... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, September 30, 2019

Program Sinar Nurani Fasa 2

Program Sinar Nurani Fasa 2 merupakan kesinambungan Program Sinar Nurani Fasa 1 yang telah diadakan pada bulan Ogos yang lepas. Peserta program merupakan murid-murid yang terpilih dalam kalangan murid Tahun Dua hingga Tahun Enam. Program ini merupakan salah satu program pembentukan sahsiah diri murid. Setelah mengikuti program ini, diharap peserta akan sedar tentang kesilapan mereka yang lalu dan berusaha membentuk karektor serta sahsiah diri yang lebih positif dan disenangi oleh warga sekolah.

Program ini juga merupakan satu program kerjasama antara Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Disiplin dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP. Kerjasama yang padu antara guru dan ibu bapa murid merupakan kunci utama kepada pembentukan sahsiah yang cemerlang dalam kalangan murid. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar pembentukan sahsiah diri murid terus cemerlang seiring dengan kecemerlangan akademik mereka.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dijalankan

 Sesi pendaftaran peserta program

Ucapan aluan Pn Norli sebagai pengacara majlis dan bacaan doa 
yang dipimpin oleh Ustaz Zurilazman

 YDP PIBG; Tn Haji Khairul Azhar juga mengambil kesempatan melalui ucapannya dengan memberikan kata-kata motivasi kepada para peserta

 Slot ceramah bagi memberikan kesedaran kepada peserta bersama penceramah jemputan

 Sesi LDK bagi meningkatkan keyakinan diri peserta

Sesi ceramah dan LDK bersama peserta Tahun 2 dan 3

Bergambar kenangan di akhir program

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-36 (Sesi Petang)


Antara gambar-gambar sepanjang perhimpunan:

Disediakan oleh : Wan Mohd Roswandy b Wan Ibrahim

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-36 (Sesi Pagi)

Tarikh       : 30 September 2019 

Hari             : Isnin
Masa           : 7.30 pagi
Tempat        : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana 
Pengacara Majlis   :   Puan Arrny Yusnita Bt Md. Enarji

Senarai Guru Bertugas : Kumpulan D (30 September 2019 hingga 4 Oktober 2019)

1.        Pn. Nor Hayati Bt Yusof
2.        Pn. Mazzaini Bt Muda
3.        Pn. Arrny Yusnita Bt. Md. Enarji 
4.        Pn. Norlida Bt Othman
5.        Pn. Nurulhuda Bt Hasbullah
6.        En. Mohd Izwan B. Jawahar
7.        En. Ahmad Musrizuan B Daud

Agenda:

1. Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

·         Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah telah dipimpin oleh Abby Nurul Elyana Binti Yahaya (6 Kompang).
·         Bacaan doa telah dipimpin oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla).
·         Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Arrny Yusnita Bt Md. Enarji
·         Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla)

             Image may contain: 1 person, standing

   Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam 
(6 Tabla).

Image may contain: 1 person, standing

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Arrny Yusnita Bt Md. Enarji

Image may contain: 1 person, standing

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal 
6 Tabla )

2. Laporan oleh guru bertugas minggu lepas - Pn. Rosmizawati Bt Yusub

Image may contain: Mieyza Arieyza, standing
                                              
        Antara isi-isi yang dilaporkan ialah:

           1) Murid diminta untuk jaga kebersihan sama ada dalam kelas, dewan dan kantin. Buang sampah dalam tong sampah. Kebersihan sekolah tanggungjawab bersama.
      
           2) Murid diminta untuk menjaga adab dengan kawan. Jangan ejek-mengejek.Tolong buang sikap buruk itu.

           3) Murid dimita untuk membawa peralatan tulis sendiri, jangan suka meminjam harta benda kawan.

3. Laporan guru bertugas minggu ini - Pn. Arrny Yusnita Bt Md. Enarji

           Tema: Hari Kanak-kanak : "Sayangi Kami"
            * Alam kanak-kanak merupakan alam pertama sebelum menempuh alam remaja dan  dewasa.
            * Penghargaan kepada kanak-kanak boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Contohnya;  Sambutan Hari Kanak-Kanak, kasih sayang, perhatian, hadiah dan lain-lain.
            * Kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan betul dan baik untuk menjadi insan berguna pada masa akan datang.
            * Semasa Hari kanak-kanak, murid-murid boleh menunjukkan bakat yang ada untuk meraikannya.


                                 Image may contain: 5 people, including Esah Batik, Nurul Abdullah and Yatt Yusof, people smiling, people standing
     
                                Barisan guru bertugas minggu ini.


