Sunday, July 25, 2021

Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih sempena perpisahan Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah

Pada 25 Julai 2021, telah berlangsung sebuah majlis perpisahan untuk salah seorang guru yang sangat berjasa kepada Sekolah Kebangsaan Taman Putra perdana iaitu Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah. Majlis ini berlangsung pada 25 Julai 2021 secara atas talian melalui medium Youtube Live. Majlis berlangsung selama 1 jam itu telah dihadiri oleh Guru Besar, barisan Penolong Kanan, YDP PIBG, NYDP PIBG serta warga SKTPP.

Untuk pengetahuan, Ustaz Muhamad Saiffol telah berkhidmat selama 6 tahun di sekolah ini dan akan bertukar ke SK Kahang, Kluang, Johor berkuatkuasa pada 26 Julai 2021. Beliau merupakan ketua disiplin sesi petang di SKTPP, Sepanjang tempoh Perkhimatan beliau, Beliau sangat komited dalam segala tugas dan tanggungjawab yang diberi.

Semoga Ustaz Mohamad Saiffol terus cemerlang di sekolah baharu dan berbahagia di samping keluarga tersayang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas khidmat beliau yang sangat komited dalam melakukan tugas-tugas sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini.



Saksikan bingkisan gambar-gambar semasa perjalanan  Majlis perpisahan yang berlangsung.

Majlis dipengerusikan oleh Encik Mohamad Hasbullah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zubair.

ucapan wakil (sesi pagi) murid Muhammad Iqbal bin Norazmi

Ucapan wakil murid (sesi petang) Raisah Nur Khadeeja

Ucapan dari Penyelaras KKGK Ustaz Syed Farhan Hanafi


Ucapan daripada YDP dan NYDP PIBG SKTPP





Ucapan Guru Besar SKTPP, Pn. Rohaidah Binti Mohd Ali.

Ucapan yang dirai, Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah






Ucapan Perpisahan oleh rakan-rakan guru buat Ustaz Muhammad Saiffol




Ucapan Perpisahan daripada anak-anak murid buat Ustaz Muhamad Saiffol


Akhir kata, Salam perpisahan buat Ustaz Muhamad Saiffol. Semoga lebih komited dalam mendidik anak bangsa dan mencapai kejayaan di tempat yang baharu.

Untuk Ustaz Muhamad Saiffol, warga SKTPP mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan pengorbanan ustaz. Semoga Allah membalas jasa baik ustaz dan terus dirahmati  walau di mana pun berada. Siiru 'ala barakatillah.

Walau pandan di tepi bencah,
Bunga melati melekat juga;
Walau bagai jauh berpisah,
Di dalam hati dekat juga.

 Semoga kita bertemu lagi. Salam sayang dari warga SKTPP


No comments:

Post a Comment