... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, September 30, 2023

Program Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Sesi Petang

Mata Pelajaran Jawi diajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam Kurikulum baru Sekolah rendah sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sejak tempoh itu, penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi bermula tahun 2015 mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kem Cemerlang Jawi (KCJ) merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis tulisan Jawi dengan sempurna.

Kem Cemerlang Jawi ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat mengenal, membaca dan menulis huruf Jawi tunggal dan bersambung,  membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup dan membaca dan menulis ayat pendek

Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi bertujuan untuk memberi pendedahan dan memantapkan lagi penguasaan Jawi murid yang masih lemah terutama aspek mengenal, membaca dan menulis Jawi dengan baik. 

Selaras dengan matlamat mencapai sasaran penguasaan 100% dalam Pelajaran Jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam Sekolah rendah dan Sekolah Menengah, seramai 180 orang murid Tahun 2 dan 3 yang dikenalpasti belum dapat menguasai kemahiran Jawi dengan baik telah dipilih untuk menyertai Kem Cemerlang Jawi Peringkat Sekolah dibawah kelolaan bersama Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Taman Putra Perdana.

Kem Cemerlang Jawi yang dilangsungkan bermula dari 25 September 2023 sehingga 29 September 2023 telah dilaksanakan semasa PdP Pendidikan Islam didalam kelas masing-masing.








Semoga dengan terlaksananya program ini, ia dapat membantu murid-murid mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan dan seterusnya kemahiran dan penguasaan jawi mereka dapat dipertingkatkan. 

Pautan Buku Program:
https://online.anyflip.com/ozibu/nfmo/mobile/index.html

Laporan Bertugas Minggu Ke-25 (Sesi Petang)

Tarikh : 25 – 29 September 2023

Kumpulan Bertugas : Kumpulan A

Senarai Guru Bertugas

1. Nor Amirulfitri bin Othman (K)

2. Rozimah binti Yaakob

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Muhamad Fuzi

Barisan guru bertugas minggu ini

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tema Warna Pakaian : Hitam

Pengacara Majlis : Puan Norhana binti Nordin

Masa : 1.00 - 1.30 petang

Aturcara :

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

2. Bacaan doa diketuai oleh pengawas bertugas iaitu adik Muhammad Iyadh Qayyim bin Mohd Izzham dari Kelas 3 Tempua.

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Norhana binti Nordin selaku Pengacara Majlis pada hari ini.


4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Ahmad Aryan Zaquan bin Sarifuddin dari kelas 3 Tempua.


5. Laporan guru bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Puan Nur Malisha binti Omar. Antara perkara yang dilaporkan ialah:

  • Murid-murid diingatkan agar tidak hadir lewat ke sekolah. Murid perlu hadir sebelum pukul 1.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis.
  • Pada hari Jumaat, murid yang datang awal perlu duduk dengan tertib di dewan. Murid dilarang bermain dan berlari-lari untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
  • Murid-murid ditegur agar tidak mengambil sikap sambal lewa terhadap pesanan guru. Semua pesanan haruslah disemat di dalam hati agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.


6. Ucapan guru bertugas, Puan Norhana binti Nordin selaku pengacara majlis perhimpunan:

  • Puan Norhana memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.
  • Beliau menyentuh tentang tema ucapan pada minggu ini iaitu “berfikiran positif”.
  • Murid yang berfikiran positif akan hadir ke sekolah dengan bersemangat untuk mendapatkan ilmu.
  • Apabila berfikiran positif, ia akan dizahirkan dengan tingkah laku yang baik seperti rajin belajar dan fokus dengan pembelajaran di dalam kelas.
  • Mulai hari ini, murid hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk hadir ke sekolah kerana tingkah laku yang baik berasal dari fikiran yang positif.


7. Puan Norhana memperkenalkan perkataan LAWAD:
  • Bahasa Melayu : Fikiran positif = fikiran yang baik
  • Bahasa Inggeris : Hall = dewan
  • Bahasa Arab : Muallimun/muallimah = guru


Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini    

Kehadiran murid di Pintu A

Kehadiran murid di Pintu B

Murid ceria dan bersemangat hadir ke sekolah

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) menyambut kehadiran rakan-rakan

Barisan guru bersama Penolong Kanan Petang semasa perhimpunan rasmi

Murid-murid khusyuk mendengar ucapan guru bertugas

Murid-murid berkumpul di dewan sebelum masuk ke kelas

Suasana waktu pulang sekolah

Disediakan oleh;
Norazmira binti Kadirun

Thursday, September 28, 2023

Salam Maulidur Rasul 1445H / 2023

 

Pihak sekolah mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda..