       
4. Ucapan PK Pentadbiran - Pn. Azizah Bt Mokhlas

     * Adab & hormat kepada guru untuk keberkatan dan supaya ilmu itu tidak hilang. Adab ini perlu  disemai dalam jiwa semua murid. 
     * Dalam tempoh sebulan dari sekarang, murid- murid akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Murid diminta untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah atau di rumah.
     * Bagi murid Tahun 6, murid akan hadapi ujian untuk mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam,
       Jawi, RBT dan Pendidikan Seni. Jangan lupa hadir ke sekolah walaupun sudah tamat UPSR.
     * Bagi murid Tahun 4 dan 5, tolong fokus dalam pembelajaran. Jaga kesihatan, banyakkan  minum air . Sekarang musim tidak menentu, jangan main hujan. Waktu cuti, buat ulangkaji.

                                                           
Image may contain: 1 person, standing

             Ucapan PK Pentadbiran, Pn. Azizah Bt Mokhlas

         Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

        Laporan disediakan oleh:
        Pn. Nurulhuda Bt Hasbullah

Tuesday, September 24, 2019

Sticker MPS

Sticker di tangga telah ditampal oleh kontraktor Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Terima kasih banyak. Semoga bermanfaat buat anak-anak murid kami...
Laporan sebelum ini di sini.






Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2019 (Sesi Pagi)

         Pada 24 September 2019 telah diadakan pelancaran Minggu Bahasa Melayu di Dewan Perdana. Program Minggu Bahasa Melayu ini adalah anjuran Panitia Bahasa Melayu dengan kolaborasi bersama Pusat Sumber Sekolah (Ujana Ilmu).

        Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana dengan bertemakan songket. Objektif utama adalah untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai cinta akan bahasa kita. Dengan adanya kolaborasi dengan Pusat Sumber Sekolah dapat  menggalakkan minat membaca dan menanam perasaan cintakan ilmu dalam kalangan murid sekolah. Selain itu, program ini diharap dapat menyemarakkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai aspek dan bidang ke arah kelestarian Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam.

Buku Program Minggu Bahasa Melayu
                                               
Puan Mazzaini binti Muda selaku pengacara majlis.

Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar sedang menyanpaikan ucapan perasmian.

Barisan guru yang turut serta dalam majlis perasmian.

Guru Besar sedang melakukan gimik perasmian diiringi barisan penolong kanan.
                                               
Murid-murid sedang mendengar taklimat tentang aktiviti yang akan diadakan sempena Minggu Bahasa.


Barisan guru bahasa Melayu sesi pagi.

Lawatan Penanda Arasan HEM SK Sungai Rawang

Sukacita hari ini 24 September 2019, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menerima kunjungan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang. Seramai 11 orang  guru dari sekolah tersebut diketuai oleh Encik Khairul Muzzamir bin Alias selaku Guru Besar SK Sungai Rawang. Turut mengiringi adalah para pentadbir iaitu Puan Norlina binti Harum, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Zahir bin Abdul Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Nor Eslina binti Mohd Salleh selaku Guru Penolong Kanan HEM, Puan Nor Afida binti Adnan, Guru Kaunseling, Guru Pusat Sumber dan guru-guru lain.

Tujuan lawatan adalah untuk perkongsian ilmu antara sekolah dalam Daerah Sepang bagi meningkatkan kecemerlangan pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dalam :
  • Amalan Terbaik Kantin
  • Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling (B&K)
  • Pengurusan Skim Pinjaman buku Teks (SPBT) 

Majlis bermula dengan taklimat ringkas berkaitan hal-hal sekolah seterusnya membuat lawatan ke bilik-bilik yang terlibat. Ahli rombongan juga dibawa melihat persekitaran sekolah di Ujana Ilmu  Bilik Sukan dan Bilik Bitara Kriket yang menjadi mercu tanda sekolah. 

Berikut antara momen yang dapat dikongsi bersama sepanjang lawatan...

Selamat Datang Buat Warga SK Sungai Rawang

Taklimat bersama di Terminal Muafakat

Sesi penyerahan sijil penghargaan

Ole-ole sebagai tanda silaturahim

Sesi merakam gambar

Mini Studio Ujana Ilmu
Di Bilik Sumber PPDa



Satu kenangan bersama di Laman Interaktif Bilik Sumber PPDa

GB SKSR mendengar penerangan daripada guru B & K;
Puan Nor Arzah Hussain

Sistem fail  B & K
Bilik Bitara Kriket SKTPP
Turut serta meluangkan masa, YDP PIBG SKTPP
 Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
Santai berkongsi maklumat


Semoga dengan kunjungan ini dapat mengikat jalinan silaturrahim antara kedua buah sekolah dan memberi manfaat kepada sekolah masing-masing.

