... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, September 30, 2020

Yellow Challenge Sebagai Tanda Sokongan Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020

" Let's Talk Minda Sihat"

- Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri -

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan kepada kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang pesat, masalah kesihatan mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental.

Jom kita lihat apa yang ditakrifkan dengan kesihatan mental.

Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif, dapat belajar dengan aman dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Menyedari kepentingan itu, SKTPP menyahut cabaran Yellow Challenge dengan bersama-sama memakai pakaian berwarna kuning bermula 10 - 30 September 2020 sebagai tanda sokongan.


Pn Hjh Rohaidah (Guru Besar) bersama Datin Noraizah (PK HEM) sentiasa mantap dengan sokongan terhadap program-program kebangsaan

Aksi bersahaja guru-guru

Nampak tak "X" tu.. maksudnya elak "bunuh diri"

Sokongan daripada staf dan Bendahari KKGK

Cantik teacher Malisha berbaju kuning

Bukan sahaja pakaian kuning... jadual waktu pun sama

Cikgu Azlin dan Cikgu Maziah di Dataran Perhimpunan

Kajian menyatakan warna kuning mampu memberi aura bahagia dan ceria.. Terukir kebahagiaan di wajah Ustazah Maizan

Sesuatu mesej "benci/elak/tidak suka" untuk kita sampaikan tidak semestinya dalam keadaan mimik muka yang menggerunkan tetapi sebaliknya. Unit Bimbingan & Kaunseling memberi sokongan yang padu kepada "Yellow Challenge" ini.

Sokongan daripada PPKI

Peserta pantun Minda Sihat 

Sebahagian guru-guru sesi petang berbaris dengan pakaian tema kuning mereka

Alahai comel sangat guru-guru SKTPP ni...

We SKTPP staff support Yellow Challenge campaign

Friday, September 25, 2020

Laporan Bertugas Mingguan Minggu ke-36 (Sesi Petang)


Nama Kumpulan : Kumpulan B
Hari: Isnin hingga Jumaat
Tarikh: 21 hingga 25 September 2020

Senarai nama guru bertugas:

1. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin (K)
2. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman (P)
3. Nor Arzah binti Hussin
4. Azizah binti Ab Hamid
5. Wand Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
6. Amalina binti Abd Hamid
7. Nor Maziah binti Abd Malek
8. Khairiah binti Razali
9. Ahmad Junaidi bin Abdullah
10. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
11. Nashirah binti Taib
12. Nor Holwani binti Yahaya
13. Rohani binti Mansor
14. Siti Aisah binti Hanafi

Sesi persekolahan pada minggu ini berjalan lancar dan terkawal. Warga sekolah tetap patuh kepada SOP yang ditetapkan. Pada minggu ini, murid-murid dan guru-guru telah dibekalkan dengan topeng muka oleh Menteri Besar Selangor. Terima kasih YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari.

Berikut ialah gambar-gambar perjalanan persekolahan sepanjang minggu bertugas.

Murid tiba dan suhu dicatat

Rutin membasuh tangan sebelum masuk ke kelas

Suasana merekod suhu di Pagar A



Perjalanan murid menuju ke kelas masing-masing

Pergerakan pulang murid 


Dipantau guru bertugas

Perjalanan pulang murid 'transit' di Montesori

Sesi pengagihan topeng muka kepada murid-murid

       

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: 
Siti Aisah binti Hanafi

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu Ke-36 (Sesi Pagi)

 
Tarikh : 21 - 25 September 2020
Hari : Isnin - Jumaat
 
Senarai Guru Bertugas:

Puan Noriza binti Md Nor
Cik Syahirah binti Tumar
Puan Mawaddah binti Kamarulzaman
Puan Norliza binti Ali @ Yasim
Puan Norhana binti Nordin
Encik Mohd Izwan bin Mohd Jawahar
Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
Puan Julalili binti Onion
Puan Nurliza binti Ab Rahman
Puan Nur Zakiah binti Md Diat
 
Laporan Bertugas:

Alhamdulillah, sesi persekolahan pada minggu ini telah berjalan dengan lancar, mengikut peraturan yang ditetapkan. Guru, murid dan kakitangan sekolah yang hadir juga telah mengikuti SOP pergerakan seperti mana yang digariskan dengan baik.
 
Sebelum

Sebelum murid-murid dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah, barisan guru bertugas akan mengambil bacaan suhu murid. Bacaan suhu diambil oleh guru bertugas di kedua-dua belah pagar, iaitu pagar A dan pagar B. Selepas suhu diambil, murid perlu mencuci tangan terlebih dahulu dan barulah bergerak masuk ke kelas masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan.
 
Semasa

Semasa di dalam kelas pula, murid-murid duduk di tempat yang telah disediakan, di mana meja dan kerusi telah disusun mengikut jarak yang ditetapkan. Guru yang masuk ke kelas pada waktu pertama perlu mencatatkan suhu murid-murid di dalam senarai nama yang telah disediakan. Murid-murid sentiasa diingatkan tentang penjarakan fizikal, sanitasi dan keselamatan diri. Pada waktu rehat pula, murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 rehat pada waktu berbeza seperti yang telah ditetapkan. Murid-murid makan di dalam kelas, dan murid yang tidak membawa bekal dibenarkan membeli makanan di dewan. Murid perlu beratur dengan mematuhi jarak yang ditetapkan dan terus bergerak ke kelas selepas selesai membeli makanan.
 
