Thursday, July 22, 2021

Mesyuarat Jawatankuasa Program Motivasi Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) merupakan salah satu inisiatif dari pihak Lembaga Zakat Selangor dalam membantu pembangunan fizikal, emosi dan intelektual anak-anak asnaf dan miskin yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor khususnya. Melalui program yang dirancang dan disediakan oleh pihak sekolah, maka PROSAZ di bawah pengurusan Unit Kebajikan Hal Ehwal Murid SK Taman Putra Perdana mengadakan program motivasi bersempena hari kebesaran umat Islam iaitu Hari Raya Aildiladha. Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengisian rohani terutama kepada murid asnaf dan  miskin serta warga sekolah merupakan program kerjasama antara Musalla Raudatul Ilmi dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat jawatankuasa pelaksana Program Motivasi Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) dengan kerjasama Musalla Raudatul Ilmi dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana kali pertama telah diadakan mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh    : 11 Julai 2021

Hari        : Ahad

Masa      : 9.00 malam

Tempat   : Kediaman masing-masing (Aplikasi Telegram)

Mesyuarat kali ini adalah untuk memberikan maklumat tentang jawatankuasa induk dan kerja-kerja yang terlibat secara langsung dalam program ini serta skop dan bidang tugas masing-masing.

AJK Pelaksana yang terlibat dengan program yang telah dirancang

Mesyuarat dan perbincangan dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Telegram

Seterusnya, mesyuarat jawatankuasa bagi program ini sekali lagi berbincang dan memberikan maklum balas tentang gerak kerja yang telah dijalankan mengikut ketetapan seperti yang di bawah:

Tarikh    : 16 Julai 2021

Hari        : Jumaat

Masa      : 9.00 malam

Tempat  : Kediaman masing-masing (Aplikasi Telegram)

Pada mesyuarat kali ini lebih banyak membincangkan teknikal pelaksanaan program di mana program ini akan dijalankan secara langsung melalui aplikasi Facebook Live. Segala kesulitan yang timbul telah dibincangkan dan semua ahli jawatankuasa telah bekerjasama dalam membantu ahli jawatankuasa teknikal mengatasi masalah yang ada. Bukan itu sahaja, pada mesyuarat kali ini turut memperbincangkan tentang pelaksanaan soalan kuiz yang akan diberikan kepada murid serta sijil penghargaan yang akan diberikan kepada semua yang terlibat. Hasil daripada pandangan dan kerjasama yang telah dibuat, semua perancangan pelaksanaan berjalan dengan lancar dan berharap program yang disusun ini akan berlangsung dengan baik dan tersusun.

AJK Pelaksana program motivasi yang terlibat dalam mesyuarat untuk kali yang kedua

AJK Teknikal sedang menunjukkan cara pelaksanaan program yang akan berlangsung secara "live" di dalam mesyuarat

AJK Teknikal yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Zubair sedang melakukan kerja-kerja teknikal bagi memastikan program berjalan dengan lancar

Mesyuarat kali ketiga bagi program ini telah dijalankan pada:

Tarikh    : 22 Julai 2021

Hari        : Khamis

Masa     : 10.00 pagi

Tempat : Kediaman masing-masing (Aplikasi Google Meet)

Mesyuarat kali ini pula lebih kepada ahli jawatankuasa teknikal memberikan gambaran yang lebih jelas tentang perjalanan program daripada mula sehinggalah berakhirnya program termasuklah semasa mengendalikan soalan daripada penonton dan juga kuiz yang akan dijawab oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

Mesyuarat dijalankan secara Google Meet yang mana ianya menunjukkan proses berlangsungnya program dariapada permulaan sehinggalah akhir program sebagai penilaian akhir bagi mencari permasalahan sekiranya ada

Semua jawatankuasa pelaksana yang terlibat telah memberikan kerjasama yang sangat baik bagi memastikan program berlangsung dengan jayanya. 

Terima kasih.


Disediakan oleh:
Syahirah Binti Tumar
AJK Posting Blog
Program Motivasi Anjuran Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Dengan Kerjasama Musalla Raudatul Ilmi Dan Panitia Pendidikan Islam SKTPP

No comments:

Post a Comment