Wednesday, July 31, 2019

Kuiz Program Kalam Pendeta Kali Pertama 2019

Alhamdulillah, kuiz Program Kalam Pendeta dapat dilaksanakan pada hari ini dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir dan semua guru yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Hadiah pemenang sesi pagi telah disampaikan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP manakala hadiah sesi petang disampaikan oleh Puan Jumilah bt Ahmad, Penolong Kanan Petang SKTPP.

Pelaksanaan Kuiz Program Kalam Pendeta Sesi Pagi:

Tahun 4 dan Tahun 5
Masa: 7.30 hingga 7.35 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan

Tahun 6:
Masa: 10.50 hingga 10.55 pagi
Tempat: Dewan Perdana

Pelaksanaan Kuiz Program Kalam Pendeta Sesi Petang:

Tahun 1 dan Tahun 3
Masa: 3.40 hingga 3.45 petang
Tempat: Dewan Perdana

Tahun 2
Masa: 4.10 hingga 4.15 petang
Tempat: Dewan Perdana

Berikut merupakan gambar sepanjang kuiz Kalam Pendeta dijalankan:

Salah seorang pemenang kuiz sesi pagi

Semua murid sedang menanti soalan kuiz yang  dibacakan oleh guru

Murid sesi petang cuba menjawab soalan kuiz

Tahniah kepada pemenang

Bergambar kenangan bersama tiga orang pemenang sesi petang
Lagi laporan kuiz program Kalam Pendeta 2019 dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.
Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 30, 2019

Khabar Kriket : Kejohanan Elite Kriket Melayu 2019

Laporan dr Bayuemas Oval Cricket Stadium:

🏏Kemunculan sulung SEPANG di Elite U12 2019🏏

Alhamdulillah Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) menang bergaya menewaskan Kuala Langat T25, seterusnya SEPANG layak ke Kumpulan B Kejohanan Elite Kriket Melayu U12 2019 pd 17 Ogos 2019 nanti. Bakal bertemu Perak (Ipoh) dan Kelantan (Machang). Semoga kita (Sepang / Selangor) berjaya menjadi Juara Kumpulan B seterusnya layak ke final.

SEPANG won by 106 run

#routeToChampion
#misiJuaraEliteU12

Tahniah buat para pemain SRCC yang sebahagian besarnya terdiri daripada murid-murid SKTPP. Untuk rekod, Kejohanan Elite Kriket Melayu sebelum ini dikenali sebagai Perisai Tun Ahamad Sarji.





Tahniah Parent Support Group (PSG) SRCC yang awesome

Jadual Kejohanan Elite Kriket Melayu 2019

Lagi laporan pencapaian team Sepang;

1) http://bebasnews.my/2019/07/30/sepang-hentikan-kemaraan-kuala-langat/

2) http://www.malaycricket.org.my/web/

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku
Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

#DaulatTuanku
#DirgahayuTuanku


Monday, July 29, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-28 (Sesi Petang)

Hari       : Isnin
Tarikh    : 29 Julai 2019
Masa      : 1.20 - 2.50 petang
Tempat   : Tapak Perhimpunan

Guru bertugas : 
En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin (K)
Pn. Nor Arzah binti Hussin (P)
En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
Pn. Nor Maziah bt. Abd Malek
Pn. Azizah bt. Abd Hamid
Cik Amalina bt. Abd Hamid

Guru Bertugas Minggu ke-28

Laporan Perhimpunan : 
Perhimpunan dimulai dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah diikuti dengan bacaan doa.

1. Laporan guru bertugas minggu ke-27 oleh Pn. Azlin. 


Pn. Azlin selaku wakil guru bertugas minggu ke-27

a) Isu Kecederaan Murid 
Pn. Azlin menegur isu kecederaan yang banyak berlaku pada minggu ke-27. Selepas disoal siasat, punca utama kecederaan berlaku adalah kerana murid suka berlari-lari di kawasan yang tidak dibenarkan. Walaupun banyak kali telah ditegur oleh para guru, baik semasa perhimpunan mahupun sebelum bacaan doa selepas makan, tetapi murid masih melakukannya. Tindakan yang lebih tegas akan diambil pada murid yang suka berlari.

b) Isu Kesihatan Murid
Pn. Azlin menegur murid yang telah jatuh sakit sejak dari rumah agar berehat di rumah. Ini kerana apabila murid yang sakit teruk tetap hadir ke sekolah, guru terpaksa hubungi ibubapa untuk membawa mereka pulang ke rumah. Hal ini terpaksa dilakukan kerana murid mengadu pening kepala, sakit perut, muntah, nampak lesu, badan panas dan mata kemerah-merahan.

