Friday, July 9, 2021

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-22 (Sesi Pagi)

Tarikh        : 5 - 9 Julai 2021 (24 - 28 Zulkaedah 1442H )

Minggu     : 22

Kumpulan : 4 (Sesi pagi)

Ahli kumpulan : 

1) Pn Norziani bt Zubir (Ketua)

2) Pn Zailezah bt Sardi

3) Pn Norlida bt Othman 

4) Pn Umi Nazrah bt Saharoni

5) Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji

6) Pn Norazian bt Mat Anuar 

7) Pn Nor Azura bt Mustafa 

8) Pn Norfauziaton bt Ali Mohamed

9) En Srimahathevan a/l Vadivelu

10) Pn Jamilah bt Yusof

11) Pn Arjunawati bt Ahmad Nuze

12) Pn Zaleha bt Sitam

Montaj Kumpulan 4 


KUMPULAN 4

Sepanjang minggu ini, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berlangsung seperti biasa. Penglibatan guru-guru dalam PdPR menggunakan medium atas talian (Online), dalam talian (Offline) mahupun gabungan kedua-duanya. Penyertaan murid juga baik dan terkawal. 

Selain dari kaedah menggunakan aplikasi Google Classroom, Google Meet, WhatsApp dan Telegram, guru-guru juga menggunakan kaedah-kaedah PdPR yang lebih variasi seperti Telegram Live Chat, Pickerwheel, Snapshot, Inshot, Kinemaster, Canva, Wordwall, Anyflip dan banyak lagi. Sebagai contoh, dalam pengajaran Bahasa Inggeris menggunakan Anyflip. Boleh tekan link ini untuk melihat : 

http://gg.gg/M5-EatingRight-L-S

Berikut merupakan sesi PdPR yang berlangsung sepanjang minggu ini




Video pembelajaran Bahasa Arab

Alhamdulillah, pihak sekolah juga telah mendapat sijil penghargaan atas usaha jalinan kerjasama dalam Program Motivasi Kolaborasi Sekolah-sekolah 2021 secara maya di Youtube Live pada 12 Jun 2021 yang lalu. Ia juga merupakan program pertama Musolla Raudatul Ilmi bergabung jalin dengan sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tahniah! Semoga program ini dapat melonjakkan lagi prestasi SK Taman Putra Perdana di peringkat tertinggi. 


Sijil penghargaan yang diterima pihak sekolah.


Unit Bimbingan dan Kaunseling juga sentiasa memberi input dan inspirasi memberangsangkan setiap minggu. Pada minggu ini kita dapat melihat beberapa program yang telah diatur oleh pihak B&K, antaranya ialah :  

1) Pendidikan Kerjaya Murid : Cita-cita - Pn Juli bt Mahbah

2) Jom Kongsi Hala Tuju Pendidikan Selepas Tamat Sekolah Rendah - Pn Rozimah bt Yaakob

3) Sembang Santai : Tips Meneroka Minat Kerjaya - Pn Nor Arzah bt Husin

Semua ini boleh dilayari pada pautan Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP dan di blog sekolah.

Semoga kita semua kekal duduk di rumah untuk membendung penularan Covid-19 dan dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan baik. 

Sekian, terima kasih. 

Disediakan oleh : Pn Umi Nazrah bt Saharoni

No comments:

Post a Comment