Saturday, August 28, 2021

Laporan Guru Bertugas Minggu ke- 28 (Sesi Petang)

Tarikh :  23 hingga 27 Ogos 2021

Guru Bertugas :

1. Encik Nor AmirulFitri bin Othman (Ketua)

2. Puan Nur Malisha binti Omar (Penolong)

3. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah

4. Puan Hastipa @Zaiton binti Mat Daud

5. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman

6. Puan Fadhilah binti Talib

7. Puan Rabihah binti Amiruddin

8. Cik Parimala A/P Panni Selvan

9. Puan Ranjini Rajah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke-28 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid mengikut jadual PdPR seperti biasa.

Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibu bapa dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid kita dapat mengikuti sesi PdPR dengan baik.

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini:

Program yang telah dilaksanakan pada minggu ini termasuklah Salam Inspirasi daripada Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP.

Berikut adalah ringkasan bingkisan dari Unit Bimbingan dan Kaunseling:

Rajin adalah kata sifat untuk menunjukkan seseorang yang bekerja atau bertindak dengan penuh minat, perhatian dan kecekapan untuk menjalankan tugas mereka. Sifat rajin mendatangkan banyak kebaikan atau faedah bila kita jadikan amalan. Jom ikuti perkongsian cikgu seterusnya.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat tersebut. Semoga bermanfaat.

http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/08/jom-kongsi-jom-jadi-rajin-ikuti-pdpr.html

Untuk mendapatkan aktiviti terkini, boleh ikuti instagram @sktpp_ubk

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Ahmad Junaidi bin Abdullah.

No comments:

Post a Comment