Mari melangkah dan bersama mengingati perjuangan Nabi SAW dengan sentiasa berselawat ke atasnya..

#Perpaduan Teras Malaysia Madani

Wednesday, September 27, 2023

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2023


Pada 27 September 2023 (Rabu), Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah berjaya melaksanakan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah. Ini merupakan salah satu kegiatan dalam bidang kokurikulum yang diadakan pada setiap tahun di peringkat sekolah. Makluman program seperti berikut:

Tarikh : 27 September 2023 (Rabu)
Masa : 7.30 - 9.00 pagi (Pertandingan Kawad Kaki)
            1.20 - 2.20 petang (Majlis Penyampaian Hadiah)
Tempat : Dataran Perhimpunan dan Dewan Perdana SKTPP
Sasaran : Unit Beruniform Pengakap, BSMM, PPT, TKRS dan PPIM. 

Senarai Nama Jurulatih Kawad Kaki
 
Persekutuan Pengakap Malaysia
1. Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
2. Encik Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
3. Encik Wan Faizol bin Wan Mat

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
1. Dr Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar
2. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
3. Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

Pandu Puteri Tunas (PPT)
1. Puan Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
2. Cik Nurul Nadirah binti Kamarulzaman
3. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
1. Cik Azwane binti Adnan
2. Puan Arjunawati binti Ahmad Nuze

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
1. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
2. Puan Syahirah binti Tumar

Sorotan Program

Dimulakan dengan pasukan Persekutuan Pengakap Malaysia. Setiap langkah diatur kemas, Pengakap tampil yakin tanpa ada gemuruh walaupun mereka kumpulan pertama beraksi. 

Mengambil baris seterusnya adalah pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Dengan laungan 'Baris.. Bariiiis Sedia!'. Langkah kemas yang diatur pasukan BSMM mempamerkan aksi yang ringkas dan kemas.

Aksi pasukan Pandu Puteri Tunas (PPT) menghentak kaki dengan yakin dan bersahaja tidak harus dipandang enteng. Aksi 'all-women' pasukan ini haruslah dipuji.

Suasana pertandingan menjadi semakin hangat apabila terdengar laungan suara Ketua Platun pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Adik Muhammad Nujaid Hadif bin Hazlee (6 Sony) memberikan arahan setiap satu patah perkataannya dilaungkan jelas dan penuh yakin. Tidak hairanlah adik Nujaid telah merangkul gelaran Ketua Platun terbaik keseluruhan.

Aura merah jambu kemudiannya mewarnai dataran perhimpunan dengan penuh ayu dan sopan, pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) melangkah dengan kemas dan teratur. Setiap langkah dikira dengan tepat. Setiap seorang dari pasukan begitu fokus menerima arahan, seterunya mempamerkan aksi hampir 'zero defect'. Pengumuman yang menobatkan PPIM sebagai Johan keseluruhan pertandingan kawad kaki pada tahun ini tidak dapat disangkal lagi. 

Berikut adalah keputusan keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform:

KEDUDUKAN

UNIT BERUNIFORM

Johan

PPIM

Naib Johan

TKRS

Tempat Ketiga

Pengakap

Tempat Keempat

BSMM

Tempat Kelima

PPT

Ketua Platun Terbaik : Adik Muhammad Nujaid Hadif bin Hazlee (TKRS)

Jom tonton aksi-aksi peserta kawad kaki dan penonton yang sempat dirakam.




Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semua peserta yang menyertai Pertandingan Kawad kaki. Kepada yang tidak berjaya, anda tetap hebat dan teruskan usaha anda pada masa akan datang.

Rumput menjalar di tanah paya,
Melilit pula di pohon keranji;
Langkah diatur segala bergaya,
Membentuk disiplin sahsiah terpuji. 
 
