Monday, August 23, 2021

Jom Kongsi : Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata Kanak-Kanak

Assalamualaikum & Happy Monday untuk semua murid SKTPP💓💓

Minggu baru, hari baru sudah pasti semangat pun baru. Kita tambah lagi ilmu dengan perkongsian daripada Unit Bimbingan & Kaunseling.


Mata!! Alhamdulillah, semua murid di SKTPP masih mempunyai mata yang boleh melihat keindahan alam dan menggunakan mata untuk menguruskan kehidupan seharian. Tetapi sedarkah kamu aktiviti seharian kini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kepada mata seseorang. 

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, mata juga boleh dijaga dengan meminimakan penggunaan gajet. Kita sedia maklum, PdPR menyumbang kepada penggunaan gajet, walaubagaimanapun ianya masih terkawal. Perkara yang perlu dibimbangkan ialah penggunaan gajet yang tidak terkawal seperti bermain games, menonton youtube dan tanpa disedari mengambil masa yang lama melayari media sosial yang lain.

Dalam perkongsian ketagihan gajet yang lalu, ada cikgu terangkan kesan ketagihan gajet kepada kanak-kanak secara umumnya. Namun begitu, hari ini cikgu ingin kupas kesan gajet pada mata kanak-kanak. Siapa kanak-kanak? Ya, kamu murid-murid SKTPP yang sedang membaca posting cikgu ini. Diharapkan ianya dapat membantu kamu dalam meminimakan penggunaan gajet kepada yang lebih penting. Buang segala tabiat ketagihan kepada perkara-perkara yang melalaikan demi kepentingan kesihatan mata kita.




Semoga bermanfaat!!

#kiaskukenaldiriku
#Staysafe
#staypositif

No comments:

Post a Comment