Friday, November 30, 2018

Tahniah Muhammad Adam Azfar bin Mazlan!

Tahniah buat Muhammad Adam Azfar bin Mazlan - salah seorang daripada 5 pemain kriket SKTPP yang membantu Selangor menjadi Johan Kriket MSSM 2018 telah berjaya mendapat keputusan 6A dlm UPSR semalam.





Adam Azfar : murid contoh - sukan bukan penghalang kejayaan akademik - tahniah!

Sila ikuti laporan kriket MSSM dalam blog SKTPP di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini...

Thursday, November 29, 2018

Penyerahan Pelaporan Sekolah Rendah dan Keputusan UPSR

Penyerahan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk;
- Slip keputusan UPSR / PASR
- PAJSK yang mengandungi keputusan SEGAK
- PBD
- PPsi
Tahniah buat semua murid Tahun 6 atas pencapaian masing-masing. Semoga kemenjadian murid tercapai secara holistik setelah 6 tahun berada di sekolah rendah.

























Tuesday, November 27, 2018

Perkhemahan Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan 2018

Seramai 483 orang ahli Pandu Puteri Tunas dari seluruh Malaysia terdiri daripada murid Tahun 3, 4 dan 5 telah menyertai Perkhemahan Pandu Puteri Tunas di Photon Valley, Hulu Langat, Selangor. Perkhemahan ini berlangsung pada 24 - 26 November 2018. Seramai empat orang murid SK Taman Putra Perdana telah menyertai perkhemahan ini dan mendapat sijil WAGGS (Action On Body Confidence) Peringkat Antarabangsa dan mendapat sijil pencapaian Peringkat Kebangsaan. Murid yang terlibat ialah Nur Arissa Nuha Binti Mohd Amin, Asha Rania Binti Sallehudin, Dhiya Nur Aisyah Binti Mohd Rusdi dan Farah Nuradlina Binti Faizal.
    Banyak aktivti yang menarik telah diikuti sepanjang tiga hari perkhemahan ini. Antaranya:
1. Aktiviti Action On Body Confidence oleh jurulatih WAGGS
2. Mengembara
3. Membuat kraf
4. Permainan Kepanduan
5. Malam bakat "Pyjamas Nite"

Gambar- gambar aktivti sepanjang perkhemahan...


Aktivti Action On Body Confidence

Menghasilkan "Book Mark"
Aktiviti mencari dan menggabungkan ayat menjadi  "Prasetiaan Pandu Puteri"
Empat peserta yang terlibat
Sewaktu makan malam
Sewaktu minum petang
Aktiviti Riadah 
Kumpulan kecil "Rapunzel" - aktiviti menghasilkan permainan menggunakan kayu, batu dan getah.
Peserta Sepang bersama Pesuruhjaya Kebangsaan Dato Jaya dan guru pembimbing

Sunday, November 25, 2018

Klinik Bola Sepak Kelab Soccer Star Bersama Coach Akademi Mokhtar Dahari - Nurfaizal Patrick

Tahniah Kelab Bola Sepak Soccer Star yang berpangkalan di SKTPP yang telah mengadakan program bersama Coach Akademi Mokhtar Dahari; Saudara Nurfaizal Patrick. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran ibu bapa pemain. Semoga para pemain dan ibu bapa dapat menimba banyak ilmu dan tips hasil latihan yang diberi dan dialog yang diadakan.






Turut hadir : Cikgu Musrizuan & Ustaz Ahmad Zubair