Kami Benci Dadah!
Friday, July 29, 2016
Khidmat Komuniti : Melukis Mural TOA
Pelajar-pelajar The One Academy (TOA), Bandar Sunway sekali lagi telah hadir ke SKTPP untuk meneruskan projek melukis mural. Seramai 15 orang student terlibat dalam projek tersebut. Mereka akan berada di sekolah selama 2 hari iaitu pada 29 dan 31 Julai 2016. Terima kasih atas khidmat bakti dan jasa baik para pelajar serta pensyarah; Cik Fadzilah kerana tidak jemu-jemu melukis dan menceriakan kawasan sekolah sambil menghebahkan mesej Benci DARVIH...
Program SUPERVAKS Kali Ke-4 Tahun 2016
Alhamdulillah..hari ini bermula pukul 9.50 pagi hingga 11.50 pagi semua murid Tahun Enam sekali lagi menyertai Program SUPERVAKS. Ini adalah kali ke-4 dan terakhir program SUPERVAKS dilaksanakan khas untuk semua murid Tahun Enam di SK Taman Putra Perdana.
VAKS adalah singkatan dari 4 perkataan iaitu Visual, Auditori, Kinestetik dan Spirit.VAKS adalah suatu program yang memberi penekanan kepada 4 saraf utama dalam diri manusia. VAKS adalah suatu aktiviti rangsangan 4 saraf utama iiatu Saraf Visual (saraf penglihatan), Saraf Audiotori (saraf pendengaran), Saraf Kinestetik (saraf pergerakan dan sentuhan) dan Saraf Spirit (saraf hati). Aktiviti ini telah dilaksanakan bermula bulan April 2016.
Semoga program ini akan memberi impak yang positif kepada semua murid Tahun Enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada awal September nanti.
Berikut adalah paparan gambar yang diambil semasa aktiviti:
Pengacara Majlis: Cik Roslinda Penceramah SUPERVAKS
VAKS adalah singkatan dari 4 perkataan iaitu Visual, Auditori, Kinestetik dan Spirit.VAKS adalah suatu program yang memberi penekanan kepada 4 saraf utama dalam diri manusia. VAKS adalah suatu aktiviti rangsangan 4 saraf utama iiatu Saraf Visual (saraf penglihatan), Saraf Audiotori (saraf pendengaran), Saraf Kinestetik (saraf pergerakan dan sentuhan) dan Saraf Spirit (saraf hati). Aktiviti ini telah dilaksanakan bermula bulan April 2016.
Semoga program ini akan memberi impak yang positif kepada semua murid Tahun Enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada awal September nanti.
Berikut adalah paparan gambar yang diambil semasa aktiviti:
Pengacara Majlis: Cik Roslinda Penceramah SUPERVAKS
Aktiviti SUPERVAKS |
Ayat positif kali ini "Saya Fokus Saya Bagus' |
Barisan guru-guru yang turut serta |
Bersama Guru Besar SKTPP, Penceramah dan Guru Bimbingan&Kaunseling |
Thursday, July 28, 2016
Jom sertai Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH"
Larian Amal "Cergas Tanpa DARVIH" SKTPP 2016 akan diadakan pada 7 Ogos 2016 nanti. Terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta yang telah mendaftar. Jom ramai-ramai kita meriahkan larian amal Benci DARVIH kita.
Makluman Larian Amal SKTPP dalam Sinar Harian di sini..
Makluman Larian Amal SKTPP dalam Sinar Harian di sini..
Tuesday, July 26, 2016
Choral Speaking Daerah Sepang
CHORAL SPEAKING DAERAH SEPANG
(26 Julai 2016)
Pada
tanggal 26 Julai 2016, SK Taman Putra Perdana telah menyertai Pertandingan
Choral speaking peringkat Sekolah Rendah Daerah Sepang. Pertandingan ini
telah diadakan di dewan SMK Dato Abu Bakar Baginda. SK Taman Putra Perdana dan SK Taman Putra Perdana 2 telah
menjadi tuan rumah untuk pertandingan tersebut. Pasukan Choral Speaking sekolah ini telah diwakili oleh seramai 34
orang murid tahap 2 dan dilatih oleh Pn. Rosmizawati, Pn. Norhana dan guru-guru
yang lain. Guru-guru Panatia Bahasa Inggeris juga telah terlibat secara
langsung dalam menjayakan program ini.
Berkat kesungguhan dan semangat yang
berkobar-kobar, SK Taman Putra Perdana telah dapat mengatasi pasukan sekolah lain dan
menjuarai Pertandingan Choral Speaking Daerah Sepang 2016.
Diharapkan
pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan ia banyak
memberikan kesan yang positif kepada murid-murid dan secara tidak langsung
mewujudkan budaya kekitaan dan kerjasama dalam meningkatkan penguasaan dalam
penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua.
Suasana
sepanjang pertandingan
dijalankan...
Piala yang dipertandingkan |
Kesempatan yang ada tidak disia-siakan.
Peserta Choral Speaking melakukan latihan sebelum pertandingan.
|
Barisan guru-guru yang hadir bersama pasukan Choral Speaking SK TamanPutra Perdana |
Guru Besar turut memberikan sokongan |
Guru-guru turut bergembira dengan kemenangan |
Pegawai PPD Sepang bersama guru-guru dari sekolah yang mengambil bahagian
turut meraikan kejayaan SK Taman Putra Perdana
Syabas SKTPP! |
Disediakan oleh : Norsiah Bt Mohd Noor
Monday, July 25, 2016
Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Petang)
Tarikh
: 25 Julai 2016 (Isnin)
Tempat : Dewan Perdana
Masa : 1.20 – 2.00 petang
Guru
bertugas Kumpulan A
1.
Arnny Yusnita bt Md Enarji
2.
Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim
3.
Suriyana bt Nanyan
4.
Nor Arzah bt Hussin
5.
Yusnita bt Yunus
Laporan
/ Ulasan
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor
dan Lagu Sekolah
2.
Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 3
3.
Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En Wan Roswandy b W.Ibrahim
4.
Bacaan Ikrar Murid oleh Alif Qaweem (3 Kompang)
5.
Laporan oleh guru bertugas minggu lepas iaitu Pn Zauiyah bt Ismail
-
Murid tidak dibenarkan membawa perkakasan kaca seperti botol air kaca elak sebarang kecederaan berlaku.
-
Murid dinasihatkan menunggu ibu bapa di tempat menunggu bas atau di pondok jaga.
Tidak dibenarkan menunggu di seberang jalan bimbang mengancam keselamatan.
-
Murid diingatkan supaya tidak bergayut menggunakan ‘monkey bar’.
6.
Pemenang bagi pertandingan kelas terbersih minggu lepas
Tahun 1 :
Tempat Pertama - 1 intelek
Tempat Kedua – 1 Cerdik
Tempat
Ketiga – 1 Fokus
Tahun
2 :
Tempat
Pertama – 2 Uranium
Tempat Kedua – 2 Vanadium
Tempat Ketiga – 2 Platinium
Tahun
3 :
Tempat
Pertama – 3 Angklung
Tempat kedua – 3 Bonang
Tempat Ketiga – 3 Kompang
7.
Ucapan guru bertugas (En Wan Mohd Roswandy b W. Ibrahim)
- Tema ucapan hari ini ialah “Menghormati
orang tua”. Murid dinasihatkan supaya lebih menghormati orang yang lebih tua seperti ibu bapa dan guru.
- Mereka juga diingatkan supaya memberi salam / sapaan semasa berjumpa dengan orang yang lebih tua. Penggunaan bahasa yang sopan disarankan semasa bertutur dengan mereka.
- Mereka juga diingatkan supaya memberi salam / sapaan semasa berjumpa dengan orang yang lebih tua. Penggunaan bahasa yang sopan disarankan semasa bertutur dengan mereka.
-
Perkataan LAWAD pada hari ini ialah :
Bahasa
Malaysia : Melarik = Mengukir
Bahasa
Inggeris : Road = jalan
Bahasa
Arab : Haatifun = Telefon
8.
Ucapan Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
-Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah kita telah meraih Naib Johan dalam pertandingan Mahrajan j-QAF (Kalam Jamaie) Daerah Sepang.
-
Beliau juga berharap kumpulan Action Song sekolah kita juga akan mendapat tempat dalam pertandingan pada hari Khamis ini.
-
Tahniah dan syabas kepada 6 orang murid dari sekolah ini yang berjaya mewakili Daerah Sepang dalam pertandingan kriket MSSS.
-
Guru Besar juga memohon agar murid-murid menguar-uarkan sekali lagi kepada ibu
bapa mereka tentang Larian Amal “Cergas Tanpa DARVIH” yang akan dijalankan
pada 7 Ogos 2016.
