Wednesday, June 30, 2021

JOM KONGSI : Amalan Baik Di Rumah

Assalamualaikum, Salam CeriaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ Salam Bahagia dan Salam Inspirasi untuk semua warga dan anak-anak di SKTPP. Semoga kita semua sentiasa dalam lidungan dan rahmat Allah selalu.

Untuk Jom Kongsi dari UBK SKTPP kali ini, cikgu nak kongsikan tentang Amalan Baik Di Rumah. Jom kita amalkan amalan baik ini sepanjang berada di rumah. Semoga apa yang dikongsikan dapat membantu anak- anak membentuk sikap dan disiplin diri yang positif.    

Sila klik video πŸ‘‡ untuk mengikuti perkongsian yang cikgu sediakanπŸ’“πŸ’“πŸ’“



#staysafe
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpshkpm

Monday, June 28, 2021

Sembang Santai : Kesan Cicir PdPR

Assalamualaikum... Salam inspirasi buat semua murid SKTPP tersayangπŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“
Hari ini, hari Isnin...... hari pertama dalam minggu ini. Cikgu harap murid-murid bangun pada pagi ini dengan membawa semangat baru yang jelas agar wujudnya satu vibe yang dinamakan positive vibes!

Sembang santai hari ini, cikgu nak murid-murid lebih faham tentang kesan jika kita cicir (tertinggal) PdPR. Tajuk ini sangat penting dan cikgu harap ianya memberi satu perubahan dan kesan mendalam kepada diri murid-murid dalam meneruskan realiti PdPR. Semoga perkongsian ini bermanfaat!


#staysafe
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpshkpm
#kpm

Saturday, June 26, 2021

 Laporan Bertugas Minggu Ke - 20 (Sesi Petang)


Tarikh : 21 Jun hingga 25 Jun 2021

Nama Guru Bertugas :

1.    En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)

2    Pn Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

3.   Pn Halijah binti Mihat

4.   Pn Nor Azian binti Ahmad 

5.   Pn Shurhama binti Ahmad

6.   Pn Nor Maziah binti Abd Malek

7.   Pn Noor Azlinda binti Kasmin

8.   Pn Roslelawati binti Ibrahim

9.   Pn Nashirah binti Taib

10. Pn Nur Wahidatuldinah binti Hassan


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

    Minggu ini merupakan minggu ke-20 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 mengikut jadual PdPR seperti biasa.

    Rentetan kes statistik harian Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memanfaatkan tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk meningkatkan imunisasi dalam kalangan guru-guru seterusnya menggelakkan jangkitan Covid-19 sekiranya sesi persekolahan bersemuka dilaksanakan kelak.

    Sekiranya guru tidak divaksinkan secara keseluruhannya, risiko penularan COVID -19 di sekolah sangat besar.Tidak akan wujud persekitaran selamat untuk para guru dan pelajar yang seterusnya akan menjejaskan kestabilan ekosistem pendidikan.

    Selain daripada langkah kawalan dan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dilaksanakan pihak sekolah bermula murid tiba di pintu pagar, ketika proses PdP, rehat dan penyuraian pelajar waktu balik , pemberian vaksin COVID-19 kepada guru sangat penting menjelang sekolah dibuka dan PdP boleh dijalankan secara bersemuka.

    Oleh yang demikian, warga guru SK Taman Putra Perdana juga telah dipanggil untuk vaksinasi bermula pada minggu ini.Berikut sedikit picisan memori vaksinasi para guru sepanjang minggu ini dikongsikan bersama.











    Pelbagai  kreativiti medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian.Selain aplikasi Goggle Classroom, Goggle Meet, Goggle Form, WhatsApp dan Telegram juga antaranya aplikasi permainan dalam pembelajaran  menarik berbentuk Quiziz, Wordwall, Liveworksheet , Anyflip, Canva, Inshot, Kinemaster dan sebagainya.Sedikit picisan idea PdPR guru dikongsikan minggu ini.



