... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 13, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-26 (Sesi Pagi)

Tarikh : 9 Ogos 2021 - 13 Ogos 2021

Senarai guru bertugas :

1. Rosalinda binti Mansor (K)

2. Nik Kamisah binti Mohd Aziz (P)

3. Komagal A/P Kunaisekaran

4. Safinatunajakh binti Mat Som

5. Ahmad Zubair bin Haji Muhammad Taib

6. Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim

7. Musaliha binti Mustafa

8. Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang

9. Nurul Izziani binti Mohd Latifi

10. Nurul Iman binti Illyas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Minggu ini merupakan minggu ke-26 mengikut takwim persekolahan. Meskipun masih dalam suasana PdPR, murid-murid serta guru dilihat begitu bersemangat dan semakin membiasakan diri dalam pembelajaran secara maya ini.  Sepanjang minggu ini juga, diedarkan soalan latihan Model Item ITI 2 bagi murid Tahun 6. Tahniah diucapkan kepada guru serta murid serta ibu bapa yang turut komited dalam memastikan keberkesanan PdPR ini. 

Berikut beberapa gambar sepanjang PdPR berlangsung;




Seterusnya, sekolah bercuti selama sehari sempena Awal Muharram yang jatuh pada 10 Ogos 2021 (Selasa). Panitia Pendidikan Agama Islam (PAI) SKTPP turut mengadakan Sambutan Awal Muharram 1443H Peringkat SKTPP pada hari Sabtu, 14 Ogos 2021. Sambutan yang diadakan secara siaran langsung menerusi youtube live turut diserikan dengan ucapan daripada GB SKTPP dan YDP PIBG SKTPP selain bacaan Yassin, Tahlil dan sedikit tazkirah ringkas. Semoga dengan tahun baru dalam kalendar Islam ini, memberikan sedikit sinar dan semangat yang baru dalam kita menghadapi kemelut pandemik Covid-19.

Bagi yang tidak berkesempatan mengikut siaran langsung sambutan, bolehlah menonton di pautan di bawah :




Semoga pandemik ini segera berlalu dan moga mereka yang terkesan dipermudahkan segala urusan. Insyaallah... Terus patuh SOP dan kekal selamat di rumah.


Laporan disediakan oleh
Nurul Iman binti Illyas

No comments:

Post a Comment