Friday, April 30, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-14 (Sesi Petang)

Tarikh : 26 - 30 April 2021 


Nama guru-guru bertugas: 

1. En. Muhammad Hasbullah b. Zainal Abidin (K)

2. Pn. Nik Rosmaliza bt. Nik Hussain (P)

3. Pn. Shurhama bt. Ahmad

4. Cik Noor Azlinda bt. Kasmin

5. Pn. Nor Maziah bt. Abd Malek

6. Pn. Nashirah bt. Taib

7. Pn. Roslelawati bt. Ibrahim

8. Pn. Nur Wahidatuldinah bt. Hassan

9. Pn. Nor Azian bt. Ahmad

10. Pn. Halijah bt. Mihat

Makluman penting sepanjang minggu ke-14 persekolahan (26 - 30 April 2021) :

  • Urusetia Jawatankuasa Bencara, JPN Selangor mengarahkan sekolah ditutup pada 26 & 27 April 2021 (Isnin & Selasa), akibat pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah.  
  • Pada 28 April 2021, sekali lagi sekolah telah menerima arahan untuk penutupan sekolah buat kali ke-2, pada 28 & 29 April 2021, berikutan pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah. 
  • Sepanjang penutupan sekolah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid diteruskan secara PdPR (pembelajaran di rumah).
  • Sepanjang penutupan ini, pihak sekolah telah menjalankan proses sanitasi kelas-kelas dan seluruh kawasan sekolah.
Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini.

Wakil guru bertugas menanti di pagar sekolah untuk memaklumkan kepada murid yang masih tidak mendapat maklumat mengenai arahan penutupan sekolah. 


Sanitasi di sepanjang laluan murid datang dan balik, surau, bilik guru dan di kelas-kelas

Sanitasi di dalam dan luar bilik darjah

Sanitasi laluan koridor, tandas dan tempat murid menunggu ketika pulang dari sekolah,





 

Laporan disediakan oleh:
Nor Maziah bt Abd Malek

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bulan April 2021

 Alhamdulillah..

Sesi persekolahan bersemuka dapat diteruskan lagi pada bulan April.Guru-guru bersemangat menyambut kehadiran murid di pagar A dan dipagar B. Murid-murid juga begitu  seronok bila dapat datang ke sekolah berjumpa guru-guru dan dapat  belajar di dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain setelah sekian lama mereka  belajar secara alam maya. Seperti biasa sebelum masuk ke premis sekolah ,unit guru penyayang dan guru bertugas yang bertugas setiap hari menyambut kedatangan murid akan  berpesan supaya sentiasa mematuhi SOP.

Permulaan minggu pertama  bulan April iaitu hari Isnin dari jam 1.20 petang sehingga 1.50 petang. Unit guru penyayang dengan kerjasama guru-guru yang lain telah mengadakan program Mentor Mentee di dalam kelas melibatkan PRA sekolah, Tahun 1 sehingga tahun 6. Semoga program ini  akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Pada bulan April ini juga, tanggal 13/4/2021 umat islam menyambut bulan Ramadhan. Sepanjang hari persekolahan di bulan Ramadhan. Murid-murid Tahun 1 sudah ramai  belajar berpuasa.

Di minggu terakhir persekolahan bulan April, pihak sekolah menerima arahan dari Urusetia Jawatankuasa Bencara, JPN Selangor mengarahkan sekolah ditutup pada 26 April & 27 April dan penutupan sekolah buat kali ke-2  iaitu pada 29 & 30 April 2021 akibat pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah.Sepanjang penutupan sekolah,aktiviti pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara PdPR.

 Berikut adalah beberapa gambar sepanjang bulan April 2021.

Murid-murid sesi pagi disambut dari luar pagar sekolah lagi

Suhu diambil sebagai pematuhan SOP

Murid-murid diminta untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas

Guru-guru sesi petang mengambil suhu murid di pagar B

Penjarakkan masih dijaga

Sambil mengambil suhu, sempat lagi cikgu Shahir bertanya khabar murid-murid



                   Di bawah adalah aktiviti program mentor mentee sesi petang yang dijalankan pada bulan ini



Disediakan oleh,

Zalina bt Ismail

AJK Guru Penyayang




Laporan Bertugas Minggu Ke-14 (Sesi Pagi)

Tarikh : 26- 30 April 2021 

    

Nama guru-guru bertugas:

1.Nik Kamisah binti Mohd Aziz

2. Tarmiji bin Sabali3. Rosalinda binti Mansor

4. Safinatunajakh binti Mat Som

5. Ahmad Zubair bin  Haji Muhamad Taib

6. Komagal a/p Kunaisekaran

7. Wan Rosmawati  binti Ibrahim

8. Musaliha binti Mustafa

9. Nurul Izziani binti Mohd Latifi

10. Nurul Iman binti Illyas

11. Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang


Minggu ini masuk minggu ke- 14 sesi persekolahan berjalan. Walaubagaimnapun pada minggu ini terdapat berita mendukacitakan kerana Urusetia Jawatankuasa Bencara, JPN Selangor mengarahkan sekolah ditutup pada 26 & 27 April 2021 (Isnin & Selasa), akibat pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah SK Taman Putra Perdana.  


    Kemudian pada 28 April 2021, sekali lagi sekolah telah menerima arahan untuk penutupan sekolah buat kali ke-2, pada 28 & 29 April 2021, berikutan pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah. Sepanjang penutupan sekolah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid diteruskan secara PdPR (pembelajaran di rumah).


    Sepanjang penutupan ini, pihak sekolah telah menjalankan proses sanitasi kelas-kelas dan seluruh kawasan sekolah. Pihak sekolah juga berusaha memastikan SOP dipatuhi oleh semua warga sekolah. 


Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini.

 

/var/folders/4h/llfzyzsd29b5t3jr8vfvyr8w0000gn/T/com.microsoft.Word/WebArchiveCopyPasteTempFiles/PHOTO-2021-04-26-08-40-00.jpg

                Guru memaklumkan penutupan sekolah kepada ibubapa. 

 

/var/folders/4h/llfzyzsd29b5t3jr8vfvyr8w0000gn/T/com.microsoft.Word/WebArchiveCopyPasteTempFiles/PHOTO-2021-04-26-08-40-01.jpg

                       Beberapa orang murid hadir kerana tidak menerima maklumat. 

 

/var/folders/4h/llfzyzsd29b5t3jr8vfvyr8w0000gn/T/com.microsoft.Word/WebArchiveCopyPasteTempFiles/PHOTO-2021-04-26-08-41-11.jpg

                      Guru bertugas tetap hadir menjalankan tugas walaupun sekolah ditutup. 

 

/var/folders/4h/llfzyzsd29b5t3jr8vfvyr8w0000gn/T/com.microsoft.Word/WebArchiveCopyPasteTempFiles/PHOTO-2021-04-28-13-57-49.jpg

                        Murid hadir ke sekolah pada Hari Jumaat (30 April 2021) 

 

/var/folders/4h/llfzyzsd29b5t3jr8vfvyr8w0000gn/T/com.microsoft.Word/WebArchiveCopyPasteTempFiles/PHOTO-2021-04-30-06-51-34.jpg

                     SOP Sebelum masuk ke dalam premis sekolah tetap berjalan seperti biasa. 

 

/var/folders/4h/llfzyzsd29b5t3jr8vfvyr8w0000gn/T/com.microsoft.Word/WebArchiveCopyPasteTempFiles/PHOTO-2021-04-30-08-13-47.jpg

                            Bacaan Yassin dan doa selamat pada Hari Jumaat. 

 


Disediakan oleh,

Nurul Izziani 

 

 

 

 

Wednesday, April 28, 2021

Sekolah Ditutup Lagi : 28 dan 29 April 2021

ARAHAN PENUTUPAN SK TAMAN PUTRA PERDANA BERKAITAN ISU COVID

- Sekolah akan ditutup pada 28 April 2021 akibat pengesahan jangkitan COVID-19 yang melibatkan warga sekolah.

- Guru dan murid perlu mengikuti pembelajaran di rumah (PdPR).

Sekian untuk makluman.

Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR


~ Sekolah akan ditutup selama 2 hari (28 dan 29 April 2021 - kebetulan Selangor Cuti Kelepasan Am Nuzul Quran). Murid-murid akan belajar di rumah (PdPR). Yang terlibat kuarantin kendiri adalah murid-murid Tahun 1 Rajawali, 2 Zircon dan 3 Oracle serta guru- guru yang dikenalpasti sebagaimana yang diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). 

~ Maaf makluman lewat sebab pihak sekolah baru dapat arahan.. Justeru, murid-murid sesi pagi telah bersekolah seperti biasa. Murid sesi petang mendapat 2 kali makluman berbeza ekoran masalah teknikal. Harap bersabar, semoga dipermudahkan segala urusan. Harap maklum, terima kasih.

- Guru Besar SK Taman Putra Perdana -

Pentaksiran Psikometrik Tahun 2021

Pada 28 April 2021, semua murid Tahun 6 telah menjawab Ujian Aptitud Tahun 6 di dalam kelas masing-masing. Kepada murid-murid Tahun 6 yang tidak hadir semasa ujian tersebut dijalankan, bolehlah berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling sebaik sahaja hadir ke sekolah nanti untuk berbincang tarikh yang sesuai bagi menjawab ujian yang dinyatakan.

