Friday, August 13, 2021

Teruskan Semangat PdPR, Jangan Mudah Mengalah

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat warga SK Taman Putra Perdana. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dan memberi kesembuhan kepada mereka yang telah disahkan positif COVID-19. Kita harus tabah dan kuat menempuh dugaan serta ujian yang melanda. Semoga dugaan yang kita hadapi akan menjadikan kita seorang yang lebih tabah, sabar dan bersyukur kerana sesungguhnya ada rahmat dan nikmat di sebalik setiap yang berlaku. 

Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan walau dalam apa jua keadaan dan dengan apa cara sekalipun serta perlu dilakukan secara berterusan tanpa batasan masa. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu diteruskan dengan lebih hebat dan berkesan agar pendidikan murid-murid tidak terjejas untuk menghadapi era COVID-19 yang terus menular. Semua murid sama ada mahu atau tidak, perlu meneruskan pembelajaran seperti sekarang ini iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Oleh itu, murid-murid perlu terus bersemangat menuntut ilmu dan jangan mudah mengalah. Hakikatnya, pendidikan memerlukan kesabaran, istiqamah dan kreativiti yang mampu membawa perubahan dalam pemikiran serta tingkah laku murid masing-masing. 

Dalam menuntut ilmu secara dalam talian, tidak dinafikan terlalu banyak cabaran dan dugaan yang berlaku. Walaupun PdPR tidak seperti kaedah konvensional yang membolehkan murid-murid berinteraksi secara terus dan bersua muka dengan guru, diharap murid-murid terus kuatkan semangat berusaha menuntut ilmu demi kejayaaan pada masa akan datang.  Jom tonton video 'Teruskan Semangat PdPR, Jangan Mudah Mengalah':


Tahniah kepada murid-murid yang sentiasa istiqamah dalam PdPR ini. Tahniah juga diucapkan kepada murid-murid yang sentiasa bersabar dengan dugaan ketika belajar secara dalam talian tanpa guru serta rakan di sisi. Sebarang persoalan dan perkongsian, bolehlah murid-murid join padlet bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling. Sila klik PADLET khas buat semua dari UBK. Terima kasih kepada murid-murid yang telah join padlet ini.

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh
#staysafe

No comments:

Post a Comment