Monday, August 29, 2022

Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Sekolah Tahun 2022

Alhamdulillah... syukur. Selesai sudah perancangan dan pelaksanaan Pertandingan Madah Intelek PRS yang julung-julung kali dijalankan di peringkat sekolah secara bersemuka. Untuk makluman, SKTPP telah melibatkan diri dalam pertandingan Madah Intelek PRS peringkat daerah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2020 dan 2021. Pada tahun 2020 peserta dari SKTPP tiada tempat untuk 5 terbaik. Namun begitu, pada tahun berikutnya (2021) peserta dari SKTPP telah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Tahun ini ahli PRS diberi peluang untuk mempersembahkan madah intelek mereka yang bertajuk "Peranan dan Tanggungjawab PRS" di pentas VIP Lounge, Ujana Ilmu. Kagum cikgu melihat kesungguhan anak-anak PRS menguasai pentas pertandingan. Selaras dengan matlamat pertandingan ini iaitu melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan di peringkat sekolah dalam negeri Selangor yang berupaya dan mahir dalam pengucapan awam dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang luas. Cikgu yakin dan percaya bahawa anak-anak PRS SKTPP akan terus berkarisma jika sentiasa diberi ruang dan peluang dalam membangunkan potensi diri.

Sepanjang 3 hari berkampung di VIP Lounge, cikgu mengharapkan anak-anak PRS mengutip sebanyak mungkin ilmu yang telah dipelajari hasil daripada pemerhatian sendiri dan juga bimbingan guru terutamanya ulasan yang diberikan oleh hakim. Sebenarnya, bukan peserta sahaja yang mengutip ilmu malah cikgu juga. Mendengar ulasan daripada ketua hakim iaitu Cikgu Roslinda, secara tidak langsung cikgu juga memperoleh ilmu dari segi bahasa. Contohnya penggunaan perkataan role model tidak sesuai digunakan tetapi  "suri teladan" adalah paling tepat.

Terima kasih sekali lagi kepada barisan pentadbir, barisan hakim dan barisan JK Pelaksana atas sokongan dan kerjasama yang padu. Semoga dapat berkolaborasi lagi pada masa akan datang. Buat wakil sekolah nanti, selamat kembali beraksi di peringkat daerah pada bulan September dan semoga SKTPP berjaya merangkul johan sekali gus mewakili daerah ke peringkat negeri. Sama-sama kita doakan.

                        Untuk melihat buku program sila klik BUKU PROGRAM


Pertandingan Madah Intelek Tahun 5 ( 25 Ogos 2022 - Khamis)








Pertandingan Madah Intelek Tahun 6 ( 26 Ogos 2022 - Jumaat)








Pertandingan Madah Intelek Tahun 4 (29 Ogos 2022 - Isnin)










Soroton video pendek persembahan Madah Intelek 

Friday, August 26, 2022

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah (Sesi Petang)

Setiap tahun kita akan menyambut tahun baharu hijrah atau Maal Hijrah. Dari segi bahasa Maal Hijrah bermaksud sama -sama berpindah. Dari segi istilah bermaksud berpindah dari perkara yang negatif kepada yang positif dan dari perkara positif kepada yang lebih afdhal. Secara asasnya sambutan Maal Hijrah disambut sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah yang membawa kepada persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar serta berkembangnya umat Islam ke seluruh pelosok dunia.  

Justeru itu pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah dengan objektif memupuk semangat murid-murid supaya menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam berdakwah dan mengingati peristiwa penting ini dalam sejarah Islam.

