Friday, August 26, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-21 (Sesi Pagi)

Tarikh: 22 Ogos - 26 Ogos 2022

Hari: Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas:

1. Rosmizawati Binti Yusub (K)

2. Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah (P)

3. Faridatul-Akmal Binti Ismail

4. Junaidah Binti Rus

5. Nur Murni Binti Abdulllah

6. Nurul Iman Binti Illyas

7. Ahmad Musrizuan Bin Daud

8. Jamunarani a/p Bhoja Rajan

9. Mazzaini Binti Muda

10. Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar

11. Muhammad Afiq Bin Azli

12. Siti Fatimah Binti Wan Yaacob


Tarikh: 22 Ogos 2022

Hari: Isnin

Masa: 7.30 - 8.00 pagi

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis: En. Ahmad Musrizuan Bin Daud

Tema Warna: Oren

Tema Ucapan: Amanah


1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar. 

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian ketiga-tiga lagu dipimpin oleh Asyira Farisya binti Mohammad Asmal (6 Ibnu Thufail).
  • Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Auza'ie Bin Jamaluddin (6 Ibnu Qayyim)
  •  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh En Ahmad Musrizuan Bin Daud selaku pengacara majlis.
  •  Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Nur Irdina Sofiy Binti Mohamad Sharil (6 Ibnu Thufail)

2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-20 oleh Puan Rosmawati   

  • Mengingatkan murid-murid agar dapat menjaga kebersihan surau ekoran telekung dan sejadah didapati bersepah di dalam surau. 
  • Murid didapati hadir lewat dan memakai baju PJ semasa minggu peperiksaan yang lepas. 

3.0      Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh En Ahmad Musrizuan. Tema : Amanah

  • Antara sifat mendapat kedudukan tinggi dalam akhlak Islam ialah amanah. Islam amat menganjurkan umatnya menghiaskan diri dengan sifat amanah. Paling menarik, sifat ini dianggap titik penentu atau garis pemisah tahap keimanan dan keagamaan seseorang insan.
  • Rasulullah SAW tidak ketinggalan memberikan nasihat supaya bersifat amanah dalam kehidupan dan bersabda: "Sesungguhnya sifat amanah bertunjang dalam hati sanubari manusia, kemudian al-Quran diturunkan, maka hatinya yang bertunjangkan amanah itu akan mempelajari al-Quran dan sunah." (HR Muslim)
  • Perlu ditegaskan, amanah mengungkapkan maksud atau pengertian amat luas dan mendalam. Ia bukan sekadar bersikap jujur dan benar dalam apa-apa jua urusan kehidupan manusia, malah turut mencakupi setiap tanggungjawab atau tugas yang wajib dilaksanakan.
  • Begitu jugalah di sekolah, guru perlu amanah dalam mendidik murid-murid manakala murid perlu amanah dengan semua tugasan yang diberikan oleh guru. 
  • Cikgu Mus turut mengumumkan barang hilang iaitu 2 utas jam tangan dan 1 beg bekas makanan.
  •   LAWAD pada minggu ini :
    • Bahasa Melayu : Bulat Kata - Kata Sepakat
    • Bahasa Inggeris : Honest - Jujur 
    • Bahasa Arab :   نشيط (Nasyitun) - Aktif         

4.0    Ucapan Penolong Kanan HEM, Datin Noraizah Binti Dun 

  • Mengucapkan tahniah kepada PPIM atas kejayaan yang dicapai.
  • Beliau mengulas tentang kehadiran lewat di sekolah dan berharap semua murid memberi perhatian yang serius tenatng isu ini.
  • Selain itu, beliau turut mengulas kebersihan dalam kelas terutama murid mengasah pensel dan meminta murid membersihkan kelas sebelum pulang. 
  • Beliau juga menegur murid yang memakai pakaian sukan ketika perhimpunan rasmi dan berharap murid peka dengan majlis rasmi sekolah.
  • Di samping itu, pemakaian lencana juga turut disentuh oleh Datin Noraizah dan berharap perkara ini dapat diatasi segera.
  • Beliau juga turut memaklumkan pelancaran Sekolahku Sejahtera di sekolah ini dan program ini adalah bertujuan bagi mengatasi masalah buli seperti menggunakan perkataan yang tidak baik, mencarut, mengejek atau menulis perkara yang negatif dalam kalangan murid. Ibu bapa boleh melaporkan kes buli dalam sistem secara dalam talian. 

Berikut merupakan ringkasan aktiviti sepanjang minggu ini. 

Gambar sekitar sebelum sesi PdP dimulakan, murid bersemangat hadir ke sekolah mengikut waktu yang ditetapkan. Tahniah!

Gambar sekitar majlis perhimpunan rasmi SK Taman Putra Perdana pada hari Isnin 21 Ogos 2022. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 


Gambar sekitar sesi PdP telah tamat pada jam 12.50 dan murid pulang ke rumah dengan selamat. Tahniah murid kerana berjaya hadir ke sekolah!


Akhir kalam, semoga SK Taman Putra Perdana dapat melahirkan murid yang memenuhi tuntutan dasar pendidikan negara dan seterusnya dapat berbakti kepada bangsa dan negara. In sha Allah!


“Sabar dan teguhkan hati dalam menuntut ilmu, jangan lekas bosan dan kecewa. Bukan sahaja menuntut ilmu, bahkan segala perkara, pekerjaan, usaha, semuanya berkehendak kepada kesabaran.” – HAMKA


Sekian terima kasih 

No comments:

Post a Comment