Friday, August 20, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-27 (Sesi Petang)

Tarikh : 16 - 20 Ogos 2021
Nama guru-guru bertugas : 

1) En. Rusmami bin Rosli (K) 

2) Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim (P) 

3) Pn. Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin 

4) Pn. Zabedah binti Othman 

5) Cik Amalina binti Abd Hamid 

6) Pn. Khairiah binti Razali 

7) Pn. Salmi binti Adnan 

8) Pn. Suziana binti Mohd Makhtar 

9) En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim 

10) Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal 

    Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP. Minggu ini merupakan minggu ke-27 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Seperti yang kita sedia maklum, situasi pandemik di negara kita masih lagi amat membimbangkan. Oleh itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih lagi diteruskan pada minggu ini untuk kesemua murid.

    Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian maupun luar talian. Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibu bapa dan penjaga. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid dapat melaksanakan sesi PdPR dengan jayanya. 

    Pada hari Selasa, 17 Ogos 2021, berlangsungnya Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58 secara atas talian di SKTPP. Jadi guru-guru mula membuat hebahan di dalam group kelas masing-masing berkenaan dengan pertandingan kemerdekaan yang akan dijalankan sepanjang tempoh berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan. Murid-murid digalakkan untuk menyertai setiap pertandingan yang dipertandingkan.

Hebahan berkenaan dengan Pertandingan Melafazkan Pantun (murid Tahun 2).
Hebahan ini disediakan oleh Panitia Bahasa Melayu SKTPP.

Syarat pertandingan Pakaian Bertemakan Kemerdekaan
 yang dipertandingan oleh murid Tahap 1.
Syarat -syarat ini disediakan oleh Panitia PJK SKTPP

Berikut merupakan gambar-gambar sesi PdPR yang sempat dirakamkan sepanjang sesi PdPR sesi petang yang dijalankan minggu ini : 

Murid-murid kelas 2 Diamond dan 2 Turqouise sedang mengikuti kelas Bahasa Inggeris bersama dengan Teacher Suzie 

Kelas PdPR bersama dengan Ustazah Salmi 

Kelas PdPR bersama Cikgu Hanani

Semoga kita semua kekal berada di rumah dan dijauhkan daripada virus Covid-19 dan dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan baik. 

Sekian, terima kasih. 

Disediakan oleh : Pn. Suziana binti Mohd Makhtar

No comments:

Post a Comment