Friday, August 19, 2022

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia (Sesi Petang)

Sambutan Bulan Kebangsaan diadakan pada Bulan Ogos sehingga September setiap tahun. Ia merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah di bawah pengurusan Unit Kurikulum. Bulan Kebangsaan ini disambut oleh seluruh warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bermula pada 19 Ogos 2022.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 pada tahun 2022 ini, kita seharusnya mengambil peluang menghayati makna sebenar sebuah kemerdekaan kerana ia adalah detik negara tercinta kita bebas daripada cengkaman penjajah dan memungkinkan kita membentuk negara bangsa sendiri. Manakala Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk mengingati Penubuhan Persatuan Malaysia pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Slogan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun 2022 ini selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

Objektif Bulan Kebangsaan dijalankan adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai rasa cinta kepada negara dan mampu melahirkannya melalui tingkah laku dan kata-kata. Seterusnya, ia juga dapat memupuk dan memperkukuhkan semangat setia kepada negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara. Selain itu, mensyukuri perjuangan generasi terdahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara. Dengan ini murid-murid dapat menghayati perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air melalui aktiviti  yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. 

Berikut adalah aktiviti yang akan dipertandingkan:

TAHAP

AKTIVITI

TAHUN 1

·         MENGHIAS KELAS BERTEMAKAN KEMERDEKAAN

·         PAKAIAN BERAGAM

·         PAKAIAN KEBANGSAAN (moral)

·         MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN

·         TULISAN TAMIL CANTIK (moral)

·         BINA AYAT TULISAN BERANGKAI                        

TAHUN 2

·         MENGHIAS KELAS BERTEMAKAN KEMERDEKAAN

·         PAKAIAN BERAGAM

·         PAKAIAN KEBANGSAAN (moral)

·         MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN

·         TULISAN TAMIL CANTIK (moral)

·         BINA AYAT TULISAN BERANGKAI

TAHUN 3

·         MENGHIIAS KELAS BERTEMAKAN KEMERDEKAAN

·         PERSEMBAHAN KOIR (kumpulan)

·         PAKAIAN KEBANGSAAN (moral)

·         MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN

·         TULISAN TAMIL CANTIK (moral)

·         BINA AYAT TULISAN BERANGKAI


Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika majlis berlangsung:


Pengerusi Majlis oleh: En. Hasbullah bin Zainal Abidin dan
Pn. Nik Rosmaliza binti Husain

Bacaan Doa oleh: Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Ucapan Perasmian oleh: Puan Rohaidah binti Mohd Ali 
Guru Besar SKTPP
 

Antara ucapan beliau adalah mengingatkan kita supaya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka. Murid-murid mesti mengasihi negara dan mengingati sejarah dan kisah kemerdekaan negara. Guru-guru sebagai orang dewasa perlu menanam semangat cintakan negara kepada murid-murid kerana ia penting dan supaya murid-murid memahami erti kemerdekaan sebenar. Bila murid-murid dewasa kelak dan bekerja juga menjadi pemimpin diharap murid-murid akan terus mempertahankan kemerdekaan ini.  

Pada masa dahulu kita dijajah oleh penjajah-penjajah bangsa asing, tetapi pada hari ini murid-murid sedang berperang dengan penjajah-penjajah dalam bentuk maya. Banyak unsur yang tidak baik berada di sekitar kita. Murid-murid perlu bijak menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik dan mesti mengekalkan budaya yang baik. Diharap murid-murid dapat memberi perhatian ssrta kerjasama terhadap semua aktiviti yang dirancang dan akan dijalankan. Kepada murid yang berjaya didahului dengan ucapan tahniah. 




Acara gimik kemerdekaan 

Murid-murid berasa sungguh bangga ketika membawa bendera Malaysia Jalur Gemilang. Sesungguhnya mereka adalah anak Malaysia yang merdeka hasil daripada perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu.





Acara perasmian dengan memotong kek bertemakan kemerdekaan. Kek tersebut agak unik kerana di dalam kek terdapat 14 bendera Malaysia. Guru Besar bersama Guru Penolong Kanan Petang agak teruja dengan idea kek 14 bendera yang disediakan oleh guru-guru.

Guru-guru yang terpilih sebagai Pakaian Menepati Tema Hari Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nur AmirulFitri bin Othman, Cikgu Saifullah bin Mat Saufi, Cikgu Siti Aisah binti Hanafi dan Ustazah Nor Rafini binti Othman.








Suasana yang meriah dan gembira dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Kelihatan semangat kemerdekaan yang ditonjolkan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Mereka juga sama-sama menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Demikianlah berakhirnya Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia pada tahun ini.  Semoga aktiviti yang akan dijalankan dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid dan secara tidak langsung ia dapat  memupuk perpaduan kaum dalam kalangan guru dan murid-murid warga SKTPP yang berbilang bangsa dan kaum.

Disediakan oleh:
Salmi binti Adnan

No comments:

Post a Comment