Wednesday, July 14, 2021

Jom Kongsi : Bicara Tentang Kemarahan

Assalamualaikum, Salam ceria... Salam bahagiaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ dan salam inspirasi buat semua warga SKTPP dan teristimewa buat anak-anak didik di SKTPP. Semoga semuanya sentiasa tenang dan bahagia bersama orang-orang tersayangπŸ’•πŸ’•.

Dalam Jom Kongsi minggu ni, cikgu nak berbicara tentang "Kemarahan"πŸ‘ΏπŸ‘ΏπŸ‘Ώ Haaa... sebagai manusia biasa, kita pastinya ada perasaan MARAH. Perasaan marah ini merupakan salah satu emosi negatif yang wujud dalam diri setiap individu. Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila individu merasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi merah (menahan marah), anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan menjadi bercelaru. Kadang-kadang ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam.

Emosi marah yang tidak dapat dikawal, boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Allah s.w.t turut menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firmannya dalam surah Ali Imran ayat 134. Maksudnya : (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

JOM... kita teliti dan fahami pula poster yang cikgu sediakan berkaitan faktor-faktor kemarahan dan cara mengawal kemarahan.



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan Jangan Marah-marah 😍😍😍 Hidup ceria, membawa bahagiaπŸ’“πŸ’“

#staysafe
#stayhome
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh

No comments:

Post a Comment