Antara objektif sambutan Maal Hijrah ialah:

1. Mendedahkan kepada murid peristiwa yang membawa kepada penghijrahan.

2. Membuka minda murid betapa perlunya hijrah dan kebaikan berhijrah.

3. Mengambil iktibar  dari peristiwa hijrah dan menanamkan sifat kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.

Majlis bermula pada pukul 2.30 petang pada hari Jumaat (26/8/2022) bertempat di Dewan Perdana SKTPP. Dimulai dengan ucapan pengerusi majlis; Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris. Manakala penceramah jemputan pula Ustaz Zairuddin bin Mohd Kelsom telah menyampaikan tazkirah yang berkaitan dengan peristiwa Maal Hijrah. Semua murid kelihatan bersemangat mendengar ceramah di samping menjawab soalan-soalan kuiz yang berkaitan dengan peristiwa Maal Hijrah.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung:

Ustaz Hadri bin Ag Idris sebagai pengerusi majlis

Penceramah sedang memberi penerangan

Murid mendengar ceramah

Murid menjawab soalan kuiz

Antara murid yang berjaya menjawab soalan kuiz

Barisan guru SKTPP

Penyampaian cenderahati oleh PK Petang

Majlis bersurai lebih kurang pada pukul 4.00 petang dengan penyampaian cenderahati oleh PK Petang; Puan Siti Raudah kepada penceramah jemputan.  Dengan adanya majlis sebegini diharapkan objektif yang dirancang tercapai, mendapat sokongan dari semua pihak dan diberkati Allah SWT. Mudah-mudahan semua murid dan guru mendapat faedah yang diharapkan berserta ganjaran pahala di akhirat kelak. 

Semoga tema Maal Hijrah tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran dapat dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa dan agama. Aspirasi sebuah keluarga besar dalam masyarakat berbilang kaum dan agama menepati konsep yang diterapkan dalam konsep hijrah yang pernah dibawa pada zaman Rasulullah SAW. Akhir sekali saya sertakan serangkap pantun sebagai penutup bicara untuk renungan kita semua.

Burung murai hinggap di dahan,
Mencari makanan untuk bekalan;
Hayati hijrah dengan kesungguhan,
Penuh dengan lambang pengorbanan.

Salam Maal Hijrah


Laporan disediakan oleh:
Hastipa bt Mat Daud

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-21 (Sesi Pagi)

Tarikh: 22 Ogos - 26 Ogos 2022

Hari: Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas:

1. Rosmizawati Binti Yusub (K)

2. Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah (P)

3. Faridatul-Akmal Binti Ismail

4. Junaidah Binti Rus

5. Nur Murni Binti Abdulllah

6. Nurul Iman Binti Illyas

7. Ahmad Musrizuan Bin Daud

8. Jamunarani a/p Bhoja Rajan

9. Mazzaini Binti Muda

10. Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar

11. Muhammad Afiq Bin Azli

12. Siti Fatimah Binti Wan Yaacob


Tarikh: 22 Ogos 2022

Hari: Isnin

Masa: 7.30 - 8.00 pagi

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis: En. Ahmad Musrizuan Bin Daud

Tema Warna: Oren

Tema Ucapan: Amanah


1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar. 

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian ketiga-tiga lagu dipimpin oleh Asyira Farisya binti Mohammad Asmal (6 Ibnu Thufail).
  • Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Auza'ie Bin Jamaluddin (6 Ibnu Qayyim)
  •  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh En Ahmad Musrizuan Bin Daud selaku pengacara majlis.
  •  Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Nur Irdina Sofiy Binti Mohamad Sharil (6 Ibnu Thufail)

2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-20 oleh Puan Rosmawati   

  • Mengingatkan murid-murid agar dapat menjaga kebersihan surau ekoran telekung dan sejadah didapati bersepah di dalam surau. 
  • Murid didapati hadir lewat dan memakai baju PJ semasa minggu peperiksaan yang lepas. 

3.0      Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh En Ahmad Musrizuan. Tema : Amanah