2. Tema Mingguan: Kenali Jalur Gemilang oleh Pn. Azizah. 


Pn. Azizah sedang memperkenalkan Jalur Gemilang kepada murid.
Sesuai dengan bulan kemerdekaan, Pn. Azizah memperkenalkan apa itu Jalur Gemilang kepada murid. Sejarah ringkas, beliau telah memberikan maksud warna dan bentuk yang ada pada Jalur Gemilang; Merah (keberanian), Biru (perpaduan), Kuning (warna DYMM Raja-Raja), Putih (kesucian) dan Bulan dan Bintang (Agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia). 

3. Perkataan Lawad: 

Bahasa Melayu  : menongkah (menyambung panjang pada bahagian atas kain)
Bahasa Inggeris : bright (bersinar)
Bahasa Arab      : mirwahatun (kipas)

4. Penyampaian Anugerah Keceriaan Kelas 


Antara gambar pemenang Anugerah Keceriaan Kelas

5. Ucapan oleh Guru Besar; Pn. Hjh Rohaidah bt. Mohd Ali 


Ucapan oleh Pn. Hjh Rohaidah

a) Isu Kesihatan Murid 

Pn. Hjh Rohaidah bersetuju dengan laporan yang telah disampaikan oleh Pn. Azlin mengenai isu kesihatan murid. Beliau mengingatkan agar murid yang tidak sihat jangan hadir ke sekolah dan berehat di rumah

b) Isu Kebersihan Sekolah 

Pn. Hjh Rohaidah telah menegur masalah kebersihan di sekitar kawasan sekolah. Murid perlu mengamalkan sikap cintakan kebersihan dan amalan membuang sampah ke dalam tong sampah perlu dipupuk.

c) Ucapan Tahniah sempena kelancaran APSSCK 2019

Pn. Hjh Rohaidah mengucapkan ucapan tahniah serta terima kasih kepada para guru dan murid atas kelancaran APSSCK pada minggu lepas. Beliau kagum kerana tiada masalah disiplin yang telah dilaporkan sepanjang APSSCK berlangsung. Pn. Hjh Rohaidah juga berharap murid akan menjaga kebersihatan dan tidak merosakkan terminal-terminal serta anjung-anjung yang telah diubahsuai & diceria demi untuk kegunaan pdpc murid-murid.

6. Penyampaian Hadiah Pertandingan 

a) Karnival IMFree Peringkat Negeri Selangor 2019 





Antara gambar penyampaian sijil kepada peserta Karnival IMfree Peringkat Negeri Selangor 2019

b) Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Selangor Tahun 2019


Adik Ahmad Aqil (3 Ibn Thufail)

Pengumuman 
Cuti Umum pada 30 Julai 2019 bersempena Hari Pertabalan DYMM Seri Paduka BagindaYang Dipertuan Agong Ke-16

Perhimpunan ditamatkan jam 2.50 petang.

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-28 (Sesi Pagi)

Tarikh : 29 Julai 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Taman Putra Perdana
Senarai Guru Bertugas Mingguan:

  • Pn. Noor Hayati binti Yusuf
  • Pn. Mazzaini binti Muda
  • Pn. Norlida binti Othman
  • Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji
  • Pn. Nurulhuda binti Hasbullah
  • En. Mohd Izwan bin Mohd Jawahar
  • En. Ahmad Musrizuan bin Daud
Sebahagian guru yang bertugas pada minggu ke-28.

Agenda:
1.   Ucapan Pengacara Majlis;
  • Puan Noor Hayati mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid kerana berjaya hadir ke sekolah.
  • Beliau  mengingatkan murid agar menjaga disiplin diri semasa majlis rasmi dijalankan.

Pn. Noor Hayati binti Yusuf, selaku pengacara majlis.

2.   Nyanyian 3 Buah Lagu, Bacaan Doa & Bacaan Ikrar;
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah telah dipimpin oleh Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang).
  • Bacaan doa telah dipimpin oleh Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dipimpin oleh Puan Noor Hayati binti Yusuf selaku ketua guru bertugas minggu ke-29.
  • Bacaan Ikrar Murid telah dipimpin oleh Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla).
3.   Laporan guru bertugas minggu ke-28;
  • Laporan telah disampaikan oleh Puan Norsiah binti Mohd Noor
  • Beliau mengingatkan semua warga sekolah untuk mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan semenjak awal sesi persekolahan, terutamanya dalam aspek kebersihan. Murid-murid dinasihatkan untuk membuang sampah ke dalam bekas yang telah disediakan untuk mengekalkan keceriaan serta kebersihan di persekitaran sekolah.
  • Murid-murid diingatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan serta disiplin diri semasa bergerak ke kantin dan  bilik-bilik khas.
  • Keputusan pertandingan keceriaan kelas minggu ke-28;
Kelas PPKI:
  • Tempat Pertama  :  Petanque
  • Tempat Kedua     :  Soccer
  • Tempat Ketiga     :  Squash
Tahun 4:
  • Tempat Pertama  :  Harmoni
  • Tempat Kedua     :  Intelek
  • Tempat Ketiga     :  Dedikasi
Tahun 5:
  • Tempat Pertama  :  Vanadium
  • Tempat Kedua     :  Titanium
  • Tempat Ketiga     :  Platinium
Tahun 6:
  • Tempat Pertama  :  Gambus
  • Tempat Kedua     :  Tabla
  • Tempat Ketiga     :  Seruling

Pemenang tempat pertama PPKI, kelas Petanque.

