Friday, August 13, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-26 (Sesi Petang)

Tarikh: 9 - 13 Ogos 2021

Nama guru-guru bertugas: 

1. En. Muhammad Hasbullah b. Zainal Abidin (K)

2. Pn. Nik Rosmaliza bt. Nik Hussain (P)

3. Pn. Shurhama bt. Ahmad

4. Cik Noor Azlinda bt. Kasmin

5. Pn. Nor Maziah bt. Abd Malek

6. Pn. Nashirah bt. Taib

7. Pn. Roslelawati bt. Ibrahim

8. Pn. Nur Wahidatuldinah bt. Hassan

9. Pn. Nor Azian bt. Ahmad

10. Pn. Halijah bt. Mihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga SKTPP.

Minggu ini adalah minggu yang ke-26 dalam takwim persekolahan. Alhamdulillah, walaupun kita masih lagi mengharungi waktu sukar ketika pandemik ini, ia tidak mematahkan semangat para guru SK Taman Putra Perdana untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara PdPR.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan semua murid yang memberi komitmen dalam menjayakan sesi PdPR. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa warga SK Taman Putra Perdana yang membantu dalam memastikan PdPR ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Pelbagai cara dan pendekatan yang telah digunakan oleh guru-guru dalam melaksanakan sesi PdPR. Semoga dengan segala usaha yang dilakukan oleh para guru ini dapat mencapai matlamat dan objektif dalam pengajaran dan pembelajaran yang diadakan mengikut kesesuaian dan kebolehcapaian murid.

Berikut adalah antara gambar-gambar dan video sesi PdPR yang dijalankan pada minggu ini bagi murid-murid sesi petang;







Laporan disediakan oleh:

Nashirah

No comments:

Post a Comment