYAROL NIZAM

4

AUF ABRAQI BIN MOHD. RUSDI

5

SHAQIL IMAN BIN NORIZAM

6

MUHAMMAD KHAIRUL NAZRIL BIN AZMI

7

MUHAMMAD AMMAR BIN RUSDI

8

MUAMMAR ZAFRAN BIN MUAMMAR ISARUDDIN

9

AHMAD HARIS IKHWAN BIN SAIFULLAH





Pasukan Sepang telah diundi berada di kumpulan B bersama Klang dan Hulu Selangor.

Hari Pertama

Perlawanan diadakan pada pukul 2.00 petang dan Sepang berjaya menewaskan Hulu Selangor dengan 10 wicket.

Sepang menang dengan 10 wicket


Hari Kedua
 
Sepang berjaya menewaskan Klang dengan 10 wicket. dan berjaya menjadi Juara Kumpulan B. Sepang telah diundi untuk melawan Kuala Langat pada peringkat separuh akhir. Perlawanan dijadualkan pada hari Rabu pukul 8:30 pagi.

Bersemangat untuk memenangi kumpulan B


Sepang menang dengan 9 wicket




Hari Ketiga

Perlawanan separuh akhir terpaksa ditangguhkan dan akan diadakan pada hari Khamis 4 Ogos 2022 memandangkan cuaca dan  keadaan padang yang tidak sesuai dilaksanakan pertandingan. 

Warming up

Keadaan padang 



Hari Keempat

Perlawanan separuh akhir dapat dijalankan, walaupun pada mulanya hujan gerimis. Alhamdulillah Sepang berjaya mengalahkan Kuala Langat dengan kelebihan 25 runs seterusnya Sepang berjaya mara ke perlawanan akhir.
 
Guru Besar hadir memberi kata-kata semangat 

Coach merangka strategi



Perlawanan akhir berlangsung pada pukul 1.15 antara Sepang dan Klang. Perlawanan sangat sengit dan berkesudahan dengan seri dan membawa ke super over. Akhirnya alhamdulillah pasukan Sepang telah dinobatkan Juara selepas berakhirnya super over Tahniah kepada para pemain, jurulatih, dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan. Semoga Pasukan MSS Selangor Bawah 12 yang dbentuk nanti dapat dinobatkan sebagai juara MSSM.



Pemain yang menggalas tanggungjawab sebagai pemukul dalam Super Over

Majlis penyampaian hadiah

Tahniah MSSD Sepang : 
Johan Kejohanan B12 MSS Selangor!

Sedikit video dari perlawanan akhir Sepang vs Klang;



Keputusan terkini:

Sepang Johan Kriket U18 & U12
Sepang Johan Keseluruhan Kriket MSSS 2022 - tahniah!

No comments:

Post a Comment