... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 2, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-21 (Sesi Petang)

Barisan guru bertugas Kumpulan 3


Tarikh :  28 Jun hingga 2 Julai 2021

Nama Guru Bertugas :

1.     En. Rusmami bin Rosli (K)

2      En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

3.     Puan Zabedah binti Othman

4.     Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajudin

5.     Cik Amalina binti Abd Hamid

6.     Puan Salmi binti Adnan

7.     Puan Suziana binti Mohd Makhtar

8.     Puan Nornadzirah binti Abd Rahim

9.     Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke-21 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 mengikut jadual PdPR seperti biasa.

Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua ibu bapa dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid kita dapat mengikuti sesi PdPR dengan baik.

Program yang telah dilaksanakan pada minggu ini termasuklah:

Klik pada tajuk program untuk mendapatkan maklumat lanjut;

Sembang Santai : Kesan Cicir PdPR – Puan Nor Arzah binti Husin

Amalan Baik di Rumah – Puan Rozimah binti Yaakub

Berdisiplin di Rumah – Puan Juli binti Mahbah

Terima kasih diucapkan kepada barisan guru kaunseling SKTPP atas usaha melaksanakan pelbagai program untuk warga sekolah.

Dari kiri; Puan Juli, Puan Rozimah dan Puan Arzah

Semua murid dan warga sekolah adalah dialu-alukan untuk menghubungi guru-guru kaunseling sekiranya ingin mendapatkan khidmat kaunseling ataupun jika memerlukan pendengar untuk berkongsi cerita. Bukan hanya guru kaunseling, malah semua guru turut bersedia untuk membantu murid-murid sekiranya perlu. 

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini..

Persediaan guru sebelum PdPR

Persediaan alatan dan bahan PdPR Ustaz Hadri

Persediaan PdPR bagi kelas Matematik Cikgu Azlin

Penglibatan murid semasa PdPR

Adik Iman Khalish sedang mengikuti sesi PdPR Pendidikan Islam

Adik Aqeef sedang mengikuti sesi PdPR Bahasa Melayu

Rakaman video semasa sesi PdPR Bahasa Inggeris bersama Teacher Malisha

Hasil kerja murid

Hasil kerja Adik Arissa bagi subjek Pendidikan Kesenian Tahun 2

Hasil kerja murid bagi subjek Pendidikan Kesenian Tahun 1

Hasil kerja Adik Aiman bagi subjek Bahasa Inggeris Tahun 1


Hasil kerja murid bagi subjek Pendidikan Jasmani Tahun 3

Alhamdulillah sesi PdPR pada minggu ini berjalan lancar. Diharapkan agar semua warga sekolah dan murid-murid yang dikasihi terus kekal selamat di rumah masing-masing. Terima kasih.

Disediakan oleh;

Amalina binti Abd Hamid

No comments:

Post a Comment