... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, January 31, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-2 (Sesi Petang)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Minggu ini merupakan minggu ke-2 sesi persekolahan tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ke-2 untuk semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 mengikut jadual PdPR manakala untuk semua murid Tahun 1 diteruskan dengan Program Transisi Tahun 1 Modul Orientasi yang juga dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. 

Senarai nama Guru Bertugas Minggu Ke-2 Sesi Petang

1. En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)

2. Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain (P)

3. Pn. Halijah binti Mihat

4. Pn. Nor Azian binti Ahmad

5. Pn. Shurhama binti Ahmad

6. Pn. Nor Maziah binti Abd Malek

7. Cik Noor Azlinda binti Kasmin

8. Pn. Nashirah binti Taib

9. Pn. Roslelawati binti Ibrahim

Berikut dikongsikan gambar-gambar dan video yang sempat dirakam sepanjang minggu ke-2 PdPR dilaksanakan oleh guru-guru sesi petang.

Sesi PdPR Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani bersama Cikgu Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

Sesi PdPR bersama Ustaz Hariz Safwan bin Yaacob

Sesi PdPR bersama Cikgu Nornadzirah binti Abd Rahim

Sesi PdPR bersama Cikgu Nur Malisha binti Omar

Sesi PdPR bersama Cikgu Parimala a/p Panni Selvam

Sesi PdPR bersama Cikgu Suphasara Supranie a/p Airak

Sesi PdPR bersama Ustazah Norhidayu binti Sadri

Sesi PdPR bersama Cikgu Nurazlin binti Mat Nor

Sesi PdPR bersama Cikgu Nor Holwani binti Yahaya

Sesi PdPR bersama Ustazah Rabihah binti Amiruddin

Hasil Kerja Murid Prasekolah Orkid bersama Cikgu Azizah binti Ab Hamid

Sesi PdPR bersama Cikgu Roslelawati binti Ibrahim

Sesi PdPR bersama Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah

Sesi PdPR bersama Ustazah Salmi binti Adnan

Sesi PdPR bersama Cikgu Shurhama binti Ahmad

Sesi PdPR bersama Cikgu Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin

Sesi PdPR bersama Ustazah Ummu A'thiah binti Haji Hashim

Sesi PdPR bersama Cikgu Rusmami bin Rusli


Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan murid kerana berjaya melaksanakan sesi PdPR minggu ke-2 dengan jayanya. Terima kasih dan syabas juga kepada semua ibu bapa yang bertungkus lumus dan tidak pernah jemu menyokong dan membantu anak-anak untuk melaksanakan PdPR di rumah. Semoga semua murid terus bersemangat untuk belajar walau dalam keadaan norma baharu ini.

Disediakan Oleh:
Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin

Saturday, January 30, 2021

Program Transisi Tahun 1 / 2021 Minggu 2 (Fasa Penyesuaian Modul Orientasi)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Berikut dikongsikan pengisian Program Transisi Tahun 1 2021 diteruskan lagi sepanjang minggu kedua program ini yang dijalankan mengikut perancangan.

😊Hari keempat program (25 Januari 2021)

Jadual Program Hari Keempat

👉Berikut adalah bahan-bahan yang dikongsikan kepada ibu bapa dan penjaga serta murid-murid Tahun 1 pada hari keempat Program Transisi.

PERBUALAN AWAL
~ Jom Baca - Fish
~ Murid diminta untuk membaca bahan yang disediakan dan menghantar video.


Aktiviti Pembelajaran

~ Kenali Lencana Sekolah
~ Murid mewarna lencana sekolah



AKTIVITI SUAI KENAL
~ Video Barisan Guru Kelas dan Guru Matapelajaran Tahun 1
~ Kenalkan nama-nama kelas tahun 1 (Kohort Burung) 10 kelas



AKTIVITI FIZIKAL
~ Nyanyian lagu Anggota Badan dari Didi and Friends.
~ Murid-murid melakukan gerakan dan menghantar rakaman / gambar di dalam group.


