Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah
dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 2004. Pada awal pembukaannya, hanya 23
buah kelas yang beroperasi dengan jumlah 1000 orang murid dan 38 orang guru serta seorang pembantu tadbir.
Selain itu, terdapat 3 orang pekerja pembersihan swasta dan 3 orang pengawal
keselamatan yang banyak membantu melancarkan perjalanan pengurusan sekolah pada
waktu itu.
Dari semasa ke semasa, bilangan murid bertambah
secara drastik. SK Taman Putra Perdana kini menampung hampir 2000 orang murid
yang terdiri daripada 3 aliran iaitu Aliran Perdana, Prasekolah dan Aliran
Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) Masalah Pembelajaran.
Sehingga kini, seramai 7 orang Guru
Besar telah menerajui kepemimpinan sekolah iaitu:
Nama Guru Besar |
Mula Berkhidmat |
Sehingga |
Puan Hajah Norlia binti Daya |
02 Januari 2004 |
30 April 2004 |
Puan Salmiah binti Hashim |
01 Mei 2004
|
15 November 2004
|
Encik Hamzah bin Harun |
16 November 2004
|
30 September 2006
|
Encik Harun bin Zainul |
01 Oktober 2006
|
30 September 2009
|
Encik Sukimin bin Juki |
01 Oktober 2009
|
31 Disember 2013
|
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali |
01 Februari 2014
|
5 Disember 2023 |
Encik Izzuddin bin
Yoop |
06
MEI 2024 |
Sehingga
kini |
Pada awal pembukaannya, SKTPP mempunyai 30
buah bilik darjah, 2 buah bilik sains, sebuah bilik komputer,
dewan terbuka, bilik pemulihan, bilik tayangan, bilik muzik, bilik Kemahiran
Hidup, bilik Pendidikan Seni, bilik guru, pejabat pentadbiran, bilik
persalinan, surau, tempat meletak basikal, kantin dan kedai buku.
Beberapa blok bangunan telah ditambah untuk
menampung bilangan murid yang semakin bertambah saban tahun. Di samping itu,
beberapa pengubahsuaian bilik telah dilakukan iaitu 3 buah bilik komputer, 2
buah kelas prasekolah, 6 buah kelas pendidikan khas dan tambahan sebuah bilik
guru yang diubahsuai daripada bilik pendidikan seni.
Pada tahun 2018, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
telah meluluskan pembukaan 57 buah kelas aliran perdana, 6 kelas pendidikan
khas dan 2 kelas prasekolah untuk menampung hampir 2000 orang murid, 138 orang guru, 12 orang
staf sokongan, 12 orang pekerja pembersihan dan 4 orang pengawal
keselamatan.
Terdapat dua sesi persekolahan di SK Taman Putra
Perdana iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi terdiri daripada murid Tahap
2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 di samping murid prasekolah dan murid pendidikan khas.
Sesi petang pula terdiri daripada murid Tahun 1, 2 dan 3. Dalam masa lebih
sedekad, sekolah ini terus bersaing dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Kini sekolah telah menempa nama dalam pelbagai bidang akademik, Hal Ehwal Murid (HEM) dan sukan
seiring kebitaraan sekolah : kesenian, PPDa dan kriket. Semoga anak-anak murid yang belajar di sekolah ini akan terus cemerlang dalam segenap bidang kemenjadian murid selaras dengan aspirasi bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment