Saturday, August 28, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-28 (Sesi Pagi)

Tarikh        : 23 - 28 Ogos 2021

Minggu     : 28

Kumpulan : 4 (Sesi pagi)

Ahli kumpulan : 

1) Pn Norziani bt Zubir (Ketua)

2) Pn Zailezah bt Sardi

3) Pn Norlida bt Othman 

4) Pn Umi Nazrah bt Saharoni

5) Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji

6) Pn Norazian bt Mat Anuar 

7) Pn Nor Azura bt Mustafa 

8) Pn Norfauziaton bt Ali Mohamed

9) En Srimahathevan a/l Vadivelu

10) Pn Jamilah bt Yusof

11) Pn Arjunawati bt Ahmad Nuze

12) Pn Zaleha bt Sitam

Sepanjang minggu ini, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berlangsung seperti biasa. Penglibatan guru-guru dalam PdPR menggunakan medium atas talian (Online), luar talian (Offline) mahupun gabungan kedua-duanya. Penyertaan murid juga baik dan terkawal. 

Selain dari kaedah menggunakan aplikasi Google Classroom, Google Meet, WhatsApp dan Telegram, guru-guru juga menggunakan kaedah-kaedah PdPR yang lebih variasi seperti Telegram Live Chat, Pickerwheel, Snapshot, Inshot, Kinemaster, Canva, Wordwall, Anyflip dan banyak lagi.

Berikut merupakan sesi PdPR yang berlangsung sepanjang minggu ini : 

1. PDPR subjek Bahasa Arab:

a. Video pembelajaran Bahasa Arab Ustazah Ziani bagi kelas Tahun 5 Ibnu Khaldun, 5 AlFarabi. Tarikh: 24 Ogos 2021

b. Pilih Murid terbaik B.Arab Tahun 4 Oppo & Asus


2. Bahan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris Teacher Azian


3. Sesi pembelarajaran online subjek Pendidikan Islam Ustazah Umi Nazrah


4. Sesi pembelajaran online subjek Pendidikan Islam Ustazah Norlida

5. Sesi Pembelajaran online subjek Bahasa Melayu, Cikgu Zaleha

6. Sesi pembelajaran online subjek Matematik kelas PPKI, Cikgu Fauziaton

7. Aktiviti Kokurikulum secara online, melibatkan Unit Beruniform.

Selain itu, pihak pentadbir, Guru Besar SKTPP Puan Rohaidah Binti Mohd Ali telah mengadakan sesi perbincangan bersama dengan YDP PIBG & Tn. Hj. Muzi berkaitan cadangan membina dewan serbaguna di tapak Dewan Putra.



Semoga dipermudahkan urusan selanjutnya

Unit Bimbingan dan Kaunseling juga sentiasa memberi input dan inspirasi memberangsangkan setiap minggu. Pada minggu ini kita dapat melihat beberapa program yang telah diatur oleh pihak B&K, antaranya ialah :  

  • “Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata Kanak-Kanak”
  • Sila klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat tersebut.
  • http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/08/jom-kongsi-kesan-penggunaan-gajet-ke.html
  • Untuk mendapatkan aktiviti terkini, boleh ikuti instagram sktpp_ubk

Semoga kita semua kekal duduk di rumah untuk membendung penularan Covid-19 dan dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan baik. 

Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment