Friday, August 6, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-25 (Sesi Pagi)

Tarikh: 2 Ogos hingga 6 Ogos 2021

Hari: Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas:

Kumpulan A

1. Pn Rosmawati binti Md Desa (K)

2. Pn Roseniza binti Setapa (P)

3. Pn Norsiah binti Mohd Nor

4. Pn Norli binti Hassan

5. Pn Astina binti Mahad Nor

6. Pn Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

7. Pn Juli binti Mahbah

8. En Zurilazman bin Abdullah

9. Pn Norinna binti Mohamed

10. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

11. Pn Claudia Jacqueline Charles Nelson

12. En Mohd Dzarfan bin Kamar Bahrin

Kami Guru Bertugas Kumpulan 1 mengucapkan selamat meneruskan perjuangan menjalankan aktiviti seharian termasuk PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) buat semua anak didik dan warga SK Taman Putra Perdana. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memacu transformasi gaya pendidikan terkini. Guru-guru sentiasa cemerlang dan kreatif dalam mencari kaedah terbaik dan cara pembelajaran mengikut kesesuaian murid. Semua yang dilakukan bertujuan bagi memastikan kejayaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ketika negara masih berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19. Kaedah PdPR secara dalam talian diharap dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) anak-anak murid diteruskan, ketika sekolah tidak dibuka untuk mengadakan PdP secara bersemuka.

Meskipun kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik darjah adalah yang terbaik, namun ramai tidak sedar kaedah PdPR juga mampu membuahkan kejayaan kepada pelajar. Murid-murid mula belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Guru-guru boleh memuat turun bahan-bahan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan juga latihan untuk memudahkan murid-murid mencari bahan berkaitan pembelajaran. 

Maklumat hebahan dari Unit Bimbingan dan Kaunseling pada minggu ini fokus kepada bidang Peningkatan Disiplin Diri Murid seperti berikut:

1) Jom Kongsi : Ketagihan Gajet? Apa Yang Berlaku?  

2) Jom Kongsi : Tips Kekalkan Disiplin Belajar Di Rumah  

3) Peningkatan Disiplin Diri Murid : Tanggungjawab Murid Dalam PdPR   


Berikut merupakan gambar dan video yang sempat dirakamkan sepanjang minggu ini:

Ucapan Selamat Meneruskan PdPR daripada PPD Sepang

Jom Baca Yasin Perdana anjuran Majlis AKRAB KPM

Selamat datang diucapkan kepada pelatih IPG Kampus Bahasa Antarabangsa (Puteri Aina Huda binti Mior Hussin) dan guru baharu (Ustazah Farhana binti Mohammad Fuzi)

Pertandingan Gema Selawat Peringkat Negeri oleh PPIM

Suasana PdPR di rumah masing-masing

Video: Suasana pembelajaran murid ketika di rumah

Video: Sebahagian daripada aktiviti guru pada minggu ini

Video: Aktiviti Sains oleh Adik Rafiq Nur Aadhil bin Mohd Firdaus, 4 Sony

Video: Aktiviti Kelas Mata Pelajaran Sejarah Cikgu Roseniza

Video : Bercerita oleh Adik Luqman Hakim bin Mohd Kamarol Hisham

Video : Dendangan puisi oleh Adik Muhammad Hafidh Husna bin Mohd Nasir, 6 Harmoni

#staysafe
#stayathome
#pdpr
#onlineclass

Disediakan oleh:
Puan Juli binti Mahbah
Puan Rosmawati binti Md Desa

No comments:

Post a Comment