Friday, December 15, 2023

Kejohanan Kriket Piala Juara-Juara Sekolah Rendah Negeri Selangor 2023

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Kriket Juara-juara Sekolah Rendah Negeri Selangor bagi tahun 2023 pada 12 Disember sehingga 15 Disember 2023 bertempat di Padang Kolej Vokasional Sepang.

SK Taman Putra Perdana selaku tuan rumah dan juga jawatankuasa pengelola telah mempersiapkan tempat lebih awal bagi melancarkan kejohanan ini. Dengan kerjasama Kolej Vokasional Sepang, ahli jawatankuasa kejohanan telah mula bertugas seawal 11 Disember 2023 menyambut ketibaan para atlet yang akan menginap di asrama Kolej Vokasional Sepang.

Jawatankuasa pendaftaran penginapan sedang bersedia menunggu ketibaan para atlet

Guru pengiring sedang menguruskan pendaftaran penginapan


Para atlet sedang bersedia untuk ke tempat penginapan

Puan Fauziah menyampaikan sedikit taklimat kepada guru pengiring


Berikut adalah persiapan padang yang dikendalikan oleh jawatankuasa teknikal.




Berikut merupakan gambar-gambar sekitar perlawanan yang berlangsung selama 4 hari.







Usai perlawanan akhir, semua yang terlibat berkumpul di dewan untuk persediaan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pn. Norfadzilah binti Rosdi, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Selain itu juga, turut hadir En. Azlan bin Shuib, Pegawai Perhubungan Persatuan Kriket Malaysia.


Majlis diacarakan oleh Pn. Nor Rafini binti Othman

Bacaan doa pembuka majlis oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Khairul Afiq bin Jamili

Ucapan aluan pemanis kalam oleh Pn. Fauziah binti Salehoddin

Ucapan oleh En. Azlan bin Shuib, Pegawai Perhubungan Persatuan Kriket Malaysia


Ucapan perasmian penutupan oleh Pn. Norfadzilah binti Rosdi, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan turut disampaikan oleh Pn. Norfadzilah binti Rosdi dan En. Azlan bin Shuib.

Berikut merupakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori perempuan.

JOHAN - SK Bandar Banting

NAIB JOHAN - SK Seksyen 9

KETIGA - SK Bukit Kuda

KETIGA - SK Taman Desa 2

KETIGA - SK Taman Putra Perdana

Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori lelaki.

JOHAN - SK Taman Putra Perdana

NAIB JOHAN - SK Bukit Tinggi

KETIGA - SK Bandar Banting

KETIGA - SK Puchong Jaya 2

SAGUHATI - SK Taman Melawati

SAGUHATI - SJKT Ladang Bukit Cheraka

SJKT Ladang Kerling

Seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi kategori anugerah-anugerah terbaik.

Anugerah Pembaling Terbaik

Muhammad Amzar bin Rashid
SK Taman Putra Perdana
(Kategori Lelaki)

Nurqhadijah Amani binti Mohd Nordin
SK Bandar Banting
(Kategori Perempuan)


Anugerah Pemukul Terbaik

Muhammad Ammar bin Rusdi
SK Taman Putra Perdana
(Kategori Lelaki)

Damia Qalesya binti Saiful Azreen
SK Bandar Banting
(Kategori Perempuan)

Anugerah Penjaga Pancang Terbaik

Qhais Muhaimin
SK Bukit Tinggi
(Kategori Lelaki)

Nor Badrisyah binti Abd Rahman
SK Bukit Kuda
(Kategori Perempuan)


Anugerah Pemain Terbaik Keseluruhan


Muhammad Amzar bin Rashid
SK Taman Putra Perdana
(Kategori Lelaki)



Raja Puteri Nur Qistina binti Raja Khairul
SK Bandar Banting
(Kategori Perempuan)



Penyampaian cenderamata oleh Puan Fauziah kepada Pn. Norfadzilah atas kesudian hadir merasmikan majlis.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.


Kejohanan Kriket Piala Juara-Juara ini telah membuka ruang dan peluang kepada semua atlet kriket untuk berusaha dalam memastikan sukan kriket ini terus subur dan mekar sebagai sukan yang berprestij dalam kalangan murid. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga pendidikan atas penglibatan menganjurkan program yang sangat membanggakan ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
Nor Rafini binti Othman.

Wednesday, December 13, 2023

Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape

 Tarikh   : 13 Disember 2023 (Rabu)

 Masa    : 8.50 pagi - 12.20 tengah hari

 Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape adalah satu usaha yang perlu dilaksanakan secara konsisten serta memberi impak yang bermakna kepada semua murid. Warga pendidik serta masyarakat perlu cakna dan sentiasa memperingatkan kesan buruk rokok dan vape kepada murid. Trend murid yang menjadikan tabiat menghisap vape sebagai satu kebiasaan dilihat semakin membimbangkan dan perlu dihentikan segera. KPM sentiasa komited dalam memastikan pembinaan karektor yang baik dalam diri anak-anak kita. Oleh itu, kempen ini diharapkan supaya anak-anak kita tidak hilang nilai karektor yang kita hasratkan dan hanyut dalam arus pemodenan yang akhirnya membawa implikasi buruk yang mampu menjejaskan kesihatan tubuh badan dan minda.

Selaras dengan itu, hari ini pelancaran serentak dibuat di seluruh negara dalam membasmi rokok & vape! 

Buku Program




Murid bersedia untuk menyaksikan pelancaran

Semua murid Tahun 4,5 dan 6 terlibat

Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

Pengacara Majlis Cik Roslinda dan Puan Nurliza

Penceramah Kempen Hidup Sihat Tanpa Rokok & Vape- Dr. Siti Hazwani Abidin (Ketua Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit) 

Sesi kuiz

Seronok dapat hadiah ya.....tahniah!


Penyampaian sijil dan cenderamata buat Dr.Siti Hazwani

Turut menerima cenderamata Puan Mashaniza binti Isa (Inspektor Kesihatan, PKD Sepang)

Bergambar kenangan sebelum pulang

Slide ceramah Dr.Siti Hazwani


Selesai sahaja ceramah oleh Dr. Siti Hazwani, murid-murid Tahun 4 & 5 dihidangkan dengan tontonan video "Hidup Sihat, Cegah Rokok & Vape" manakala murid Tahun  6 rehat. Pada pukul 11.15 pagi program diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape. Berikut gambar-gambar sepanjang pelancaran dibuat.

Nyanyian  lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor dipimpin oleh Puan Astina

Semua murid menyanyikan bersama-sama

Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh En Mohd.Azarul

Barisan pentadbir bersama YDP PIBG SKTPP

Ucapan perasmian oleh Tuan Hj Megat Md Salleh bin Megat Arshad (YDP PIBG SKTPP)

Gimik perasmian, laungan benci vape dan rokok oleh Duta Sahsiah

Penyampaian cenderamata buat perasmi

Bergambar bersama dengan tagline benci DARVIH👎👎👎👎👎👎👎👎

Bergambar kenangan bersama sebahagian warga SKTPP

Alhamdulillah, selesai majlis pada hari ini. Semoga bermanfaat buat seluruh warga SKTPP. Terima kasih kepada  JK Pelaksana dan semua yang terlibat. 


SKTPP BENCI DARVIH