Friday, July 16, 2021

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-23 (Sesi Pagi)

Tarikh        : 12  -  16 Julai 2021 (2 - 6 Zulhijjah 1442H )

Minggu     : 23

Kumpulan : 5 (Sesi pagi)

Ahli kumpulan :

  1. Pn. Norhanim binti Ismail (K)
  2. Pn. Norliza binti Ali @ Yasim (P)
  3. Pn. Julaili binti Onian
  4. Pn. Mawaddah binti Kamarulzaman
  5. En. Ahmad Mustafid bin Mat sharif
  6. Pn. Noriza binti  Md Nor
  7. Pn. Nurhayati binti Mohamed Nor
  8. Cik Syahirah binti Tumar
  9. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
  10. En. Wan Faizol bin Wan Mat
  11. Cik Azwane binti Adnan
  12. Pn. Nur Zakiah binti Md Diat

Barisan Guru Bertugas Minggu 23 (Sesi Pagi)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) 

Minggu ini merupakan minggu ke-23 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid Tahap 2  melibatkan pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 mengikut jadual PdPR seperti biasa. Penglibatan guru-guru dalam PdPR menggunakan medium atas talian (Online), dalam talian (Offline) mahupun gabungan kedua-duanya. Penyertaan murid adalah sangat baik dan memberangsangkan walaupun dalam keadaan norma yang baharu lantaran pandemik COVID-19 yang masih tidak menunjukkan trend penurunan.

Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua ibu bapa dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid kita dapat mengikuti sesi PdPR dengan baik.

Berikut merupakan sesi PdPR yang berlangsung sepanjang minggu ini :

Sesi pembelajaran secara online bersama Cikgu Roseniza


Murid melakukan aktiviti yang disediakan oleh guru semasa kelas berlangsung

Aktiviti Sains (Tajuk Bunyi)

Latihan yang diberikan oleh guru juga dimasukkan dalam Google Classroom untuk memudahkan pelajar mengakses bahan pembelajaran


Berikut merupakan hasil kerja yang telah disiapkan oleh murid:



Guru telah membuat semakan hasil kerja murid

Hasil kerja murid disemak dan direkodkan dalam PBD

Walaupun wujud kekangan dalam talian seperti masalah capaian internet, ketiadaan peranti digital pintar serta sikap murid sendiri namun guru tetap memastikan penyampaian ilmu itu tetap diteruskan. Semua pihak perlu bekerjasama terutama ibubapa bagi membantu anak-anak mereka belajar di rumah. Moga usaha ini dapat membentuk perwatakan dan kejayaan seseorang murid.

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)

Pada setiap minggu, Unit Bimbingan dan Kaunseling tidak terlepas  dalam memberi perkongsian yang bermanfaat untuk semua murid. 

 Antara perkongsian minggu ini yang disediakan ialah:

  http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/07/sembang-santai-kamu-tanya-cikgu-jawab.html

-          http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/07/jom-kongsi-bicara-tentang-kemarahan.html

Semua murid dan warga sekolah adalah dialu-alukan untuk menghubungi guru-guru kaunseling sekiranya ingin mendapatkan khidmat kaunseling ataupun jika memerlukan pendengar untuk berkongsi cerita. Bukan hanya guru kaunseling, malah semua guru turut bersedia untuk membantu murid-murid sekiranya perlu. Para pelajar boleh melayari Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapat info dan maklumat tambahan. 

Program Motivasi Kolaborasi Sekolah-Sekolah Malaysia

Program ini merupakan kolaborasi beberapa sekolah di seluruh Malaysia

Sebuah program berbentuk motivasi telah dianjurkan oleh Surau Al-Ma'ruf, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor (SEBARU) yang mana ianya bertujuan untuk menaikkan semangat guru-guru dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Program ini masih boleh ditonton di pautan You Tube yang telah diberikan.

Program ini telah dijalankan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 17 Julai 2021

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Kediaman masing-masing

Sasaran : Guru-guru

Link : https://www.youtube.com/watch?v=nfg7QOakZ30

Program disiarkan secara live melalui aplikasi You Tube

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor turut sama menjayakan program yang dianjurkan

Sedutan tayangan montaj

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor (SEBARU) mengendalikan sendiri slot motivasi bersama penceramah

Tuan penceramah, Encik Mohd Shariman bin Che Idris sedang memberikan motivasi

Antara bahan yang dikongsikan dalam memberi penerangan dan maklumat yang lebih jelas kepada penonton

Untuk makluman, pada minggu hadapan tiada PdPR kerana semua murid akan bercuti sempena Hari Raya Aidiladha dan cuti penggal persekolahan. Pada kesempatan ini, pihak sekolah merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti buat warga SKTPP yang dikasihi. Diharapkan agar semua warga sekolah dan murid-murid yang disayangi terus kekal selamat di rumah masing-masing.

Bingkisan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana buat semua warga sekolah

Terima kasih
#staysafe
#kitajagakita

Disediakan oleh: Syahirah Binti Tumar

No comments:

Post a Comment