-
Guru Besar menghebahkan kepada warga SKTPP mengenai perubahan Visi & Misi PPDa. Misi & Visi baru adalah seperti berikut :
Visi
PPDa
Sekolah
Bebas Dadah 2022
Misi
PPDa
Melaksanakan
aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan
menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah
En Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim (Pengerusi Majlis) |
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Alif Qaweem (3 Kompang) |
Murid bersedia membaca ikrar |
Laporan guru bertugas disampaikan oleh Pn Zauiyah bt Ismail |
Wakil pemenang pertandingan kebersihan kelas minggu ke-26 |
Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) |
Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)
Tarikh: 25 Julai 2016
Tempat: Dewan Perdana
Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi
Guru bertugas (Kumpulan A)
1. En. Tarmiji Bin Sabali
2. Pn. Noriza Bt Md. Nor
3. Pn. Norziani Bt Zubir
4. Pn. Azlina Bt. Mat Isa
5. Pn. Nur Hayati Bt. Mohamed Nor
6. Pn. Norazian Bt Mat Anuar
7. Pn. Musaliha Bt Mustafa
8. Pn. Siti Masra Bt Abdul Kadir
Laporan / Ulasan
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan sekolah
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas (Nukman Haziq Bin Fauzi)
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh guru bertugas iaitu Puan Noriza Bt Md. Nor
4. Bacaan ikrar murid diketuai oleh Asyraaf Aqashah
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norhana Binti Nordin
Masalah disiplin;
7. Perkataan lawad
Tempat: Dewan Perdana
Masa: 7.30 pagi - 8.30 pagi
Guru bertugas (Kumpulan A)
1. En. Tarmiji Bin Sabali
2. Pn. Noriza Bt Md. Nor
3. Pn. Norziani Bt Zubir
4. Pn. Azlina Bt. Mat Isa
5. Pn. Nur Hayati Bt. Mohamed Nor
6. Pn. Norazian Bt Mat Anuar
7. Pn. Musaliha Bt Mustafa
8. Pn. Siti Masra Bt Abdul Kadir
KUMPULAN A |
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan sekolah
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas (Nukman Haziq Bin Fauzi)
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh guru bertugas iaitu Puan Noriza Bt Md. Nor
4. Bacaan ikrar murid diketuai oleh Asyraaf Aqashah
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norhana Binti Nordin
Laporan Guru bertugas minggu lepas daripada Puan Norhana Bt Nordin |
- Murid berlari-lari semasa waktu rehat
- Murid membawa bungkusan makanan melepasi kawasan kantin dan menyebabkan sampah dibuang di merata tempat terutama longkang dan kawasan laluan kelas
- Murid mesti sentiasa menjaga kebersihan kelas
6. Ucapan guru bertugas yang disampaikan oleh Pn Noriza Bt Md. Nor bertema "FAEDAH MENYIMPAN WANG"
- Menyimpan wang dapat menggelakkan pembaziran
- Wang yang disimpan boleh digunakan semasa waktu kecemasan
- Wang tersebut juga boleh dijadikan dana untuk menyambung pelajaran di masa hadapan
- Wang tersebut boleh digunakan untuk membantu ibu bapa
Ucapan guru bertugas (Pn. Noriza Bt. Md. Nor) |
- Bahasa Melayu - Berdentam-dentum bermaksud bunyi kuat yang bersambung-sambungan (mercun)
- Bahasa Inggeris - Awful bermaksud teruk
- Bahasa Arab - Mahattotun bermaksud stesen
8. Penyampaian hadiah dan sijil kepada Peserta Kalam Jamaei kerana telah berjaya dinobatkan Naib Johan Peringkat Daerah Sepang paada 21/7/2016 yang dibimbing oleh guru-guru j-QAF
9. Ucapan Guru Besar iaitu Puan Rohaidah Bt Mohd Ali
Ucapan Guru Besar Puan Rohaidah Bt Mohd Ali |
- Puan guru besar memulakan ucapan dengan mengucapkan ucapan tahniah kepada peserta Kalam Jamaei atas kemenangan Naib Johan Peringkat Daerah Sepang dan juga kumpulan kriket atas pemilihan ke Peringkat Negeri Selangor
- Beliau turut memberi pesanan dan nasihat kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR dan murid Tahun 4 dan 5 (PKSR2) bermula esok hari iaitu Selasa 26/7/2016.