 Cikgu Hasbullah mengguna medium Goggle Meet untuk PdPR Bahasa Melayu kelas Tahun  1

 Ustazah Rafini mengguna medium permainan Quiziz untuk PdPR Pendidikan Islam kelas Tahun  2

Teacher Malisha mengguna medium Goggle Meet untuk PdPR Bahasa Inggeris  kelas Tahun  1

Cikgu Hanani mengguna medium Liveworksheets untuk PdPR Pendidikan Kesenian Tahun 1

Cikgu Holwani mengguna medium Goggle Form sebagai medium PdPR Sains

Cikgu Suriyana juga mengguna medium Liveworksheets bagi menarik perhatian murid


Ustazah Halijah menggunapakai medium permainan wordwall juga liveworksheets untuk PdPR Pendidikan Islam

Juga tidak lupa Program Bersama Cikgu Arzah


Alhamdulillah segala program dan sesi PdPR berlangsung dengan baik .Semoga Allah melindungi kita semua, hindarkanlah daripada musibah dan wabak penyakit khususnya wabak virus Corona ini di angkat segera dari atas muka bumi.Semoga anak-anak juga kekal bersemangat menimba ilmu dirumah dan dipermudahkan segala urusan para guru dan ibubapa juga penjaga dalam memastikan kesinambungan pendidikan berterusan.


Disediakan Oleh,

Halijah binti Mihat.

Friday, June 25, 2021

Kesedaran Kendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😍. Semoga semua anak didik SK Taman Putra Perdana terus bersemangat untuk belajar

Perkongsian Unit Bimbingan dan Kaunseling pada hari ini ialah Kesedaran Kendiri. Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Ia juga bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Jom tonton video yang cikgu sertakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesedaran Kendiri. Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video Kesedaran Kendiri

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan kepada semua dan bermanfaat.

Terima kasih.

#kiaskukenaldiriku
#emositerjagakehidupansejahtera 
#stayathome
#staysafe
#staypositive

Wednesday, June 23, 2021

JOM KONGSI : Tangani Stres Dengan 10B

Assalamualaikum, selamat pagi... salam CeriaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ Salam Inspirasi untuk semua warga SKTPP. Semoga semuanya sentiasa sihat, ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta...πŸ’•πŸ’•πŸ’•.

TAHUKAH ANDA ??? Kajian psikologi mendapati bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara langsung telah menimbulkan kesan emosi negatif terhadap individu. Justeru itu, setiap individu perlu mengambil langkah positif untuk mengekalkan kestabilan emosi dalam melalui fasa kehidupan norma baharu ini. Aspek penyesuaian diri memainkan peranan penting dalam menentukan kefungsian mental serta tingkah laku seseorang untuk menjaga kestabilan emosi bagi menjalani perubahan dalam aktiviti harian. 

Terdapat beberapa teknik psikologi yang boleh  membantu dalam mengatasi tekanan emosi individu serta mengekalkan kestabilan emosi. Bagi membantu warga SKTPP menangani isu tekanan ini, JOM... kami di UBK SKTPP kongsikan cara-cara Tangani Stres Dengan 10B.



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba....πŸ’–

#Staysafe

#Staypositif

Sunday, June 20, 2021

Sembang Santai: POSITIF

Assalamualaikum, salam sayang & salam inspirasi daripada Unit Bimbingan & Kaunseling (B & K) untuk semua murid SKTPP yang sentiasa dalam ingatan cikgu. Kita telah pun masuk minggu kedua PdPR selepas cuti penggal baru-baru ini. Cikgu harapkan kamu semua sentiasa sihat dan bersemangat untuk jalani kehidupan dalam budaya yang baru ini. 

Jom sembang-sembang santai bersama cikgu... Walaupun ianya satu hala tetapi kamu semua boleh jadikan dua hala dengan menghubungi cikgu dan rakan GBKSM yang lain untuk mendapatkan lebih banyak tips yang diperlukan.. Ingat, kamu tidak keseoranganπŸ’“πŸ’“πŸ’“


Jangan lupa ya murid-murid, wajah kami bertiga niπŸ‘†
Sentiasa bersedia membantu kamuπŸ’

#staysafe
#staypositive

Friday, June 18, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-19 (Sesi Petang)

Guru Bertugas: Kumpulan 1

Tarikh: 14 Jun 2021 - 18 Jun 2021

Senarai nama guru bertugas:-

1) Encik Abdul Hafiz bin Abdul Halil (Ketua)

2) Puan Ummu A'thiah binti Hashim (Penolong)

3) Puan Nur Azizati binti Ahmad.

4) Puan Nor Holwani binti Yahaya.

5) Puan Suriyana binti Nanyan@Salim.

6) Puan Norhana binti Nordin.

7) Puan Nor Arzah binti Hussin.

8) Puan Azizah binti Ab Hamid.

9) Puan Norhidayu binti Sadri.

10) Encik Muhamad Saiffol bin Ngabiah.

    Berlalu sudah 2 minggu cuti sekolah pertengahan tahun bagi sesi 2021 yang bermula 29 Mei 2021 hingga 13 Jun 2021. Sepanjang tempoh tersebut semua murid dan guru bercuti dan tiada sesi PdPR yang berlangsung.

    Berikutan negara kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada 6 Jun yang lalu telah berlangsung sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pengurusan dan pengoperasian sekolah bagi penggal ke-2 masih disambung secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Oleh itu semua warga KPM akur dan PdPR akan diteruskan seperti biasa.

    Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. Melalui medium aplikasi telegram atau whatsapp, guru kelas dan guru mata pelajaran akan memastikan semua murid mendapat maklumat selari dengan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang menggunakan pelbagai teknik seperti video, audio, penyediaan modul dan sebagainya. 

    Di samping mengadakan kelas secara online atau offline, guru-guru juga sentiasa mengingatkan semua murid agar menjaga kesihatan diri dan keluarga dalam mengharungi hari demi hari yang penuh cabaran ini. Walaupun berada di rumah, ibu bapa / penjaga perlu memastikan bahawa murid-murid dapat mengikuti PdPR dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Marilah kita berdoa supaya Allah melindungi kita dan mengangkat virus covid ini dari muka bumi dengan segera. Amiin.

Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini.

PdPR secara atas talian

Bersama Cikgu Nurul Hanani

Penyertaan murid sangat menggalakkan

PdPR secara luar talian - video murid

Penghantaran tugasan audio bacaan murid

Guru Bimbingan & Kaunseling juga meneruskan PdPR

Program di bawah kelolaan Cikgu Arzah

Bersama-sama murid yang menyertai dengan penuh semangat

Alhamdulillah PdPR pada minggu ini berjalan lancar. Terima kasih.

Disediakan oleh: Nur Azizati binti Ahmad

Laporan Bertugas Minggu Ke-19 (Sesi Pagi)

Tarikh: 14 Jun hingga 18 Jun 2021

Hari: Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas:

Kumpulan A

1. Pn Rosmawati binti Md Desa (K)

2. Pn Roseniza binti Setapa (P)

3. Pn Norsiah binti Mohd Nor

4. Pn Norli binti Hassan

5. Pn Astina binti Mahad Nor

6. Pn Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

7. Pn Juli binti Mahbah

8. En Zurilazman bin Abdullah

9. Pn Norinna binti Mohamed

10. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

11. Pn Claudia Jacqueline Charles Nelson

12. En Mohd Dzarfan bin Kamar Bahrin


Sesi persekolahan kembali lagi selepas berakhirnya cuti pertengahan penggal tahun 2021. Kaedah Pengajaran dan Pembelajarn Di Rumah (PdPR) atau 'Home Base Learning' merupakan alternatif kepada pembelajaran norma baharu sepanjang PKP dikuatkuasakan. Sesi PdPR disambung selama 25 hari lagi berikutan situasi semasa COVID-19 yang belum menunjukkan penurunan. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan (Datuk Dr Radzi Jidin) di sidang media pada 6 Jun 2021.

Selain dari PdPR, guru-guru juga terlibat dengan mesyuarat dan program yang dilaksanakan secara dalam talian. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga meneruskan tugas yang diamanahkan antaranya seperti Sesi Bimbingan Individu / Kelompok serta membuat hebahan maklumat kepada murid. Pada minggu ini hebahan maklumat dari Unit Bimbingan dan Kaunseling berfokus kepada bidang Pembangunan dan Sahsiah Diri Murid melalui Blog SKTPP, Blog Kaunseling, Telegram, Whatsapp, Facebook dan Instagram.

