Thursday, August 11, 2022

Kejohanan Kriket Bawah 18 Tahun MSS Selangor 2022

Pada 8 - 11 Ogos 2022 telah berlangsung Kejohanan Kriket Bawah 18 tahun MSS Selangor (MSSS) 2022. Daerah Petaling Perdana merupakan pengelola MSSS bagi tahun ini. Kejohanan ini diadakan di SMK Taman Desaminium dan SMK Bandar Puchong Jaya (A). SKTPP berbangga kerana 16 daripada 18 pemain yang mewakili daerah Sepang dalam kejohanan kali ini merupakan bekas murid SKTPP. 

Senarai nama pemain pasukan kriket MSSD Sepang bawah 18 tahun;

Dalam kejohanan tahun ini, Daerah Sepang telah diundi dalam kumpulan C bersama Daerah Gombak dan Daerah Sabak Bernam: 

Disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu, perlawanan pertama peringkat kumpulan tidak dapat dijalankan seperti yang dijadual. Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.

Keputusan rasmi perlawanan peringkat kumpulan

Perlawanan kedua peringkat kumpulan ini merupakan perlawanan yang penting bagi memastikan pasukan Sepang berjaya melayakkan diri ke peringkat berikutnya. Dengan izin Allah, pasukan Sepang telah meraih kemenangan pertama dalam kejohanan ini. Dengan kemenangan ini, pasukan Sepang mengungguli carta dalam kumpulan C seterusnya layak ke peringkat separuh akhir Cup.

Keputusan rasmi perlawanan peringkat kumpulan

Bagi pusingan separuh akhir Cup, pasukan Sepang telah diundi bersama Johan dalam kumpulan A iaitu Petaling Perdana (PP). PP merupakan antara pencabar utama dalam kejohanan tahun ini. Perlawanan separuh akhir berlangsung di SMK Bandar Puchong Jaya (A). Berbekalkan semangat, pengalaman dan kecekalan yang ada pada setiap atlet Sepang, pasukan Sepang berjaya menumpaskan Petaling Perdana dengan kelebihan 35 larian.

Undian pusingan kedua

Misi mempertahankan 159 larian

Jurulatih dan ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan

Turut hadir : Penolong PPD Sepang Unit Pembangunan Bakat Murid, En. Mohd Najib bin Hussin
,



Keputusan rasmi perlawanan separuh akhir Cup

Perlawanan akhir Kejohanan Kriket MSSS bagi tahun 2022 menemukan antara pasukan Sepang menentang pasukan Klang. Pelbagai persediaan dilakukan bagi menghadapi gergasi sukan kriket ini.

Post moterm perlawanan separuh akhir 

Solat hajat bersama barisan jurulatih dan ibu bapa / penjaga

Bertarikh 11 Ogos 2022 , dengan berbekalkan 189 larian dan berjaya menjatuhkan 10 wicket pasukan Klang maka terciptalah sebuah sejarah baru bagi Daerah Sepang di mana pasukan kriket Sepang berjaya menundukkan sebuah pasukan gergasi dalam sukan kriket. Sejarah ini telah membuktikan bahawa pasukan Sepang bukan lagi pasukan belasahan bagi daerah lain. Pasukan Sepang mempunyai ranking yang tersendiri.
Dengan keputusan Johan U18 & Johan U12 ini, maka Sepang telah dinobatkan selaku Johan Keseluruhan Kejohanan Kriket MSS Selangor 2022. Tahniah!!

 Final MSSS 2022: Sepang vs Klang

Ketua pasukan bersama pengadil perlawanan akhir

Sesi pemanasan badan 

Ibu bapa / penjaga turut meluangkan masa memberi sokongan di padang

Demi lencana di dada

Orang-orang hebat dalam kejayaan pasukan Sepang

Perancangan strategik

Keputusan rasmi perlawanan akhir Cup

Nyanyian lagu "Barisan Kita" oleh pemain Sepang

Barisan bekas murid SKTPP

Dari kiri: Puan Rohaidah GB SKTPP, Cikgu Azlinda, Puan Fauziah PK Kokurikulum SKTPP

YDP PIBG SKTPP merangkap Presiden SRCC; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian turut hadir bersama Naib Presiden SRCC; En. Mazlan bin Norman


Tahniah Sepang : Juara Bawah 18 MSS Selangor 2022

Keputusan Keseluruhan Daerah
Kejohanan Kriket MSSS 2022
Sepang Juara Keseluruhan MSSS 2022 : Tahniah!

Keputusan Anugerah Khas Individu
Kejohanan Kriket MSSS 2022

Nyanyian khas lagu SKTPP dari bekas murid SKTPP sebagai penghormatan mereka buat sekolah yang banyak membentuk kejayaan mereka selama ini

Barisan bekas murid SKTPP dan pemain Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) yang berjaya meneruskan pelajaran di luar daerah Sepang turut mewakili daerah masing-masing di Kejohanan Kriket MSSS ini;

Shaariq Aqlan dan Aqmal Danish yang melanjutkan pelajaran ke SBP
dan bermain bersama pasukan Sabak Bernam


M. Imran bin M. Haikal Iskandar belajar di SMKA Kuala Selangor dan telah dilantik sebagai
Ketua Pasukan Kuala Selangor

M. Syahir Syamier, M. Akram dan M. Muqri
yang meneruskan pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil mewakili Daerah Sepang
 
Adeshlie, M. Irfan, M. Harith Amzar, M. Rasyid, M. Adrie Jazmie (jersi biru muda)
yang meneruskan pelajaran di SMK Sultan Abdul Samad, Klang bermain untuk Sepang

Pada tahun ini, Johan Keseluruhan Kejohanan Kriket MSS Selangor 2022 jatuh kepada Daerah Sepang apabila berjaya merangkul Juara Bawah 12 Tahun dan Bawah 18 Tahun. Di sebalik kejayaan pasukan kriket Sepang tahun ini pasti ada insan yang sangat berjasa sehingga mereka berjaya ke tahap ini. Terima kasih buat para jurulatih yang banyak berjasa..

Jurulatih utama SRCC
Cikgu Junaidi, Coach Roshan & Cikgu Izwan

Dari kiri: Coach Kumar, Coach Izwan selaku Pengerusi Teknik Kriket Daerah Sepang (Rendah), Coach Amirul, Coach Roshan, Coach Junaidi

 Belakang dari kiri: Cikgu Nazirul Fahmi dari SMKPP merangkap Pengurus Pasukan,
 Cikgu Muhd Nur Shazwan dari SMK Dengkil sebagai Ketua Jurulatih Pasukan
Depan dari kiri: Cikgu Fakhrul dari SKTPP, Cikgu Nor Hashim dari SMK Sg Pelek selaku Pengerusi Teknik Kriket Daerah (Menengah)

Tidak lupa juga Pegawai Fisioterapi pasukan Sepang Cikgu Jasli Yusof yang 'diterbangkan' khas dari SK Sungai Rawang

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat pasukan kriket MSSD Sepang U18 atas kejayaan yang sangat bermakna ini. Semoga team Selangor nanti akan berjaya di MSSM 2022.. aamiin..

No comments:

Post a Comment