Sunday, July 4, 2021

Sembang Santai : Tips Meneroka Minat Kerjaya

Assalamualaikum.. Salam Inspirasi, salam satu cita-cita untuk murid-murid SKTPP💓

Sembang Santai cikgu pada hari ini, perkongsian mengenai bidang pendidikan kerjaya yang bertajuk "Tips Meneroka Minat Kerjaya".

Sebelum kita menetapkan sesuatu cita-cita kita perlu meneroka terlebih dahulu minat kerjaya kita. Hal ini penting agar pemilihan kerjaya pada masa akan datang selari dengan minat kita. Di sekolah ujian psikometrik dijalankan untuk murid Tahun 6 bertujuan melihat kecenderungan kerjaya seseorang murid itu.

Bagi murid-murid yang lain, jangan risau guru-guru B&K sentiasa bersedia dalam memberikan maklumat kerjaya bermula Tahun 1 lagi. Jangan segan-segan ya untuk kami bantu kamu meneroka dengan lebih jauh lagi.

Anda tidak keseorangan....Terus hubungi kami untuk perkhidmatan bimbingan.



Sayang-sayang ....kamu juga boleh cuba wordwall ini. Menguji pengetahuan sedia ada kamu!
Let's try..........klik di sini wordwallkerjaya



#kiaskukenaldiriku
#staysafe
#jpnselangor
#bpshkpm

No comments:

Post a Comment