Friday, August 6, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-25 (Sesi Petang)

Tarikh : 2 Ogos hingga 6 Ogos 2021

Hari : Isnin hingga Jumaat

Guru bertugas Kumpulan A

1. Ustaz Abdul Hafiz (K)
2. Ustazah Ummu Athiah (P)
3. Cikgu Suriyana
4. Cikgu Nor Arzah
5. Cikgu Norhana
6. Cikgu Nor Holwani
7. Ustazah Nor Azizati
8. Ustazah Nor Hidayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga SKTPP.

    Minggu ini adalah minggu yang ke-25 dalam takwim persekolahan. Kita masih lagi dalam situasi pandemik yang amat membimbangkan. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran masih lagi diteruskan secara PdPR.

    Tahniah diucapkan kepada semua guru dan semua murid serta ibu bapa warga SKTPP yang berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan PdPR ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Pelbagai cara dan pendekatan yang telah digunakan oleh guru-guru dalam melaksanakan sesi PdPR mengikut kesesuaian dan kebolehcapaian murid.

    Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana berjaya merancang dan mengadakan beberapa aktiviti yang menarik dan bermanfaat kepada semua warga SKTPP. Program-program tersebut ialah :

1. Jom Kongsi: Ketagihan Gajet? Apa yang berlaku?
2. Jom Kongsi : Tips Kekalkan Disiplin Belajar Di Rumah.
3. Peningkatan Disiplin Diri Murid : Tanggungjawab Murid dalam PdPR

    Berikut adalah antara gambar-gambar dan video sesi PdPR yang dijalankan pada minggu ini bagi murid-murid sesi petang...

PdPR BM 1 Tempua

PdPR BM 1 Tempua

Aktiviti bacaan Kelas Prasekolah Orkid
 
Aktiviti bacaan Kelas Prasekolah Orkid

Sesi PdPR anak-anak di rumah

Aktiviti Pendidikan Muzik Irisha Nur Qistina dari 3 Unix 
                                                  
Aktiviti simulasi Uwais Alqarni dari 1 Tempua


Laporan disediakan oleh :

Ustazah Ummu Athiah 

No comments:

Post a Comment