Program ini telah berlangsung pada 15 Ogos 2021 bersamaan 6 Muharram 1443 Hijrah. Program yang berlangsung selama dua jam ini telah disertai oleh 119 orang murid yang terpilih di bawah Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ). Seramai 8 orang Fasilitator dari kalangan guru SK Taman Putra Perdana telah dilantik bagi menjayakan program ini. Peserta program dibahagikan kepada 8 buah kumpulan dan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dilakukan secara dalam talian yang menggunakan medium aplikasi "Google Meet".
Nama Program Tahsin Surah al-Fatihah ini yang terdiri daripada perkataan Bahasa Arab iaitu "Tahsin" bermaksud program untuk memperelok atau memperbaik bacaan surah al-Fatihah murid-murid yang terpilih. Hal ini disedari amat penting kerana surah al-Fatihah adalah salah satu rukun dalam solat. Selain itu, banyak lagi kelebihan dan keistimewaan surah ini, antaranya sebagai surah pembuka kepada kitab suci al-Quran serta ayat penyembuh dan penawar paling mudah untuk diamalkan.
Program ini merangkumi beberapa sesi Latihan Dalam Kumpulan iaitu Sesi Pra (Tasmik awal), Sesi Pengisian dan Pengenalan, Sesi Bedah Bacaan, Sesi Pasca (Tasmik Akhir) dan Sesi Latihan Interaktif. Setiap Fasilitator menjalankan sesi LDK dalam kumpulan masing-masing. Alhamdulillah, Program ini berjalan dengan lancar sehingga tamat serta kehadiran murid juga sangat memberangsangkan. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan kerana ianya sangat bermanfaat kepada murid-murid serta ibu bapa murid yang terlibat.
Di bawah disertakan gambar dan video sepanjang program berlangsung :
|
Poster rasmi Program |
|
Buku program bahagian hadapan |
|
Buku program bahagian belakang |
|
Sesi Pra (Tasmik awal) : Peserta membaca surah al-Fatihah dan dinilai oleh Fasilitator.
|
|
Sesi Pengisian dan Pengenalan : Peserta mendengar penerangan daripada Fasilitator mengenai asbabun nuzul serta kelebihan dan keistimewaan surah al Fatihah |
|
Sesi Bedah Bacaan : Fasilitator menerangkan kepada peserta ciri-ciri bacaan yang salah dan peserta mengikut bacaan fasilitator yang betul. |
|
Sesi Pasca (Tasmik Akhir) : Peserta memperdengarkan bacaan surah al-Fatihah sekali lagi dengan bacaan yang betul dan lebih baik daripada ketika Sesi Pra. |
|
Sesi Latihan Interaktif : Peserta bermain kuiz secara dalam talian dan keputusan akhir dinilai oleh Fasilitator masing-masing. |
|
|
Semua peserta mengikuti sesi Latihan Dalam Kumpulan bersama fasilitator masing-masing dengan tekun |
Video semasa Latihan Interaktif dijalankan
Video barisan Fasilitator bersama para pentadbir SK Taman Putra Perdana
Sekian laporan Program Tahsin Surah al-Fatihah tahun 2021. Terima kasih kerana membaca...
No comments:
Post a Comment