👉Berikut adalah contoh hasil tugasan yang disiapkan oleh murid - murid pada hari keempat program.




Video Aktiviti Fizikal - Gerakan Lagu Anggota Badan


😊Hari kelima program (26 Januari 2021)


Jadual Program Hari Kelima


👉Berikut adalah bahan-bahan yang dikongsikan kepada ibu bapa dan penjaga serta murid-murid Tahun 1 pada hari kelima Program Transisi.
PERBUALAN AWAL
~ Jom Baca - Banana
~ Murid diminta untuk membaca bahan yang disediakan dan menghantar video.



AKTIVITI PEMBELAJARAN
~ Lagu Sekolah SKTPP
~ Murid mendengar lagu sekolah
~ Murid menyambung titik-titik lagu sekolah



 ~ Video / Penerangan Unit Bimbingan & Kaunseling
~ Memperkenalkan guru-guru kaunseling
~ Peranan dan tugas serta tanggungjawab Unit BNK sekolah 



AKTIVITI FIZIKAL
~ Nyanyian lagu “Mengantuknya Mumia” dari Didi and Friends.
~ Murid-murid melakukan gerakan dan menghantar rakaman / gambar di dalam group.


👉Berikut adalah contoh hasil tugasan yang disiapkan oleh murid - murid pada hari kelima program.







😊Hari keenam program (27 Januari 2021)


Jadual Program Hari Keenam

👉Berikut adalah bahan-bahan yang dikongsikan kepada ibu bapa dan penjaga serta murid-murid Tahun 1 pada hari keenam Program Transisi.

PERBUALAN AWAL
~ Jom Baca - Gigi
~ Murid diminta untuk membaca bahan yang disediakan dan menghantar video.




AKTIVITI PEMBELAJARAN
      ~ Lagu Negaraku
      ~ Murid mendengar lagu Negaraku
      ~ Murid menyambung titik-titik lagu Negaraku

Video Aktiviti Suai Kenal

AKTIVITI SUAI KENAL
      ~ Video/Penerangan tentang Skim Pinjaman Buku Teks
      ~ Memperkenalkan guru SPBT
      ~ Taklimat SPBT
      ~ Cara penjagaan buku teks
      ~ Cara membalut buku teks



AKTIVITI FIZIKAL
~ Nyanyian lagu “Wash your hands”
~ Murid-murid melakukan gerakan dan menghantar rakaman / gambar di dalam group.


👉Berikut adalah contoh hasil tugasan yang disiapkan oleh murid - murid pada hari keenam program.



 



😊Cuti Perayaan Hari Thaipusam - Tiada Sesi Program Transisi (28 Januari 2021)





😊Hari ketujuh program (29 Januari 2021)


Jadual Program Hari Ketujuh


👉Berikut adalah bahan-bahan yang dikongsikan kepada ibu bapa dan penjaga serta murid-murid Tahun 1 pada hari ketujuh Program Transisi.

PERBUALAN AWAL
~ Jom Baca - Bola
~ Murid diminta untuk membaca bahan yang disediakan dan menghantar video.



AKTIVITI PEMBELAJARAN
      ~ Lagu Negeri Selangor
      ~ Murid mendengar lagu Negeri Selangor
      ~ Murid menyambung titik-titik lagu Negeri Selangor



AKTIVITI SUAI KENAL
      ~ Video/Penerangan tentang Ujana Ilmu
      ~ Memperkenalkan guru Ujana Ilmu
      ~ Taklimat Ujana Ilmu
      ~ Cara meminjam buku
      ~ Program NILAM

Video Lagu “Twinkle Twinkle Little Star”

AKTIVITI FIZIKAL
~ Nyanyian lagu “Twinkle Twinkle Little Star”
~ Murid-murid melakukan gerakan dan menghantar rakaman / gambar di dalam group.