- Beliau juga menyentuh berkaitan Larian Amal dan permohonancuti peristiwa pada hari Isnin (8/8/2016) telah dihantar ke PPD
- Puan guru besar menutup ucapan dengan mengumumkan visi dan misi baru PPDa dan membacanya bersama-sama murid dan guru.
VISI
Sekolah Bebas Dadah 2022
MISI
Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah.
10. Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.
Disediakan oleh : Pn. Siti Masra
Thursday, July 21, 2016
Mahrajan j-QAF (Kalam Jamaie) Daerah Sepang
Pertandingan Kalam Jamaie peringkat daerah Sepang telah diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 21 Julai 2016
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang.
Tempat : Kolej Vokasional Sepang
Penyertaan: Sekolah- sekolah Kebangsaan Daerah Sepang.
Guru- guru Bahasa Arab dan j-QAF SKTPP telah bekerjasama melatih murid-murid dalam acara ini selama dua minggu. Seramai 25 orang murid perempuan tahun 4 dan 5 telah terpilih menyertai pertandingan ini dan diberi nama Kumpulan / Firqah Ma'wa. Alhamdulillah, SKTPP telah mendapat Naib Johan dalam acara Kalam Jamaie ini.
Semoga usaha dan pencapaian ini akan menjadi penanda aras untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Sekalung ucapan tahniah untuk semua peserta kerana telah berusaha sebaiknya dan ucapan penghargaan untuk semua guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang baik demi kecemerlangan murid- murid SKTPP.
Kurangnya kemampuan,
bukan alasan untuk keberhasilan.
Kesungguhan penuh semangat,
adalah modal keberhasilan.
Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir.
Tarikh: 21 Julai 2016
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang.
Tempat : Kolej Vokasional Sepang
Penyertaan: Sekolah- sekolah Kebangsaan Daerah Sepang.
Guru- guru Bahasa Arab dan j-QAF SKTPP telah bekerjasama melatih murid-murid dalam acara ini selama dua minggu. Seramai 25 orang murid perempuan tahun 4 dan 5 telah terpilih menyertai pertandingan ini dan diberi nama Kumpulan / Firqah Ma'wa. Alhamdulillah, SKTPP telah mendapat Naib Johan dalam acara Kalam Jamaie ini.
Semoga usaha dan pencapaian ini akan menjadi penanda aras untuk mencapai tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Sekalung ucapan tahniah untuk semua peserta kerana telah berusaha sebaiknya dan ucapan penghargaan untuk semua guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang baik demi kecemerlangan murid- murid SKTPP.
Bersiap sedia... bergambar sebelum bertolak ke Kolej Vokasional Sepang. |
Gembira.. selepas dinobatkan Naib Johan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Sepang. |
Persembahan yang hebat.. Ketika pertandingan sedang berlangsung. |
Pastinya...Firqah Ma'wa SKTPP Benci DARVIH. |
bukan alasan untuk keberhasilan.
Kesungguhan penuh semangat,
adalah modal keberhasilan.
Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir.
Majlis Pembayaran Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2016
Khamis, 21 Julai 2016 diadakan Majlis Pembayaran Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Majlis diadakan di Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana pada jam 11.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali .Majlis dihadiri oleh 50 orang ibubapa / penjaga murid yang layak menerima bantuan.
Wednesday, July 20, 2016
Lawatan Sambil Belajar ke Kidzania, Kuala Lumpur
Rabu, 20 Julai 2016 - Kelab Bimbingan dan Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor telah menganjurkan satu program yang diberi nama "Adiwira Selangor Terbilang". Seramai 80 orang murid dipilih di kalangan ahli-ahli Kelab Bimbingan dan Kerjaya bersama-sama dengan 8 orang guru pengiring. Program berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Antara objektif program ini diadakan ialah :
Antara objektif program ini diadakan ialah :
- Memperkenalkan kepada murid-murid kerjaya-kerjaya pilihan yang boleh mereka terokai di Kidzania.
- Memberi pengalaman kepada murid-murid untuk melakukan sendiri kerjaya yang diminati mereka.
- Memupuk sikap berdikari dan memberi pengalaman baru menyertai lawatan bersama rakan-rakan dan guru.
Antara gambar-gambar sepanjang program berlangsung.....
Subscribe to:
Posts (Atom)