Pemenang tempat pertama tahun 4, kelas Harmoni.

Pemenang tempat pertama tahun 5, kelas Vanadium.

Pemenang tempat pertama tahun 6, kelas Gambus.

4.   Ucapan Guru Bertugas Minggu Ke-29;
  • Disampaikan oleh Puan Noor Hayati binti Yusuf.
  • Tema  :  Mengenali Jalur Gemilang

Jalur Gemilang








  • Learn A Word A Day (LAWAD):    
  • Bahasa Melayu    :   awan gemawan (bermacam-macam jenis awan)
  • Bahasa Inggeris   :   placed (telah meletakkan)
  • Bahasa Arab        :   ladzidzatun (sedap)
5.   Ucapan Pentadbir;
  • Disampaikan oleh Puan Rosmah binti Jamat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Taman Putra Perdana.
  • Beliau mengucapkan ribuan terima kasih serta syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah atas komitmen dalam menjayakan Penilaian Pengurusan Pusat Sumber S0ekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 24 Julai 2019.
  • Beliau berharap semua warga sekolah dapat mengekalkan keceriaan serta kebersihan bilik-bilik khas yang telah dinaiktaraf demi mengekalkan kecemerlangan murid dan guru.
  • Murid tahun 6 yang menghadapi percubaan UPSR dinasihatkan untuk memberikan tumpuan yang sewajarnya terhadap matapelajaran serta diminta untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah yang boleh mengganggu serta menjejaskan pencapaian diri sendiri. 

Puan Rosmah binti Jamat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Taman Putra Perdana.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

"Terima kasih kerana hadir ke sekolah"
 ~ Ujana Ilmu Wadah Kecemerlangan ~

Sunday, July 28, 2019

Seminar UPSR 2019

Pada 27 dan 28 Julai 2019, Unit Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menganjurkan satu Seminar UPSR di Dewan Fakulti Rekabentuk Dan Senibina, Universiti Putra Malaysia bagi murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Objektif utama seminar ini ialah untuk memberi pendedahan dan teknik-teknik menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Selain itu, ianya juga sebagai motivasi dan penyuntik semangat kepada murid-murid Tahun 6 untuk lebih berkeyakinan menghadapi UPSR.

Seawal pukul 7.00 pagi, seramai 216 orang murid telah berkumpul di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bagi tujuan pendaftaran sebelum berangkat ke Universiti Putra Malaysia dengan menaiki lima buah bas yang telah dibiayai oleh PIBG. Seminar ini telah dibahagikan kepada 4 slot bermula dari pukul 8.30 a.m. hingga 5.30 p.m.  Slot seminar bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik telah dijalankan pada hari Sabtu. Manakala, slot seminar bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains telah dijalankan pada hari Ahad.

Empat orang penceramah hebat telah dijemput iaitu Encik Muzaffar Bin Amir (Bahasa Melayu), Encik Ismail bin Mokhtar (Matematik), Encik Harpal Singh a/l Pritam Singh (Bahasa Inggeris) dan Encik Khairul Anuar bin Abd Azid (Sains) untuk menjayakan seminar ini.

Semoga Seminar UPSR ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid Tahun 6 dan  seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik di sekolah ini.

Berikut merupakan beberapa paparan kenangan sepanjang seminar itu dijalankan :

Murid-murid berkumpul di UPM

Murid-murid di dalam dewan

Sedang mendengar seminar

Murid-murid lelaki menunaikan solat zohor berjemaah

Murid-murid perempuan menunaikan solat zohor berjemaah

Guru-guru yang turut hadir menjalankan tugas

Penceramah bersoal jawab dengan murid 


Guru-guru turut hadir

Penyampaian cenderahati

Penyampaian pengetahuan

Guru-guru bersama Guru Besar

Penyampaian cenderahati kepada penceramah

Gambar berkumpulan

Saturday, July 27, 2019

Berita Penilaian APPSSCK SKTPP di fbook ITMA UPM

Dikongsikan di sini posting berkaitan Anugerah Penilaian Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (APPSSCK) 2019 di SKTPP dalam facebook ITMA, UPM. Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak ITMA UPM kerana memilih SKTPP dalam program pemindahan ilmu yang sangat mengujakan ini. Semoga anak-anak murid mendapat maklumat dan pengetahuan tambahan daripada projek-projek tersebut. Terima kasih kerana bersama-sama kami memeriahkan penilaian APPSSCK tempoh hari. Kehadiran kalian merupakan bonus kepada pihak sekolah. Semoga ada rezeki buat kita nanti. Aamiin..