Assalamualaikum, salam ceria dan salam bahagia๐๐๐ buat anak-anak didik dan semua warga SKTPP. Semoga sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang๐๐. Sedar tak sedar telah hampir 2 tahun kita lalui situasi pembelajaran yang agak sukar. Namun, sebagai guru dan murid kita perlu lalui situasi ini dengan redha dan fikiran terbuka agar kita tidak mudah tertekan dan boleh menyebabkan pelbagai masalah yang mendatang.
Landskap
pendidikan negara berubah dengan ketara sepanjang tahun lalu susulan pandemik
COVID-19, dan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tergalas cabaran
besar terutama bagi menangani isu penutupan dan pembukaan sekolah yang menjadi
satu perkara yang membabitkan masa depan anak bangsa. Antara yang perlu
dipertimbangkan KPM adalah menjaga keselamatan dan pada masa sama memastikan
anak bangsa tidak tercicir pelajaran.
Pemansuhan
UPSR adalah antara pilihan yang dibuat oleh KPM ekoran daripada pandemik yang
melanda. Situasi ini bukan bererti terhentinya perjuangan anak-anak di peringkat
sekolah rendah untuk mencipta kecemerlangan. Namun pengetahuan yang lebih
meluas mengenai pendidikan perlu diambil tahu oleh anak-anak di peringkat
sekolah rendah agar perancangan pendidikan boleh dibuat.
Ekoran dari
itu, Unit B&K SKTPP terpanggil untuk memberi pendedahan kepada anak-anak di
SKTPP berkaitan pembelajaran selepas tamat sekolah rendah sebagai satu
persiapan minda anak-anak dalam menelusuri ke mana hala tuju pendidikan mereka
selepas tamat Tahun 6 di sekolah rendah. Jom kita pelajari bersama-sama dari lakaran
info grafik dan pautan video yang cikgu sediakan di sini.. ๐
https://www.youtube.com/watch?v=yjHt5P3DUXQ
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpshkpm
No comments:
Post a Comment