  • Antara sifat mendapat kedudukan tinggi dalam akhlak Islam ialah amanah. Islam amat menganjurkan umatnya menghiaskan diri dengan sifat amanah. Paling menarik, sifat ini dianggap titik penentu atau garis pemisah tahap keimanan dan keagamaan seseorang insan.
  • Rasulullah SAW tidak ketinggalan memberikan nasihat supaya bersifat amanah dalam kehidupan dan bersabda: "Sesungguhnya sifat amanah bertunjang dalam hati sanubari manusia, kemudian al-Quran diturunkan, maka hatinya yang bertunjangkan amanah itu akan mempelajari al-Quran dan sunah." (HR Muslim)
  • Perlu ditegaskan, amanah mengungkapkan maksud atau pengertian amat luas dan mendalam. Ia bukan sekadar bersikap jujur dan benar dalam apa-apa jua urusan kehidupan manusia, malah turut mencakupi setiap tanggungjawab atau tugas yang wajib dilaksanakan.
  • Begitu jugalah di sekolah, guru perlu amanah dalam mendidik murid-murid manakala murid perlu amanah dengan semua tugasan yang diberikan oleh guru. 
  • Cikgu Mus turut mengumumkan barang hilang iaitu 2 utas jam tangan dan 1 beg bekas makanan.
  •   LAWAD pada minggu ini :
    • Bahasa Melayu : Bulat Kata - Kata Sepakat
    • Bahasa Inggeris : Honest - Jujur 
    • Bahasa Arab :   Ù†Ø´ÙŠØ· (Nasyitun) - Aktif         

4.0    Ucapan Penolong Kanan HEM, Datin Noraizah Binti Dun 

  • Mengucapkan tahniah kepada PPIM atas kejayaan yang dicapai.
  • Beliau mengulas tentang kehadiran lewat di sekolah dan berharap semua murid memberi perhatian yang serius tenatng isu ini.
  • Selain itu, beliau turut mengulas kebersihan dalam kelas terutama murid mengasah pensel dan meminta murid membersihkan kelas sebelum pulang. 
  • Beliau juga menegur murid yang memakai pakaian sukan ketika perhimpunan rasmi dan berharap murid peka dengan majlis rasmi sekolah.
  • Di samping itu, pemakaian lencana juga turut disentuh oleh Datin Noraizah dan berharap perkara ini dapat diatasi segera.
  • Beliau juga turut memaklumkan pelancaran Sekolahku Sejahtera di sekolah ini dan program ini adalah bertujuan bagi mengatasi masalah buli seperti menggunakan perkataan yang tidak baik, mencarut, mengejek atau menulis perkara yang negatif dalam kalangan murid. Ibu bapa boleh melaporkan kes buli dalam sistem secara dalam talian. 

Berikut merupakan ringkasan aktiviti sepanjang minggu ini. 

Gambar sekitar sebelum sesi PdP dimulakan, murid bersemangat hadir ke sekolah mengikut waktu yang ditetapkan. Tahniah!

Gambar sekitar majlis perhimpunan rasmi SK Taman Putra Perdana pada hari Isnin 21 Ogos 2022. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 


Gambar sekitar sesi PdP telah tamat pada jam 12.50 dan murid pulang ke rumah dengan selamat. Tahniah murid kerana berjaya hadir ke sekolah!


Akhir kalam, semoga SK Taman Putra Perdana dapat melahirkan murid yang memenuhi tuntutan dasar pendidikan negara dan seterusnya dapat berbakti kepada bangsa dan negara. In sha Allah!


“Sabar dan teguhkan hati dalam menuntut ilmu, jangan lekas bosan dan kecewa. Bukan sahaja menuntut ilmu, bahkan segala perkara, pekerjaan, usaha, semuanya berkehendak kepada kesabaran.” – HAMKA


Sekian terima kasih 

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah (Sesi Pagi)

Sempena kedatangan bulan Muharam 1444H Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah 2022/1444H. Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dan dari situlah agama Islam dapat disebarkan sehingga ke serata dunia.

Dalam konteks hari ini pula, hijrah bermaksud berubah kepada sikap yang lebih positif, peningkatan ilmu pengetahuan, penguasaan ekonomi dan sains teknologi dalam kalangan umat Islam bagi memperbaiki pandangan bukan Islam terhadap Islam.

Justeru itu, adalah amat penting majlis ini diadakan bagi mendedahkan dan membuka minda murid tentang betapa pentingnya hijrah pada umat Islam juga mengambil iktibar serta ibrah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Antara objektif Sambutan Maal Hijrah ialah:

1. Murid dapat mengetahui peristiwa yang membawa kepada penghijrahan.
2. Membuka minda murid betapa perlunya hijrah dan kebaikan berhijrah.
3. Menanamkan sifat kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W.
4. Membentuk akhlak dan perilaku terpuji dalam kalangan murid menerusi program-program keagamaan.

