Monday, August 16, 2021

Jom Kongsi: Cara Merawat Rasa SEDIH

                                                   

Assalamualaikum dan salam penuh kemesraan untuk anak-anak murid cikgu💓
Semoga anda semua sihat dari segi mental & fizikal.. Teruskan mendidik diri untuk jadi yang lebih baik daripada semalam. Jangan pula membiarkan diri meratapi seperti bear di atas. Perkongsian cikgu hari ini ialah berkaitan dengan cara merawat rasa sedih. Cikgu percaya, ada di antara yang membaca post ini pernah merasai perasaan ini. Mari kita mengenali tentang perasaan ini terlebih dahulu sebelum pergi kepada cara merawatnya.

Perasan sedih ialah satu daripada lima emosi asas dalam diri setiap individu selain gembira, terkejut, takut dan marah. Namun, apabila kita bersedih, banyak emosi lain yang berkaitan akan muncul seperti kecewa, kecil hati, pasrah dan sebagainya. Memandangkan betapa besarnya impak perasaan sedih maka ramai akan berbicara hal itu.

Ada yang memberi nasihat supaya kita jangan bersedih, berhenti bersedih serta mengelak daripada bersedih. Apa yang jelas, semua nasihat tersebut ada kebenarannya. Sedih boleh memberi kesan negatif jika ianya mula menguasai diri sehingga seseorang tidak boleh move on atau meneruskan kehidupannya.

Setiap individu akan melalui perasaan sedih kerana perasaan itu normal bagi seseorang individu. Walaubagaimanapun, kita harus cuba untuk mengelak daripada perasaan ini terus menghantui diri kita agar kita selamat daripada kesan sampingannya. Rasulullah SAW juga pernah berdoa "Ya Allah, aku berlindung daripada-Mu daripada kekhuatiran dan kesedihan".

Di sini cikgu sediakan tips merawat rasa sedih yang boleh dipraktikkan apabila perasaan ini timbul.



Jika kita membenarkan diri merasai kesedihan tanpa memberati perasaan tersebut, sudah tentu kita dapat membuat pilihan lebih waras bagi mengatasi setiap permasalahan.
Semoga bermanfaat!!

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe

No comments:

Post a Comment