Selepas

Sebelum murid-murid dilepaskan untuk pulang ke rumah, aktiviti sanitasi kelas akan dijalankan oleh guru mata pelajaran terakhir. Guru akan menyembur cecair pembasmi kuman ke atas meja dan kerusi murid dan mengelapnya. Guru dan murid perlu memastikan kelas dalam keadaan yang bersih dan tersusun sebelum meninggalkan kelas. Setelah loceng berbunyi, murid akan bergerak mengikut giliran yang ditetapkan. Murid perlu mencuci tangan dan memakai topeng muka sepanjang perjalanan mereka keluar dari sekolah. Guru yang bertugas akan berada di laluan murid agar dapat membantu dan memantau kelicinan pergerakan pulang murid-murid.
 

Berikut disediakan beberapa keping gambar yang dirakamkan sepanjang sesi persekolahan sesi pagi minggu ke-36..

    Murid meletakkan basikal telebih dahulu sebelum suhu diambil dan mencuci tangan di pagar A


   Guru mengambil suhu murid

   Murid membeli makanan di dewan perdana

Murid bergerak pulang ke rumah masing-masing

Laporan disediakan oleh:

Cikgu Nur Zakiah binti Md Diat

Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Tahun 2020

Merujuk dokumen Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, pelaksanaan aktiviti Kokurikulum dan Sukan di SKTPP akan dilaksanakan dengan mengambil kira faktor penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan.

Aktiviti Kokurikulum di peringkat sekolah akan bermula pada ketetapan berikut:

Tarikh     :  Setiap hari Rabu bermula 30 September sehingga 16 Disember 2020
Masa      : 12.30 tengah hari - 2.30 petang
Tempat   :  Lokasi yang ditetapkan
Sasaran :  Murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

Murid Tahun 3 dikecualikan daripada aktiviti Kokurikulum sehingga akhir tahun ini. 

Aktiviti ini dijalankan secara penggiliran pada setiap minggu. Ini disebabkan kawasan sekolah yang terhad dan bilangan murid yang ramai. Jadual perjumpaan aktiviti Kokurikulum adalah seperti berikut:

Setiap tarikh perjumpaan, murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan perjumpaan bersemuka dan kumpulan perjumpaan secara online. Markah bagi kedua-dua kaedah ini adalah sama.

Perjumpaan secara online akan menggunakan aplikasi WhatsApp yang akan diselenggara oleh Guru Penasihat unit Kokurikulum. Tempoh waktu perjumpaan bersemuka adalah 2 jam setiap sesi. Murid-murid juga digalakkan membawa dan mengguna peralatan sendiri. Contohnya : raket badminton, tali ikatan, alat muzik dan lain-lain.

Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah mengisi dan mengembalikan Borang Kebenaran Menyertai Aktiviti Sukan dan Kokurikulum kepada pihak sekolah. Ibu bapa diharap dapat menguruskan pengangkutan anak-anak pada setiap hari Rabu mengikut jadual yang yang telah ditetapkan.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Wednesday, September 23, 2020

Program Minda Sihat : Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat

Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Selasa (22/9/2020) untuk peserta Tahun 1 dan pada hari Rabu (23/9/2020) untuk peserta Tahun 2. Seramai 20 peserta dari Tahun 1 dan 19 peserta dari Tahun 2 telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan di bilik Bimbingan & Kaunseling SKTPP.

Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kepentingan menjaga kesihatan mental dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah amnya dan murid-murid khususnya. Dengan adanya aktiviti seperti ini juga, secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid serta memotivasikan mereka untuk bersaing bagi mencapai kejayaan.

Berbagai-bagai ragam dan gaya para peserta dapat disaksikan sepanjang program ini berlangsung. Jom...sama-sama kita saksikan gambar-gambar serta video yang sempat dirakamkan. Gambar-gambar dan video di bawah ini adalah dari peserta Tahun 1 :


















Lima pemenang telah dipilih dalam kalangan 20 peserta Tahun satu ini. Lima pemenang tersebut adalah:
Tempat Pertama: Qisha Hana bt Khairulnizam (1 Turquoise)
Tempat Kedua  :  Putri Nurjannatul Asari bt Hanifah (1 Emarald)
Tempat Ketiga  : Muhammad Harraz Danish bin Mohd Hidzir (1 Topaz)
Tempat Keempat : Muhammad Firash Qayyum bin Abdul Razak (1 Turquoise)
Tempat Kelima : Siti Aliya bt Muhamad Suhaizi (1 Zircon)
Semua peserta yang tidak berjaya menjadi pemenang akan menerima hadiah saguhati. 

Gambar-gambar seterusnya adalah peserta pantun untuk Tahun 2 :

























Lima pemenang juga telah dipilih dalam kalangan 19 peserta Tahun 2. Lima pemenang tersebut adalah:
Tempat Pertama: Muhammad Amin Rizqi bin Mohd Azwadi (2 Windows)
Tempat Kedua   : Nur Nadhirah bt Hisyaruddin (2 Oracle)
Tempat Ketiga   : Faatin Nur Arissa bt Ahmad Faizal (2 Unix) 
Tempat Keempat : Nur Eryna bt Amerudin (2 Windows) 
Tempat Kelima  : Muhammad Haris Farhan bin Mohd Haafiz (2 Unix)
Semua peserta yang tidak berjaya menjadi pemenang, akan menerima hadiah saguhati. 

TAHNIAH dan SYABAS kepada semua peserta
Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera!!!