... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 9, 2021

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-22 (Sesi Petang)

Tarikh :  05 hingga 09 Julai 2021

Guru Bertugas :

1. Encik Nor AmirulFitri bin Othman (Ketua)

2. Puan Nur Malisha binti Omar (Penolong)

3. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah

4. Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud

5. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman

6. Puan Fadhilah binti Talib

7. Puan Rabihah binti Amiruddin

8. Puan Parimala A/P Panni Selvan

9. Puan Ranjini a/p Rajah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke-22 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 mengikut jadual PdPR seperti biasa.

Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibu bapa dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid kita dapat mengikuti sesi PdPR dengan baik.

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini..



Program yang telah dilaksanakan pada minggu ini termasuklah:

  •  Pendidikan Kerjaya Murid : Cita-cita oleh Pn Juli bt Mahbah
  • Jom Kongsi Hala Tuju Pendidikan Selepas Tamat Sekolah Rendah oleh Pn Rozimah bt Yaakob
  • Sembang Santai : Tips Meneroka Minat Kerjaya oleh Pn Nor Arzah bt Husin

Semua ini boleh dilayari pada pautan Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP dan Blog Sekolah.

Semoga kita semua kekal duduk di rumah untuk membendung penularan virus Covid-19 dan dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Pn Fadhilah binti Talib

No comments:

Post a Comment