Assalamualaikum dan salam inspirasi dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kami sentiasa mendoakan agar kita sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan mengenai "Tanya Sama Hati". Sudahkan kamu mendengar apa kata hatimu? Ini kerana hanya 'HATI' yang paling mengetahui mana yang baik dan buruk bagi diri masing-masing. Sesungguhnya tiada yang lebih memahami hati daripada Penciptanya.
Hati merupakan raja dalam diri seseorang. Seluruh tubuh adalah pasukannya. Jika rajanya baik, maka baik jugalah pasukannya dan begitulah sebaliknya. Mulut atau bahasa lisan serta bahasa isyarat yang dinyatakan oleh seseorang kepada orang lain, ada kalanya tidak jujur. Ia tidak mengikuti kata hati dan hati selalu pura-pura tidak mengetahuinya. Jika hati boleh berkata-kata, mungkin ia akan lebih jujur daripada mulut.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).
Oleh itu, hati penentu kebaikan dan keburukan sesorang individu. Ingin mengetahui mengenai "Tanya Sama Hati", mari sama-sama menonton video yang disertakan ini. Semoga bermanfaat.
Seandainya murid-murid ingin bercerita atau ingin bertanyakan apa sahaja persoalan, boleh lah hubungi Guru Bimbingan dan Kaunseling.
#kiaskukenaldiriku
#staysafe
No comments:
Post a Comment