 
Disediakan oleh:
 
Nor-Azura binti Mustafa
Norinna binti Mohamed 
Roseniza binti Setapa
Nor Hanim binti Ismail 
Faridatul-Akmal binti Ismail
Kamelya Rusydina binti Kamarul Rasydan
Fatin Batrisyia binti Ridhuan 

Saturday, September 23, 2023

Program Hari Terbuka PPD Sepang 2023

Pada 23 September 2023 (Sabtu) telah diadakan Program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang 2023 bertempat di perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini adalah sebuah program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

SKTPP telah menyertai Pameran Inovasi Guru dengan mempamerkan kecemerlangan yang diperoleh pasukan kriket sekolah.

Guru-guru yang terlibat bertugas di kiosk yang disediakan ialah :

  1. ROHAIDAH BINTI MOHD ALI 
  2. NORLIZA BINTI ALI@YASIM
  3. NOR RAFINI BINTI OTHMAN 
  4. NORAZIAN BINTI MAT ANUAR 
  5. MUHAMMAD FAKHRUL HAFIZ BIN AWANG 
  6. AHMAD JUNAIDI BIN ABDULLAH
  7. MUHAMMAD KHAIRUL AFIQ BIN JAMILI
  8. RANJINY A/P RAJAH 
  9. MOHD ZULHADI BIN MOHD SALLEH 
  10. HASTIPA @ ZAITON BT MAT DAUD
 













Terima kasih diucapkan kepada PPD atas peluang yang diberi kepada sekolah kami dan kepada para pengunjung yang sudi singgah melawat stesen kami. Semoga dapat memberi inspirasi dan semangat buat sekolah, guru maupun murid-murid yang berminat...


Disediakan oleh : 

Nik Kamisah Binti Mohd Aziz

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Friday, September 22, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-24 (Sesi Petang)

Hari       : Isnin hingga Jumaat

Tarikh    : 18 September hingga 22 September 2023

Senarai Guru Bertugas Kumpulan F

1. Rusmami bin Rusli

2. Ahmad Musrizuan bin Daud

3. Norhidayu binti Sadri

4. Nur Malisha binti omar

5. Nor Maziah binti Abd Malek

6. Nurazlin binti Mat Nor

7. Siti Aisah binti Hanafi

8. Shanthini Sree A/P Mathialathan

9. Nor Azuad bin Md Yusof

Barisan Guru Bertugas

Laporan Perhimpunan Rasmi

Tema Warna Pakaian    : Jingga

Pengacara Majlis          : Nur Malisha binti Omar

Masa                             : 1.00 hingga 1.30 petang

Atur cara                        :

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Bacaan doa yang diketuai oleh pengawas bertugas iaitu adik Muhammad Iyadh Qayyim bin Mohd Izzham (3 Tempua)

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar keselamatan Jalan Raya oleh Teacher Nur Malisha binti Omar

4.Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Ahmad Zakwan bin Sarifuddin (3 Tempua)

5. Laporan guru bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Teacher Maizara binti Mahat. Antara perkara yang dilaporkan ialah : 

- Murid-murid diingatkan untuk tidak bermain di padang ketika waktu rehat. Murid-murid perlu siapkan diri dengan makan di kantin. Jika ada yang hendak ke tandas atau solat boleh lakukan ketika waktu rehat.

- Sama-sama menjaga kebersihan sekolah dan jangan buang sampah merata-rata

Tema Ucapan : Hormat

Perkataan Lawad : Bahasa Melayu - Ekzos bermaksud paip yang menyalur gas

                               Bahasa Inggeris - Clap bermaksud tepuk

                               Bahasa Arab - Sakara bermaksud manis

Antara gambar-gambar yang dirakam pada minggu ini:-

Ucapan Pengerusi Perhimpunan
Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas
Ucapan Perkenalan Cikgu Musrizuan yang telah bertukar sesi dengan Cikgu Junaidi

Bacaan Ikrar

Waktu murid datang pagar B

Waktu murid datang pagar A

Waktu murid rehat

Waktu murid balik

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bertugas (Kumpulan F) pada minggu ini. Disiplin murid yang terkawal juga kebersihan sekolah memuaskan. 


Disediakan oleh
Cikgu Rusmami