Saturday, July 24, 2021

Program Motivasi “Barakah Korban Inspirasi Kejayaan” Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH S.W.T kerana atas limpah kurnia dan izinNYA akhirnya program yang telah dirancang selama dua minggu ini telah berlangsung dengan jayanya pada:

Tarikh   : 24 Julai 2021

Hari      : Sabtu

Masa     : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Kediaman masing-masing (Facebook Live / You Tube)

Program Motivasi "Barakah Korban Inspirasi Kejayaan"

Program ini telah mensasarkan penyertaan daripada semua murid asnaf dan fakir miskin sekolah yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor, semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana serta ibubapa dan masyarakat setempat agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi belia Islam agar sentiasa bersedia untuk berkorban harta, tenaga dan masa dalam melaksanakan tuntutan agama. Selain daripada itu, program yang disusun ini juga diharap dapat memberikan iktibar daripada peristiwa Nabi Ibrahim A.S  mengenai erti sebenar korban terutamanya dalam menuntut ilmu pengetahuan. Seterusnya diharapkan juga program ini dapat membentuk akhlak murid agar menghormati ibubapa dan guru yang telah berkorban mendidik mereka dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini. Secara tidak langsung, program seperti ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk belajar dengan lebih tekun.

Antara penonton yang turut serta meninggalkan komen mereka pada ruangan "Chat":




Program ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah selaku pengerusi majlis dan diikuti bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif dengan harapan agar program berjalan dengan baik dan lancar serta dipermudahkan.

Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah selaku pengerusi majlis

Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Program telah dimulakan dengan sedikit tayangan video yang mempersembahkan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Musalla Raudatul Ilmi serta Panitia Pendidikan Islam. 

Sedutan tayangan video

Tayangan video aktiviti di bawah Musalla Raudatul Ilmi dan Panitia Pendidikan Islam

Program diteruskan lagi dengan ucapan aluan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Tn. Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. Beliau sebagai wakil ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada anak-anak murid di SKTPP. Beliau turut mengharapkan agar kerjasama seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.


Tn. Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian mewakili PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana sedang menyampaikan ucapannya

Tidaklah lengkap sesuatu program sekiranya tiada ucapan perasmian daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana iaitu Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali. Menerusi ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1442H kepada semua warga sekolah dan penonton yang menyaksikan Facebook Live dan You Tube. Beliau turut sama mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana memilih Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana di bawah Program Sekolah Angkat yang dikenali sebagai PROSAZ dan Rancangan Wang Saku Sekolah (RAWS). Jumlah penerima bagi program ini adalah seramai 115 orang termasuk murid Pendidikan Khas yang mana ianya dapat membela kebajikan anak-anak asnaf dan miskin yang berdaftar di bawah LZS.

Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana menyampaikan ucapan perasmian

Bukan itu sahaja, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana dan penceramah PU Yeop yang meniupkan semangat dan memberikan suntikan ilmiah serta motivasi walaupun kita masih berdepan dengan Pandemik Covid-19. Sesuai dengan tajuk ceramah yang diberikan, beliau menyeru agar kita sama-sama melakukan pengorbanan agar semuanya dapat dilalui dengan sabar dan berlapang dada dalam ujian hidup bersempena dengan mengambil ibrah daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S.

Kini, tibalah kepada detik dan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu ceramah motivasi “Barakah Korban Inspirasi Kejayaan” yang disampaikan oleh PU Yeop. Sebelum itu, ayuhlah kita berkenalan serba sedikit tentang peribadi penceramah kita.
PU Yeop

Nama Sebenar : Mohd Zainudin Bin Mohamed Zaini

Nama Komersial : Ustaz Yeop aka PU Yeop

Beliau merupakan:

1. Finalis Pencetus Ummah Musim 1 Astro Oasis

2. Pengacara Ceria I-Star Musim 1 & 2 Astro Ceria

3. Pelakon Watak Ustaz Yeop Drama Bersiri Kanak2 (i-kids) Astro Ceria

4. Duta Aman Palestin Malaysia

Status : Berkahwin dan Dikurniakan 7 Orang Cahaya Mata

Asal : Kg Gajah, Perak

Menetap : No 8, Lorong Setia 6, Taman Kamunting Setia, 34600 Kamunting, Perak

Email : mohdzainudin81@yahoo.com.my

No Tel : 012-4625812

FB Page :

1. The Real PU Yeop

2. Travel Bersama Ustaz Yeop

3. Akademi Al-Quran & As-Sunnah Darussalam

Intagram : ustaz_yeop


PENGALAMAN KERJA:

1. Imam Masjid Jamek Kg Melayu Sg Rapat Ipoh Perak Tahun 2002 - 2005

2. Pegawai Penguatkuasa Agama JAIPk Tahun 2006 - 2008

3. Pegawai Pembangunan Keluarga JAIPk Tahun 2009 - 2014

4. Timbalan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian & Rujuk Orang Islam Negeri Perak Tahun 2006 - 2014

5. Pendakwah / Pelakon / Pengacara 2014 - sekarang

6. Pengerusi / Pengasas Akademi Al-Quran & As-Sunnah Darussalam 2014 - sekarang

PENDIDIKAN:

1. Sijil Pelajaran Malaysia 1998

2. Syahadah Thanawiah 1998

3. Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat JAKIM 2002

4. Ijazah Rawatan & Perubatan Islam Darussyifa' Malaysia 2011




Sedikit kata-kata pendahuluan yang disampaikan oleh PU Yeop
 
PU Yeop telah memulakan ceramah motivasi dengan mengangkat kisah dan sejarah tentang anak-anak kepada Nabi Adam A.S iaitu Habil dan Qabil serta kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang dipanggil sebagai Ulul Azmi lantaran termasuk dalam kalangan nabi yang menerima banyak ujian dan memiliki azam yang paling tinggi. Kedua-dua kisah ini menjadi simbolik akan peristiwa ibadah korban yang dijalankan pada setiap tahun yang menjadi asbab untuk kita mengingati sirah dan perjuangan nabi-nabi terdahulu. Ibrah daripada kisah ini dapatlah disimpulkan bahawa Nabi Ibrahim seorang yang sangat sabar dan tabah dalam menghadapi ujian serta kejayaan dalam sesuatu perkara menjadi sangat manis apabila melakukan sesuatu pengorbanan. Sedikit sedutan kisah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S serta kisah Habil dan Qabil: 



Dalam ceramah yang disampaikan oleh PU Yeop, beliau turut berkongsi hikmah melakukan korban iaitu;

1. Apabila melaksanakan ibadah korban ini, ALLAH S.W.T akan memberikan ganjaran yang sangat besar kerana mentaati perintah yang telah ditetapkan olehNYA.

2. Kita dapat berkongsi rezeki sesama saudara seislam.

Selepas tamat sesi ceramah yang berlangsung selama 45 minit, pengisian diteruskan lagi dengan sesi soal jawab bersama dengan penonton yang turut serta mendengar ceramah ini. Sesi soal jawab berlangsung dengan sangat baik dan mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Pelbagai bentuk soalan telah diutarakan kepada penceramah termasuklah aspek pengorbanan yang dilakukan oleh seorang guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang kini dilaksanakan lantaran situasi Covid-19 yang masih belum reda.

Antara soalan-soalan yang dikemukakan oleh penonton kepada penceramah:





Selepas tamat sesi soal jawab, satu slot kuiz telah diberikan di mana pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana berpeluang untuk menjawab soalan berkaitan dengan isi ceramah melalui Google Form yang telah disediakan. Berikut merupakan senarai pemenang bagi kuiz yang telah disediakan. Tahniah kepada semua!

