Friday, July 16, 2021

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-23 (Sesi Petang)

Tarikh        : 12 hingga 16 Julai 2021

Guru Bertugas    :

1. Encik Hariz Safwan bin Yaacob (Ketua)
2. Nor Rafini binti Othman (Penolong)
3. Mohd Hadri bin Ag Idris
4. Rozimah binti Yaakob
5. Zalina binti Ismail
6. Salina binti Mohd Tasu
7. Rohani binti Mansor
8. Nurazlin binti Mat Nor
9. Suphasara Supranie A/P Airak


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP

Minggu ini merupakan minggu ke-23 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi pengajaran pengajaran secara PdPR diteruskan lagi pada minggu ini untuk semua murid-murid Tahun 1, 2 & 3. Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi persekolahan secara PdPR sebelum semua guru dan murid akan bercuti pertengahan penggal kedua dan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha bermula esok 17 Julai 2021 hingga 25 Julai 2021.

Walaupun mood bercuti telah mula terasa pada minggu ini, namun sesi PdPR masih rancak dijalankan oleh guru-guru bagi membantu murid-murid menguasai ilmu. Berbagai-bagai medium digunakan oleh guru-guru bagi menarik minat murid-murid untuk terus belajar dalam situasi pembelajaran normal baharu ini.

Berikut adalah antara gambar-gambar sesi PdPR yang sempat dirakamkan sepanjang sesi PdPR sesi petang yang dijalankan pada minggu ini

Sesi PdPR bersama Ustazah Zalina

Kelas PdPR bersama Ustaz Hadri


Murid-murid kelas 3 Oracle dan Fedora gembira melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani memanaskan badan dan mengira denyutan nadi sebelum dan selepas aktiviti bersama cikgu Sara 

Kelas PdPR Ustaz Hariz bersama murid-murid kelas 2 Topaz



Video PdPR ustazah Rafini bersama  murid-murid kelas 2 Emerald & 2 Sapphire membuat aktiviti menjawab quizziz Pendidikan Islam

Terima kasih kepada semua guru-guru sesi petang yang sentiasa bersemangat menunaikan tanggungjawab masing-masing demi kemenjadian anak-anak didik di SKTPP

#sayangdirisayangsemua
#staysafe
#stayathome

No comments:

Post a Comment