👉Berikut adalah contoh hasil tugasan yang disiapkan oleh murid - murid pada hari ketujuh program.










Alhamdulillah, Program Transisi Tahun 1 terus berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada minggu kedua berkathasil kerjasama juga komitmen yang sangat baik dari semua pihak khususnya barisan Pentadbir, semua guru kelas Tahun 1, semua guru, semua ibu bapa dan penjaga serta semua murid Tahun 1 sesi 2021.

Diharapkan semua murid Tahun 1 terus bersemangat untuk meneruskan Program Transisi pada minggu - minggu seterusnya sehingga tamat walau terikat dalam keadaan norma baharu ini.

Tahniah dan syabas di atas usaha para guru, juga komitmen ibu bapa yang bertungkus lumus dan tidak pernah jemu menyokong serta membantu anak - anak dalam melaksanakan Program Transisi ini di rumah.


#staypositive 
#staysafe
#PdPR2021
#NormaBaharu
#Covid19


Disediakan Oleh :
Halijah binti Mihat
AJK Transisi Tahun 1

Friday, January 29, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-2 (Sesi Pagi)

Tarikh : 25 Januari 2021 - 29 Januari 2021

Nama Guru Bertugas :

1.     Puan Norasmawati binti Omar

2.     Puan Nik Kamisah binti Abdul Aziz

3.     Cik Roslinda binti Mansor

4.     Puan Rafidah binti  Salleh

5.     Puan Safinatunajakh binti Mat Som

6.     Encik Ahmad Zubair bin Muhamad Taib

7.     Puan Komagal a/p Kunaisekaran

8.     Encik Dzarfan bin Kamal Bahrain

9.     Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim

1    Puan Nurul Iman bin Iliyas

      Puan Musaliha binti Mustafa

Minggu ini merupakan minggu ke -2 sesi persekolahan pada tahun 2021. Sesi PdPR diteruskan untuk semua murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6. Guru-guru dinasihatkan agar mempelbagaikan teknik mengajar secara online dan offline di rumah masing-masing. Usaha luar biasa dari guru-guru dijamin berterusan demi menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap anak-anak didik yang disayangi.


Di sini saya akan kongsikan variasi PdPR yang dihasilkan oleh beberapa orang guru demi menghasilkan pengajaran yang berkualiti. Semoga usaha dan kerja keras dari guru memberi manfaat kepada murid-murid yang tersayang.


Kerjasama dari ibu bapa dan penjaga amatlah dihargai semasa PdPR ini kerana guru tidak dapat memantau dengan dekat kerana pandemik Covid-19 yang berleluasa saat ini. Oleh yang demikian, pihak sekolah  mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan yang diberikan oleh ibu bapa sekalian demi keberlangsungan pendidikan anak-anak kita.


Pada 25 hingga 27 Januari 2021 juga sesi penghantaran dan pengambilan buku teks turut dilaksanakan mengikut jadual yang telah diberikan dalam group kelas anak masing-masing


Bahan PdPR Sains tahun 6

Slaid Power Point Sains PdPR Tahun 5

                                                            
Hasil kerja Pendidikan Seni murid tahun 5

Aktiviti murid Prasekolah yang sentiasa dipelbagaikan

Google Meet dari salah seorang guru Tahun 6
 
Pembayaran Sumbangan  PIBG di kaunter 

Pengambilan buku teks tahun 2021

Menerima kunjungan YDP PIBG 

26 Januari 2021 (Selasa)

Menerima kunjungan mesra :  Pemantauan Pengurusan Pembukaan Sekolah oleh Pn. Noranismawati PPD Sepang

Pada 28 Januari 2021 merupakan cuti umum sempena Hari Thaipusam. 

Terima kasih atas kerjasama semua guru bertugas Kumpulan Minggu kedua.  Semoga kita dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

 

Yang menjalankan tugas,

Norasmawati binti Omar