Lagi laporan Pentaksiran Psikometrik 2021, boleh klik di sini http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/04/pentaksiran-psikometrik-tahun-2021.html


Terima kasih

Monday, April 26, 2021

Sekolah Ditutup Selama 2 Hari : 26 dan 27 April 2021

ARAHAN PENUTUPAN SEKOLAH KEBANGSAAN  TAMAN PUTRA PERDANA BERKAITAN ISU COVID.

- Sekolah ditutup pada Isnin dan Selasa, 26 April 2021 dan 27 April 2021 akibat pengesahan jangkitan COVID-19 yang melibatkan warga sekolah.

- Guru dan murid perlu mengikuti pembelajaran di rumah (PdPR).

Sekian untuk makluman.

Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR


Sekolah akan ditutup selama 2 hari (26 dan 27 April 2021) tapi murid-murid belajar di rumah (PdPR). Yang terlibat kuarantin kendiri hanyalah murid-murid Tahun 1 Rajawali serta 7 orang guru yang mengajar kelas tersebut pada Isnin 19 April 2021 tempoh hari sebagaimana yang diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Mereka akan menjalani swab test pada 27 April 2021. Harap maklum, terima kasih.

- Guru Besar SK Taman Putra Perdana -

Saturday, April 24, 2021

Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5

Hari ini telah berlangsung satu lagi program motivasi khas untuk semua murid Tahun 5, SKTPP. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa kepada setiap individu. Program ini juga diharap dapat membuka minda dan membina kesedaran murid-murid tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab untuk membina kecemerlangan diri dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling ini mendapat kerjasama dari Konsultan Idratul Ilmi yang bertanggungjawab dari segi penyediaan link zoom dan penceramah. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.40 pagi.

Perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung 


Poster program

Buku program

Sesi pendaftaran

Sesi taklimat bersama Cik Aisyah

Bacaan doa oleh Ustaz Syed Farhan


PU Izzat sebagai pengacara majlis menjemput Pn Hajah Rohaidah bagi menyampaikan ucapan perasmian program

Ucapan perasmian program oleh Pn. Hajah Rohaidah, Guru Besar SKTPP

PU Izzat memulakan pengisian ceramah Motivasi Pengurusan Masa

Sesi pengenalan bersama penceramah

Antara pengisian ceramah yang disampaikan oleh PU Izzat




Antara reaksi peserta semasa mengikuti ceramah



Sesi bergambar di akhir program



Semoga ilmu yang dikongsi oleh PU Izzat akan menjadi panduan dan mendorong anak-anak didik SKTPP menjadi insan yang cemerlang.

Kursus Pemimpin Muda Dalam Norma Baharu Tahun 2021: Taklimat Bidang Tugas Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu)

Taklimat Bidang Tugas Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu) telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 20 April hingga 22 April 2021. Program ini dilaksanakan di Ujana Ilmu, SK Taman Putra Perdana. Alhamdulillah, taklimat ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Ia disampaikan dengan penuh jayanya oleh para guru Ujana Ilmu iaitu Puan Arnny Yusnita, Cik Syahirah, Cik Amalina dan Puan Siti Maziah.

Objektif Program:

  1. Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  2. Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin sekolah.
  3. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  4. Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
  5. Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.

Mudah-mudahan objektif ini dapat tercapai hasil daripada penganjuran program yang sangat penting dan berilmiah ini. Insya Allah...

Foto- foto yang telah diambil sepanjang taklimat dijalankan;





Puan Arnny Yusnita dan Cik Syahirah menyampaikan taklimat untuk Pengawas Ujana Ilmu sesi pagi







Cik Amalina dan Puan Siti Maziah menyampaikan taklimat untuk Pengawas Ujana Ilmu sesi  petang


Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah menyampaikan cenderamata kepada guru-guru Ujana Ilmu yang menyampaikan taklimat


Tahniah diucapkan kepada semua Pengawas Ujana Ilmu sesi 2021 yang telah dilantik. Semoga kalian dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi.  Syukran jazilan diucapkan juga kepada barisan pentadbir, AJK program dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan taklimat ini.

ÙƒُÙ„ُّÙƒُÙ…ْ رَاعٍ ÙˆَÙƒُÙ„ُّÙƒُÙ…ْ Ù…َسْئُولٌ عَÙ†ْ رَعِÙŠَّتِÙ‡

'Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya'.
(Hadis Riwayat Muslim)


Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠَØ£ْÙ…ُرُÙƒُÙ…ْ Ø£َÙ†ْ تُؤَدُّوا الْØ£َÙ…َانَاتِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ø£َÙ‡ْÙ„ِÙ‡َا

'Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya'
(Quran, An-Nisa: 58)


Disediakan oleh:
Faridatul-Akmal binti Ismail
SK Taman Putra Perdana