... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, January 30, 2018

Lawatan Penanda Arasan Bilik Sumber PPDa oleh SK (Felda) Bukit Puchong, Triang, Pahang

Hari ini SKTPP menerima lawatan penanda arasan PPDa dari guru-guru SK (Felda) Bukit Puchong, Triang yang diketuai oleh PK HEM; Pn. Falziah binti Mohammad. Sebelum acara di Terminal Muafakat, pelawat dibawa meninjau Ujana Ilmu SKTPP. YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian turut hadir menyambut para tetamu. Terima kasih buat tuan haji yang sudi meluangkan masa.
   Harapan kami agar apa yang dihasratkan melalui lawatan ini akan tercapai hendaknya. Kami doakan semoga SKFBP akan berjaya dalam pertandingan PPDa peringkat kebangsaan tahun ini. Terima kasih atas cendera kenangan anak pokok kelapa mantaq yang dititipkan. Semoga silaturrahim ini berterusan.
(Lagi laporan lawatan yang sama dalam blog PPDa SKTPP di sini).





























Sehingga berjumpa lagi
Semoga berjaya!

Monday, January 29, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-5 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 29 Januari 2018
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 2.10 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn. Salmi Amir


Guru Bertugas :
  1. En. Muhammad Saiffol bin Ngabiah
  2. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  3. Pn. Salmi bt Amir
  4. Tuan Nor 'Ain binti Tuan Azhar
  5. Norazmira binti Kadirun
  6. Noor Hisham bin Mohd Noor
  7. Amalina binti Abdul Hamid
Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku dipimpin oleh Puan Salmi Amir


2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.



4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Damia Batrisyia Binti Ibrahim



5. Laporan guru bertugas minggu ke-4 disampaikan oleh Puan Nur Malisha


  • Pn. Nur Malisha  mengingatkan murid-murid supaya berhati-hati ketika bermain atau bergurau senda dengan rakan-rakan bagi mengelakkan kemalangan berlaku. 
  • Berlari-lari di Dataran Perhimpunan adalah dilarang. Murid-murid perlu berjalan menggunakan koridor.
  • Guru mengingatkan murid perempuan yang tidak bertudung, memastikan rambut sentiasa kemas dengan mengikat rambut dan memakai cekak rambut. Pastikan cekak rambut dan getah rambut yang dipakai berwarna hitam sahaja.
6. Memperkenalkan barisan guru bertugas.


7. Tema minggu ini :


Kebersihan

  • Guru mengingatkan murid memakai uniform sekolah yang lengkap. Pastikan uniform sekolah mempunyai lencana sekolah dan tanda nama.
  • Murid lelaki perlu memastikan rambut dalam keadaan pendek dan kemas serta tidak berfesyen.
8. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu  : Mengejar
  • Bahasa Inggeris : Waste
  • Bahasa Arab      : Ainun
10. Pelancaran Program 5 Minit Membaca
  • Pelancaran Program 5 Minit Membaca telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali. Berikut gambar-gambar sekitar majlis.








Perhimpunan rasmi minggu ke-5 tamat pada jam 2:10 petang

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-5 (Sesi Pagi)

Hari    : Isnin
Tarikh : 29 Januari 2018
Masa   : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Guru bertugas :
1. Norziani binti Zubir
2. Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
3. Maimunah binti Yob
4. Azlina binti Mat Isa
5. Nurulhuda binti Yaacob
6. Nor-Azura binti Mustafa
7. Faridatul Akma binti Ismail
8. Norbaizura binti Nordin
9. Muhammad Afiq bin Azli

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku

2. Bacaan doa oleh adik Aiman

3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan  ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Ustazah Norziani binti Zubir

4. Bacaan ikrar murid

Laporan Guru Bertugas (Puan Julaili binti Onian)

1. Puan Julaili binti Onian mengingatkan murid mengenai penjagaan kebersihan ketika berada di kelas, kantin dan seluruh kawasan sekolah. Murid diingatkan agar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan agar murid dapat belajar dengan kondusi yang sihat.

2. Murid juga diingatkan mengenai penjagaan keselamatan diri sepanjang sesi latihan Sukan Tahunan dijalankan. Murid dinasihat supaya memakai pakaian yang sesuai ketika melakukan latihan sukan.

3. Murid diingatkan supaya sentiasa cakna dengan jadual latihan sukan mengikut rumah sukan masing-masing supaya tidak tertinggal daripada latihan yang sepatutnya diikuti.

Memperkenalkan guru-guru bertugas :

Barisan Guru Bertugas Minggu ke-5

Ucapan Pentadbir (Puan Norhamizah binti Hamzah - PK PPKI)

1. Puan  Norhamizah mengingatkan semula murid-murid mengenai tarikh Hari Sukan Tahunan ke-15 SKTPP yang akan diadakan pada 3 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu.

2. Murid juga dinasihat supaya memberi sepenuh kesungguhan dalam setiap acara yang diikuti kerana Sukan Tahunan sekolah adalah lubuk guru-guru mencari murid yang mempunyai bakat untuk diketengahkan dalam pertandingan-pertandingan peringkat daerah.

3. Murid juga dinasihat supaya menjaga disiplin sepanjang sesi latihan sukan dijalankan. Murid sama sekali tidak dibenarkan naik ke kelas ketika sesi latihan dijalankan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku.

4. Terdapat sebilangan murid yang mengambil kesempatan atas kesibukan guru-guru mengatur aktiviti latihan sukan di padang dengan bersiar-siar dalam kawasan sekolah dan tidak mengikuti latihan sukan yang dijalankan.

5. Murid diingatkan untuk selalu menjaga adab dan tingkah laku ketika aktiviti sukan dijalankan.

Dari kiri: Puan Norhamizah diikuti Puan Norziani dan Puan Julaili 
ketika memberi kata-kata nasihat

Penyampaian Hadiah dan Medal

1. Penyampaian hadiah dan medal untuk murid yang mewakili sekolah ke Pertandingan Merentas Desa MSSD Sepang 2018 pada 24 Januari 2018 bersamaan hari Rabu di SMK Pantai Sepang Putra.

2. Keputusan  pertandingan:

    Kategori Pendidikan Khas
    - Muhammad Hafiz bin Suhaimi (ke-2)
    - Muhammad Aiman bin Norisyam (ke-6)
    - Irfan bin Ahmad Ridzuan (ke-7)
    - Ameera Aqilah binti Azri Amir (ke-9)
    - Nur Aliya Marissa binti Samsul Anuar (saguhati)

    Kategori Aliran Perdana
    - Syed Afdal Afiq bin Syed Norizan (ke-2)
    - Khirul Ikhwan bin Zulkifli, Mohd Aqiel Syahmi bin Anas Solihin, Iman Harith Danish bin Khairul Anuar, Mohd Hannif Hafiy bin Norhisam dan Ahmad Zarif bin Zamrie Risman (ke-2 berkumpulan)
    
 3. Penyampaian hadiah disampaikan oleh YDP PIBG SKTPP, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Peserta Kategori Pendidikan Khas bersama pentadbir

Peserta Kategori Aliran Perdana bersama pentadbir

Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018 dan Pameran Buku-Buku Baharu

♧ Dilancarkan oleh YDP PIBG SKTPP Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.

♧ Bertujuan memupuk semangat suka membaca dalam kalangan murid dan warga SKTPP

Buku program pelancaran

Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali bergambar kenangan bersama YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.
                                                           
Disediakan oleh,
Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib