Sunday, August 8, 2021

Video "Lagenda Wicket Terakhir" Dinobat Penerima Anugerah Khas Penganjur Sempena Sambutan Hari Guru Negeri Selangor 2021

Video "Lagenda Wicket Terakhir" hasil karya Cikgu Wan Faizol telah dinobatkan selaku Penerima "Anugerah Khas Penganjur" dalam Pertandingan Video Pendek sempena Sambutan Hari Guru 2021 anjuran Majlis Guru Besar Negeri Selangor. Setinggi-tinggi tahniah buat Cikgu Wan Faizol atas kreativiti, kualiti dan nilai murni di dalam video tersebut yang sangat hebat dan diakui oleh YDP MGBS! Tahniah juga buat tulang belakang kriket; Cikgu Izwan Jowahar, Cikgu Junaidi Abdullah, coach Amirul dan coach-coach lain serta Pn. Shima Osman; ibu Amzar lejen kita dan ibu bapa peneraju SRCC. Dan paling penting syabas buat semua murid pemain kriket dan guru yang telah menjayakan video ini! Congrats SKTPP dan SRCC🌹🌹🌹

No comments:

Post a Comment