Majlis ini diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh guru Bahasa Arab SK Taman Putra Perdana iaitu Ustaz Zurilazman bin Abdullah. Pengisian ceramah ini menghuraikan mengenai surah At-Taubah ayat 40 iaitu menceritakan kronologi penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya. Penyampaian ceramah ustaz begitu menarik perhatian murid-murid. Mereka mendengar dengan tekun dan khusyuk. Bagi memeriahkan lagi suasana beberapa soalan kuiz diutarakan bagi menguji minda dan ingatan murid. Syabas kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat dan jelas.

Di akhir program murid-murid mengalunkan lagu Maal Hijrah bersama dengan guru-guru SK Taman Putra Perdana.

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah itu membentuk perpaduan

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis ini dijalankan;

Pengerusi majlis ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Syarif

Murid-murid bersedia menunggu majlis bermula

Penceramah ustaz Zurilazaman bin Abdullah

Barisan pentadbir turut menghayati ceramah

Murid-murid tekun mendengar ceramah yang disampaikan
oleh ustaz Zurilazman

Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz


Guru-guru turut serta mendengar ceramah Hijrah

 Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz

Penutup majlis semua murid mengalunkan lagu Maal Hijrah

Cenderahati buat penceramah 

Ahli jawatan kuasa yang menjayakan program
  


Semoga pendedahan mengenai peristiwa-peristiwa penting dalam sirah Nabawiah ini dapat menambahkan lagi ilmu, keimanan dan ketakwaan dalam diri dan sentiasa mengingati Rasulullah SAW sepanjang masa. Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dipelihara Allah dan sentiasa dalam naunganNya.

Friday, August 19, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-20 (Sesi Pagi)

Tarikh :  15 - 19 Ogos 2022

Hari    :  Isnin - Jumaat

Tema :  Unit Beruniform

Kumpulan Bertugas    :  Kumpulan B

  1. Puan Musaliha binti Mustafa (K)
  2. Puan Roslinda binti Mansor (P)
  3. Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
  4. Puan Jamilah binti Yusof
  5. Encik Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
  6. Cik Nurul Nadirah binti Kamarulzaman
  7. Puan Rafidah binti Salleh
  8. Puan Roseniza binti Setapa
  9. Puan Rosmawati binti Md Desa
  10. Puan Safinatunajakh binti Mat Som
  11. Puan Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim
  12. Encik Wan Faizol bin Wan Mat

Barisan Guru Bertugas dari Kumpulan B

Sesi persekolahan minggu ke-20 telah berakhir, maka selesai juga tugasan Kumpulan B yang dipertanggungjawab sepanjang minggu tersebut.  Pada minggu ini, murid terus bergerak ke kelas masing-masing tanpa perhimpunan rasmi pada hari Isnin bagi memberi laluan kepada Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik 2022 yang dijalankan bermula Isnin sehingga Khamis.  

Selain pentaksiran, dua acara besar turut dilaksanakan pada minggu tersebut iaitu Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA - Sepakat Dan Selamat serta Majlis Perlancaran dan Perasmian Bulan Kebangsaan peringkat sekolah.  Kedua-dua majlis tersebut dilaksanakan masing-masing pada hari Khamis dan Jumaat.

Berikut adalah rangkuman gambar-gambar sepanjang sesi persekolahan minggu ke-20.

Murid-murid hadir ke sekolah dengan penuh semangat

Pulang dengan ilmu di dada

Suasana pentaksiran yang dijalankan di PPKI


Suasana pentaksiran di kelas-kelas aliran perdana

Antara gambar-gambar yang terpahat sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah.

Ucapan alu-aluan daripada Puan Rohaidah, Guru Besar SKTPP
diikuti ucapan perasmian oleh Tuan Haji Khairul Azhar, YDP PIBG

Barisan pentadbir dan YDP PIBG lengkap berpakaian mengikut tema



Gimik pelancaran




Pemenang pakaian mengikut tema


Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA - Sepakat dan Selamat.