Senarai Pemenang Kuiz:

1. NUR AFRINA DAMIA BINTI RIDUWAN (6 JUJUR)

2. KAASHIF NUR KIHARA BINTI AHMAD FADHLAN (4 VIVO)

3. AISY NUFAIL BIN SUHAIMI (4 NEFFOS)

4. MUHAMMAD JEBAT ADIPUTRA (5 IBNU BATUTTA)

5. AINUL ZAFREEN BINTI SUHAIMI (6 INTELEK)

6. NIK KHAIRUNNISA' BT. NIK SYAFFUL HADI (6 HARMONI)

7. HADIF RAYYAN TAN (4 SONY)

8. RAISYA SYIFA BINTI SHAIFUL BAHAR (6 JUJUR)

9. NUR ANNISA FAIHA BINTI MOHAMMAD SHARIL (4 SONY)

10. SHARIFAH AMANDA BATRISYIA BINTI SYED KHAIRUL HAKIMIN (4 SONY)

11. IRSYAD AL FATEH BIN MOHD NORDIN (5 IBNU KHALDUN)

12. NUR IRDINA SOFIY BINTI MOHAMMAD SHARIL (5 IBNU THUFAIL)

13. MUHAMMAD ARIEFF RAYYAN (4 OPPO)

14. NUR AIN ATIELYIEANA BINTI MOHAMAD ZAIHAN (4 LENOVO)

15. WAN HANA HUSHAIRA BINTI WAN KAMAL SHAHRIN (5 IBNU THUFAIL)

16. UZMA BATRISYA BINTI AZHARY (6 JUJUR)

17. NUR FATEHAH SOLEHAH BINTI ZURILAZMAN (6 INTELEK)

18. AHMAD EIYAZ ZIKRI BIN MUHD ZUKHAIRI (4 NEFFOS)

19. NURUL AUNIE UMAIRAH BINTI ZAMRY (6 INTELEK)

20. AMMARA RAYHANAH BINTI AMIR (1RAJAWALI)

Sebelum mengakhiri pengisian halwa telinga, majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah kita yang sangat berwibawa iaitu PU Yeop atas kesudian beliau dalam menyampaikan ceramah yang sangat bermanfaat ini. Sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur, majlis telah menyerahkan sijil penghargaan kepada beliau atas sumbangan berbentuk perkongsian ilmu yang telah diberikan.


Berikut pula merupakan antara sijil penyertaan yang telah diterima oleh penonton yang turut serta dalam program ini:



Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk kecemerlangan sahsiah murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana amnya dan murid asnaf dan miskin khususnya bagi melahirkan murid yang tabah dan bersedia untuk berkorban dalam mencapai kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah diri dan kokurikulum.

Semoga program ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana khususnya dan masyarakat sekeliling secara amnya terutama dari aspek pengisian rohani dan jiwa anak-anak murid agar sentiasa cekal dan tabah menjalani tuntutan agama dalam kehidupan seharian. Doa dan harapan mudah-mudahan anak-anak didik juga bakal menjadi insan intelektual yang rasional pada masa hadapan. In syaa Allah.

Jika masih ada yang belum menonton perkongsian ceramah ini boleh melayari laman You Tube melalui link: https://www.youtube.com/watch?v=zddke0-_lLE untuk menyaksikannya.


Jangan lupa untuk “LIKE, SHARE, COMMENT, ADD FRIEND” Facebook Musalla Raudatul Ilmi SKTPP untuk mengikuti pelbagai perkongsian yang menarik.

Page Facebook "Musalla Raudatul Ilmi SKTPP"

Akhir kalam, terima kasih sekalung budi daripada barisan pentadbir serta jawatankuasa pelaksana Program Motivasi “Barakah Korban Inspirasi Kejayaan” Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.


#BarakahKorbanInspirasiKejayaan
#StaySafe
#KitaJagaKita


Disediakan oleh,

Syahirah Binti Tumar
AJK Posting Blog
Program Motivasi “Barakah Korban Inspirasi Kejayaan” Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

No comments:

Post a Comment