Wednesday, August 18, 2021

Jom Kongsi : Tips Penjagaan Kesihatan Diri

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam inspirasi untuk anak-anak  dan semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa sihat dan bahagia💖😃 bersama orang-orang tersayang. Salah satu faktor untuk kita rasa gembira dan bahagia pastinya kita perlu mempunyai kesihatan yang baik.

Antara nikmat yang tidak ternilai harganya, adalah mempunyai kesihatan yang baik. Nikmat ini membolehkan kita menjalani kehidupan harian dengan selesa dan gembira. Kesihatan tidak terhad kepada fizikal atau jasmani sahaja, tetapi mencakupi emosi dan rohani.

Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Menurut kajian, tubuh badan yang sihat dan cergas menyumbang kepada kecerdasan otak. Otak yang cerdas pula, membolehkan kita berfikir dengan rasional seterusnya menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif.

Bagi membantu anak-anak menjaga kesihatan diri, JOM kita belajar melalui poster dan video yang cikgu lampirkan di sini 👇 

Sila tonton video ini bagi mendapat lebih banyak info berkaitan penjagaan kesihatan diri.

Klik di sini👉https://youtu.be/NjQRGPpfkmQ

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua

#staysafe
#stayathome
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor

No comments:

Post a Comment