Monday, September 23, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-35 (Sesi Petang)

Tarikh : 23 September 2019
Hari : Isnin
Masa : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : En. Noorhisham bin Mohd Noor

Senarai Guru Bertugas :
1. Abdul Hafiz bin Abdul Halil (K)
2. Nurazlin binti Mat Nor (P)
3. Nur Malisha binti Omar
4. Nora Azean binti Che Othman
5. Salina binti Mohd Tasu
6. Noorhisham bin Mohd Noor
7. Nor Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab

1.0 Nyanyian, bacaan doa dan bacaan ikrar










2.0 Ucapan Penolong Kanan Petang; Puan Jumilah bt Ahmad

2.1 Puan Jumilah mengingatkan murid-murid supaya banyakkan minum air kosong ketika musim jerebu. Beliau juga menasihati supaya tidak berkeliaran di luar bilik darjah kerana udara masih lagi tidak sihat. Beliau juga mengingatkan supaya semua guru dan murid memakai topeng muka pada ketika ini.

2.2 Puan Jumilah memberitahu kepada murid-murid supaya mengulangkaji pelajaran memandangkan Latihan Sumatif Akhir Tahun akan diadakan tidak lama lagi.

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-35 (Sesi Pagi)

Tarikh : 23 September 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan, SKTPP
Pengacara Majlis : Adik Dhaniya Batrisyia binti Supri (Rebana)

Senarai Guru Bertugas :
1. Encik Zurilazman bin Abdullah
2. Encik Wan Faizol bin Wan Mat
3. Encik Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
4. Puan W.Rosmawati binti W.Ibrahim
5. Puan Norinna binti Mohamed
6. Puan Rosmizawati binti Yusub
7. Puan Norsiah binti Mohd Noor
8. Puan Azlina binti Mat Isa
9. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Bacaan doa oleh adik Muhammad Ammar bin Mohd Yusop (Vanadium). Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Rosmizawati binti Yusub. Bacan Ikrar Murid oleh adik Ahmad Furqan bin Rizal (Tabla).
Pengacara Majlis
Adik Dhaniya Batrisyia
Bacaan doa oleh adik Muhammad Ammar
Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh
adik Ahmad Furqan

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Encik Srimahathevan a/l Vadivelu
  • Sesi persekolahan pada minggu lepas ditangguhkan kerana cuti bencana alam (jerebu). 
  • Mengingatkan kepada murid agar minum air masak dalam kuantiti yang banyak atau lapan gelas sehari.
  • Mengingatkan kepada murid untuk mengurangkan aktiviti luar memandangkan bacaan IPU menunjukkan tidak sihat di kawasan ini.
  • Mengingatkan kepada murid agar memakai topeng muka apabila keluar dari rumah.
Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh
Encik Srimahathevan

3.0 Laporan Guru Bertugas - Puan Rosmizawati binti Yusub
      Tema : Usaha Tangga Kejayaan 
      Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kecemerlangan. 
  • Memaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun semakin hampir, justeru itu semua murid perlu berusaha dengan gigih agar memperoleh keputusan yang cemerlang.
  • Petua untuk mendapat kejayaan :
  1.  Doa
  2. Tidak mudah berputus asa
  3. Istiqamah - tetap dan terus melakukan sesuatu perkara.
  4. Tawakal
  5. Sabar
  6. Tidak bertangguh/menjaga masa
  7. Menjaga kesihatan
  8. Tetapkan impian, berhenti mengharap dan berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang kita mahu.
Ucapan guru bertugas minggu ini oleh
Puan Rosmizawati
Barisan guru bertugas minggu ini

4.0 Ucapan Guru Besar - Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
  • Ucapan aluan kepada pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid.
  • Memaklumkan bahawa bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) pada pagi ini lebih tinggi berbanding semalam. Kita semua berdoa agar bacaan IPU semakin menurun agar pelbagai program sekolah yang telah dirancang dapat dilaksanakan.
  • Memaklumkan kepada murid, tidak perlu hadir ke sekolah jika tidak sihat atau ada masalah kesihatan.
  • Mengingatkan kepada murid dan guru agar mengutamakan kesihatan dengan memakai topeng muka ke sekolah dan meminum air yang mencukupi.
  • Memaklumkan bahawa PdPC dilaksanakan dalam bilik darjah sahaja buat masa ini.
Ucapan Guru Besar,
 Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali