Friday, July 2, 2021

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-21 (Sesi Pagi)

Tarikh : 28 Jun hingga 2 Julai 2021

Minggu: 21

Kumpulan : 3

Nama guru bertugas :

1. Azlina binti Mat Isa (K)

2. Nurzainon binti Mohd Razalli (P)

3. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah 

4. Faridatul Akmal binti Abdullah

5. Junaidah binti Rus

6. Nur Murni binti Abdullah

7. Rosmizawati binti Yusub

8. Ahmad Musrizuan bin Daud

9. Jamunarani a/p Bhoja Rajan

10.Mazzaini binti Muda

Guru-guru bertugas 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Minggu ini telah masuk minggu yang ke-21 bagi sesi persekolahan tahun 2021. Walaupun masih belum lagi dapat dijalankan persekolahan secara bersemuka namun sesi pembelajaran masih dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh setiap guru SKTPP. Semua murid tidak akan tercicir dalam mengikuti pembelajaran walaupun berada di rumah kerana semua guru telah berusaha menyampaikan ilmu kepada setiap murid dengan menggunakan pelbagai kaedah secara dalam talian dan juga luar talian. 

Pautan yang banyak digunakan dalam PdPR

Bagi memastikan proses pembelajaran secara alam maya ini berjaya, kerjasama ibubapa, guru dan murid sangat penting. Setiap guru telah menyampaikan isi pelajaran dan memberi latihan kepada murid melalui pelbagai kaedah. Murid pula perlu terlibat dalam PdPR tersebut secara dalam talian ataupun luar talian dengan pemantauan daripada ibubapa atau penjaga. Penglibatan dan penilaian hasil kerja murid dalam PdPR dapat digunakan untuk Pentaksiran dalam bilik darjah (PBD) untuk tahun ini. 


Ramai murid yang mengikuti pembelajaran kelas meet Bahasa Arab

Slaid powerpoint dalam pembelajaran


PdPR melalui Google Meet (Dalam talian)

Tasmik melalui rakaman video (Luar talian)

Penghantaran latihan bertulis murid melalui Whatsapp

Penghantaran latihan bertulis melalui telegram


Pembelajaran melalui Google Classroom

Pihak sekolah bersama semua guru SKTPP telah berusaha menggunakan banyak medium dalam menyampaikan ilmu pelajaran agar sampai kepada setiap murid. Walaupun wujud kekangan dalam talian seperti masalah capaian internet, ketiadaan peranti digital pintar serta sikap murid sendiri namun guru tetap memastikan penyampaian ilmu itu tetap diteruskan. Semua pihak perlu bekerjasama terutama ibubapa bagi membantu anak-anak mereka belajar di rumah. Moga usaha ini dapat membentuk perwatakan dan kejayaan seseorang murid.

Laporan disediakan oleh :
Nurzainon bt Mohd Razalli

No comments:

Post a Comment