... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 20, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh : 16 Ogos hingga 20 Ogos 2021

Minggu: 27

Kumpulan : 3

Nama guru bertugas :

1. Azlina binti Mat Isa (K)
2. Nurzainon binti Mohd Razalli (P)
3. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah 
4. Faridatul-Akmal binti Ismail
5. Junaidah binti Rus
6. Nur Murni binti Abdullah
7. Rosmizawati binti Yusub
8. Ahmad Musrizuan bin Daud
9. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
10.Mazzaini binti Muda


Barisan guru bertugas


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.

Minggu ini merupakan minggu ke-27 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid mengikut jadual PdPR seperti yang telah ditetapkan. Guru-guru sentiasa bersungguh-sungguh dan kreatif dalam mencari kaedah pembelajaran terbaik mengikut kesesuaian murid melalui medium atas talian (Online), luar talian (Offline) mahupun gabungan kedua-duanya.

Ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes Covid-19, PdPR menjadi kaedah terbaik dalam memastikan pendidikan dapat diteruskan apabila pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Susulan perkembangan semasa penularan COVID-19 di Malaysia, PdPR perlu diteruskan seperti mana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Malah berdasarkan situasi semasa juga, kita tidak boleh menjangkakan bilakah sesi pembelajaran secara bersemuka akan kembali diadakan. Jadi, PdPR merupakan alternatif pembelajaran norma baharu untuk memastikan murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. 

Oleh itu, pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP untuk menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah, sama ada secara dalam talian atau luar talian. Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua ibu bapa dan penjaga. Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid dapat mengikuti sesi PdPR dengan baik dan berkesan.

Di samping itu, pada 17 Ogos 2021 (Selasa),  Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 telah dilaksanakan  di SK Taman Putra Perdana, secara atas talian melalui aplikasi YouTube Live. Guru-guru telah membuat hebahan di dalam group kelas masing-masing tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah ini.

Berikut merupakan sesi PdPR yang berlangsung sepanjang minggu ini:







Gambar-gambar sekitar Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia:

Poster Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-64 dan Hari Malaysia Ke-58
 









Antara aktiviti yang disertai oleh murid-murid

Kejayaan PdPR memerlukan sokongan semua pihak iaitu KPM, JPN, PPD, sekolah, guru, ibu bapa/ penjaga dan komuniti. Diharapkan melalui pelaksanaan PdPR secara berstruktur dan terancang ini, murid-murid dapat mengikuti PdPR secara optimum. InsyaAllah...

#stayathome
#pdpr
 
Disediakan oleh:
Puan Faridatul-Akmal binti Ismail.

No comments:

Post a Comment