... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, October 31, 2017

Laporan Perhimpunan Minggu ke-40 (Sesi Petang)

Tarikh  : 30 Oktober 2017
Masa    :  1.20 - 1.30 petang
Hari      :  Isnin
Tempat :  Dewan Perdana

Guru Bertugas:
  1. Encik Noorhisham bin Md Noor
  2. Puan Salmi binti Adnan
  3. Puan Nazahiyah binti Abd Rahman
  4. Puan Holwani binti Yahaya
  5. Puan Saadiah binti Busrah
  6. Puan Azura Farina binti Abdullah
Ucapan Guru Bertugas Mingguan (Puan Nazahiyah bt Abd Rahman)

1. Memberi peringatan kepada semua murid agar dapat hadir ke sekolah sepanjang minggu peperiksaan (Peperiksaan Akhir Tahun).

2. Larangan mengenai permainan "Pass Out Challenge":
a) Permainan ini akan menyebabkan individu tidak sedarkan diri selama 5 saat.
b) Permainan ini adalah diharamkan kerana risikonya sangat berbahaya hingga boleh menyebabkan kematian.
c) Tindakan tegas akan dikenakan kepada murid yang bermain permainan tersebut.

3. Murid-murid masuk ke kelas jam 1.30 petang kerana Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula.

Disediakan oleh:
Puan Azura Farina binti Abdullah

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-40 (Sesi Pagi)

Tarikh  : 30 Oktober 2017
Masa    : 7.30 pagi
Hari      : Isnin
Tempat : Dewan Perdana

Guru Bertugas

1. Puan Nurzainon binti Mohd Razali
2. Encik Hafiz bin Md Nor
3. Puan Siti Masra binti abdul Kadir
4. Puan Norsiah binti Mohd Nor
5. Puan Safinatunajakh binti Mat Som
6. Puan Zuraini binti Ismail
7. Puan Wan Rosmawati binti W. Ibrahim
8. Puan Jamilah binti Mohd Yusof
9. Encik Ahmad Zubair bin Muhamad Taib


Laporan

1.0 Nyanyian Lagu Kebangsaan, Bacaan Doa dan Bacaan ikrar
  • Nyanyian lagu Negeraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
  • Bacaan doa oleh pengawas sekolah, adik Muhammad Rusyaidi

2.0 Ucapan Guru Bertugas Mingguan (Encik Hafiz bin Md Nor)
  •  Peringatan mengenai kebersihan kelas dan susun atur meja
  •  Murid diingatkan hadir ke sekolah setiap hari sepanjang minggu peperiksaan.
3.0 Pesanan Guru SPBT Puan Jamilah binti Mohd Yusof


  • Murid diingatkan bahawa penghantaran buku teks akan bermula pada minggu hadapan. Jadual akan diedarkan pada minggu ini.
  • Murid diingatkan juga supaya memastikan buku cukup sebelum diserahkan kepada Pn Jamilah 

Disediakan oleh

Zuraini binti Ismail

Thursday, October 26, 2017

Penilaian Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Sepang & JPN Selangor atas peluang yang diberi kepada SK Taman Putra Perdana dalam Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2017. Selaku wakil Daerah Sepang, kami telah cuba sedaya upaya mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran ini. Semoga dengan pengalaman yang kami perolehi nanti akan memantapkan lagi Pusat Sumber SKTPP agar betul-betul cemerlang, hebat & menepati KPI yang ditetapkan oleh KPM dan seterusnya memberikan impak yang positif kepada anak-anak murid serta warga sekolah..

#Selangkah menuju kecemerlangan








































































Terima kasih kepada para penilai yang arif lagi bijaksana.
Terima kasih buat semua guru & warga sekolah. Semoga kita berjaya. Insyaa Allah..