Jawatankuasa Penyediaan Jadual Waktu telah menyediakan Jadual Pelaksanaan PdPR semasa tempoh PKP Fasa 2 ini. Bahan pembelajaran akan dikongsi oleh guru melalui platform Whatsapp, Telegram dan Google Classroom. Ibu bapa / penjaga dipohon membantu memberi bimbingan kepada anak-anak menjalani sesi pembelajran di rumah. Pihak sekolah percaya ibu bapa dan penjaga hari ini amat prihatin terhadap pembelajaran anak-anak. Murid-murid diharapkan dapat memberi fokus dan bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran yang berkesan bagi pembelajaran anak-anak di rumah. Pelbagai bentuk gangguan pembelajaran yang sekiranya tidak ditangani dengan berkesan, akan menjejaskan pembelajaran anak-anak walau di mana mereka berada. Pembelajaran digital sesi persekolahan 2021 akan dilaksanakn secara berperingkat mengikut kesesuaian guru, ibu bapa / penjaga dan murid.

Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan sepanjang minggu ini:

PGB dan PK1 menghadiri taklimat garis panduan pengisian maklumat vaksinasi pada 17 Jun 2021

32 orang murid SKTPP menyertai Program PINTAR pada 16 Jun 2021

Jom 30 Minit Bersama Cikgu Juli: 4 Vivo (15 Jun), 5 Ibnu Sina (16 Jun) dan 6 Harmoni (16 Jun)

PdPR - kelas online oleh Cikgu Roseniza

Taklimat PBD panitia

Kelas Tasmik 6 Jujur oleh Ustaz Ishak 

Taklimat PBD panitia


Guru-guru Kaunseling Daerah Sepang menyertai Bengkel Pengendalian Streamyard YouTube

Musyawarah Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTPP

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Puan Rosmawati binti Md. Desa
Puan Juli binti Mahbah

Kata-kata Motivasi Inspirasi Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi khas buat semua anak didik serta warga SK Taman Putra Perdana. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin kongsikan kata-kata motivasi inspirasi diri. Semoga kata-kata motivasi yang dikongsikan ini akan menaikkan lagi semangat kita semua untuk meneruskan aktiviti seharian. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi orang yang berjaya dan bukan orang yang malas berusaha. 

Wednesday, June 16, 2021

Tips Atasi Sikap Malas Belajar

Salam Inspirasi untuk semua Warga SKTPPπŸ’“πŸ’“
Selamat menjalani PdPR dengan penuh semangat dan ceriaπŸ˜ƒπŸ˜ƒ. 
Buang rasa nak bermalas-malasan itu...

Sebagai manusia biasa, pastinya kita semua tak dapat lari daripada perasaan MALAS terutama ketika hendak belajar. Namun untuk mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan, kita perlu berusaha menghindari sifat ini. 
JOM... hari ini UBK SKTPP ingin kongsikan 10 tips Bagaimana Untuk Atasi Sikap Malas Belajar



 #staysafe
#staypositive

Sunday, June 13, 2021

Peranan Ibu Bapa & Murid Sepanjang PdPR Dijalankan.

Salam inspirasi untuk semuaπŸ’“

Seperti dalam sidang media khas oleh Dr Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan) yang lalu, semua sekolah di Malaysia akan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bermula 14 Jun sehingga 17 Julai 2021 selama 25 hari persekolahan. Oleh itu cikgu harap semua murid dan ibu bapa bersedia dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Di sini cikgu kongsikan panduan peranan buat ibu bapa dan murid sepanjang sesi PdPR dijalankan. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat.

Selamat menjalani PdPR dan semoga terus bersemangat dalam menuntut ilmu untuk semua murid-murid SKTPP!




Selamat Kembali PdPR

#staysafe

#staypositive

#stayhealthy

Saturday, June 12, 2021

Program Motivasi : Kolaborasi Sekolah-Sekolah 2021

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, program kolaborasi yang telah dirancang sebelum ini dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 12 Jun 2021 (Sabtu) secara langsung di aplikasi Youtube. Program motivasi ini telah dianjurkan oleh Surau Al-Maaruf  SK Bandar Baru Kuala Selangor (SEBARU) selaku sekolah yang mewakili negeri Selangor ke Pertandingan Surau Imarah (PERSISS) ke peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Dalam situasi era PdPR yang serba mencabar ini,  langkah mengadakan program dalam talian sangat memberi impak kepada golongan sasar iaitu murid-murid, guru dan ibu bapa. 

Sehubungan itu, Musolla Raudatul Ilmi  telah mengambil inisiatif berkolaborasi bersama 7 buah sekolah bagi mengadakan program motivasi untuk mendepani kesukaran PdPR dalam situasi Covid-19. Ia memberi suntikan semangat kepada murid-murid, guru serta ibu bapa dalam memantapkan lagi proses PdPR. 

Antara sekolah yang terlibat ialah : 

1. SK Bandar Baru Kuala Selangor

2. SK Taman Putra Perdana Sepang, Selangor 

3. SRAI Sabak Bernam, Selangor 

4. SK Convent Kajang Selangor 

5. SK Sungai Binjai Meru, Selangor 

6. SK Bagan Datoh, Perak 

7. SK Keningau II, Sabah 

8. SJKC Aik Min, Kedah 

Program motivasi bertajuk "PdPR : Bersama Mendepani Cabaran" yang berlangsung melalui Youtube Live selama 2 jam lebih ini telah disampaikan oleh Ustaz Bakhtiar Fitri bin Hj Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang personaliti yang tidak asing lagi dalam program motivasi di negara kita. Paling memberangsangkan apabila siaran secara lansung melalui Youtube ini telah ditonton lebih 10 ribu orang dan mendapat sambutan yang luar biasa. Alhamdulillah. 

Meskipun kita masih berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, namun penyertaan dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia juga sangat baik. Begitu juga guru-guru dan ibu bapa. Ini dapat dilihat melalui komentar-komentar yang dilontarkan oleh para penonton program tersebut. 

Pada kesempatan ini, pihak sekolah & Jawatankuasa Musalla Raudatul Ilmi serta Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SK Taman Putra Perdana atas kerjasama & keterlibatan yang sangat baik dalam program ini. Semoga program yang bermanfaat & memberi impak yang besar ini dapat diteruskan pada masa akan datang, insyaAllah. 

Sekiranya anda ingin menonton program ini boleh klik pada link : https://youtu.be/L_4jPe3QrO4

"Raudatul Ilmi : Taman Ilmu & Budi" 

Berikut antara rangkuman gambar sepanjang program berlangsung :

Siaran Program Kolaborasi Sekolah-sekolah

Ucapan aluan dari pengerusi majlis

Penceramah sedang memberi motivasi kepada para penonton

Komen & respons dari para peserta

Siaran ini telah mendapat tontonan sebanyak 10k views

Video penghargaan dari pihak penganjur kepada sekolah-sekolah terlibat

Friday, June 11, 2021

Pertandingan TikTok Challenge Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang 2021 : Jom Like Video SKTPP

Sempena Sambutan Hari Guru peringkat daerah Sepang pada tahun 2021, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang telah menganjurkan pertandingan TikTok Challenge yang melibatkan semua sekolah daerah Sepang dengan bertemakan "Corat-Coret Cikgu / Terima Kasih Cikgu". Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 5 kategori iaitu : 
  • Guru
  • Murid
  • Murid PPKI
  • Bukan Guru / Warga Sekolah
  • Ibu Bapa

Bagi menyahut cabaran ini, warga SKTPP  tentunya tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai pertandingan yang dianjurkan di samping dapat meraikan dan menghargai jasa para guru sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini walaupun berada di kediaman masing-masing kerana PKP.

Mari kita bersama-sama memberikan sokongan kepada video-video TikTok yang telah dihasilkan oleh warga SKTPP melalui pautan link di bawah. Jom Like & Share!


Guru (Kumpulan 1)   :   https://vt.tiktok.com/ZSJ9bkTs1/


Guru (Kumpulan 2)   :   https://vt.tiktok.com/ZSJxdTLAr/


Guru (Kumpulan 3)   :   https://vt.tiktok.com/ZSJ9Ejx6w/


Murid (Kumpulan 1) :   https://vt.tiktok.com/ZSJ9UXncX/


Murid (Kumpulan 2) :   https://vm.tiktok.com/ZSJ9q1mmm/


Murid (Kumpulan 3) :   https://vm.tiktok.com/ZSJCXWg3J/


Murid PPKI  1  :   


Murid PPKI  2  :   


Bukan Guru   :   


Ibu Bapa (Kumpulan 1) : 


Ibu Bapa (Kumpulan 2)   :     https://vt.tiktok.com/ZSJQFGBMg/


Ibu Bapa (Kumpulan 3)   :    https://vt.tiktok.com/ZSJCSWMa1/ 

#coratcoretcikguppds
#coratcoretmuridppds
#coratcoretmuridppkippds
#terimakasihwargasekppds
#terimakasihibubapappds