... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 30, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke 28 (Sesi Petang)

Hari    : Isnin
Tarikh : 30 Julai 2018
Masa   : 1.20 petang hingga 2.00 petang

Guru Bertugas :
1. En. Nor AmirulFitri b Othman
2. Pn. Nur Azizati bt Ahmad
3. Pn. Nur Malisha bt Omar
4. Cik Zalina bt Ismail
5. Pn. Rohani bt Mansor
6. Pn. Nor Athirah Amani
7. Pn. Zabedah bt Othman

Barisan guru - guru bertugas pada minggu ini.

Laporan Perhimpunan :

Pengacara Majlis : En. Nor AmirulFitri b Othman



1. Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Aku Negaraku.
  • Bacaan doa oleh Penolong Ketua Pengawas Rayyan Hayy (3 Jujur).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Jalan Raya oleh En. Nor AmirulFitri b Othman.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Damia Batrisya (3 Intelek).

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Pn. Zauiyah bt Ismail



  • Murid dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dan bertenang serta jangan berlari semasa turun tangga terutamanya pada waktu rehat.
  • Kebersihan di dalam kelas juga semakin memuaskan. Tahniah untuk semua! Diharapkan semua murid mengambil berat tentang pentingnya mengamalkan kebersihan di mana-mana sahaja.

3. Lawad
  • BM : Menguli = Meramas
  • BI   : Delicious = Sedap
  • BA : Mualimun = Guru Lelaki

4. Tema Ucapan oleh En. Nor AmirulFitri b Othman
  • Tema : JALUR GEMILANG

  • Ada 14 jalur dalam Jalur Gemilang melambangkan 14 buah negeri dalam Malaysia.
  • 4 warna pada bendera Malaysia iaitu KUNING (Diraja), PUTIH (Kesucian), BIRU (Perpaduan) dan MERAH (Berani).
  • Maksud Gemilang pula ialah bercahaya, terang benderang dan melambangkan kecemerlangan negara Malaysia.

5. Pertandingan Keceriaan Kelas 
  • TAHUN 1 
    • Tempat Pertama: Sony
    • Tempat Kedua: Oppo
    • Tempat Ketiga: Huawei
Ketua kelas 1 Sony menerima hadiah tempat pertama.
  • TAHUN 2 
    • Tempat Pertama: Ibnu Thufail
    • Tempat Kedua: Ibnu Batutha
    • Tempat Ketiga: Ibnu Khaldun
Ketua kelas 2 Ibnu Thufail menerima hadiah tempat pertama.
  • TAHUN 3 
    • Tempat Pertama: Jujur
    • Tempat Kedua: Intelek
    • Tempat Ketiga: Harmoni
Ketua kelas 3 Jujur menerima hadiah tempat pertama.

Perhimpunan Rasmi Sesi Petang berakhir pada jam 2.15 petang.

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-28 (Sesi Pagi)

Tarikh                    : 30 Julai 2018
Hari                        : Isnin
Masa                      : 7.30 Pagi
Tempat                   : Dewan Perdana
Pengacara Majlis  : Adik Reeshmenraj a/l Jaiganesh dan Puan Nik Kamisah

Senarai nama guru bertugas kumpulan D:

1. Puan Noor Hayati binti Yusof
2. Puan Nurhayati binti Mohamed Nor
3. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
4. Puan Siti Rabiaah  binti Mohammad
5. Puan Julaili binti Onian
6. Puan Visva Vilasini a/p Koppal@Goppal
7. Puan Mazzaini binti Muda
8. Puan Nurul Huda binti Hasbullah
9. Encik Musrizuan bin Daud

     

        Barisan guru yang bertugas minggu ke-28

Agenda Perhimpunan :

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  • Bacaan doa 
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nik Kamisah.
  • Bacaan ikrar murid oleh adik Nurin Adlina binti Hassan.
                                   
Bacaan ikrar oleh Puan Nik Kamisah.

  Bacaan ikrar murid oleh adik Adlina

  2. Ucapan Guru Bertugas Minggu lepas (23.7.2018 - 27.7.2018)

      Laporan disampaikan oleh Puan Nurul Afiqah binti Mohd Hashim

i.   Aspek Kebersihan
Semua murid perlu menjaga kebersihan sama ada di kelas atau di kawasan sekolah. Pastikan juga kelas dibersihkan dahulu sebelum PdP bermula, supaya selesa untuk belajar.

ii.  Budaya Memberi Salam.
Budaya ini perlu diamalkan oleh murid apabila berselisih dengan guru sebagai tanda hormat.
         
iii. Waktu Datang ke Sekolah.
Mengingatkan murid-murid agar hadir ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi setiap hari. Ini kerana loceng akan dibunyikan jam 7.20 pagi

 3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan Kelas

Kelas Terbersih Tahun 4 :
Tempat 1 : Titanium
                2 : Elektrum
                3 : Uranium

Kelas Terbersih Tahun 5 :
Tempat 1 : Nafiri
                2 : Canang
                3 : Kompang

Kelas Terbersih Tahun 6 :
Tempat 1 : Radiologi
                2 : Respiratori
                3 : Surgeri
        
Penyampaian hadiah kelas terbersih


   3.1 .Ucapan Guru Bertugas Minggu ini (Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz)

Tema : Kenali Jalur Gemilang
          
      a. Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri.
   
      b. Bahagian yang berwarna biru tua bermaksud perpaduan. Manakala anak bulan tanda agama Islam agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan. Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli  Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Perkataan LAWAD 

          a.  B.Melayu        : Calang-calang  =  bukan sembarangan
          b.  B. Inggeris      : Delicacy            =  hidangan
          c.  B.Arab            : Kitton                =  kucing 

 4. Penyampaian sijil utk Program  Cha-Ching (Puan Murni binti Abdullah)




Murid-murid tahun 5 Seruling dan 5 Rebana yang terlibat dengan program Cha-Ching.

5. Ucapan Penolong Kanan PPKI (Puan Nor Hamizah binti Hamzah)

Puan Nor Hamizah binti Hamzah menyampaikan ucapan


a) Mengingatkan murid-murid Tahun 6 supaya datang awal ke sekolah. Pastikan hari Selasa dan Khamis datang pukul 7.00 pagi untuk mengikuti program Sehari Selembar Benang.

b) Kehadiran kelas tambahan kurang memuaskan. Diharap murid-murid dapat hadir kerana guru-guru yang mengajar adalah guru pakar dan sangat komited. Jadi rugilah sekiranya murid-murid   tidak mengambil kesempatan untuk belajar dan membuat persediaan bagi menghadapi UPSR.

c) Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan untuk murid-murid Tahun 6.

  • 6 - 8 Ogos 2018 : Percubaan UPSR
  • 9 Julai hingga 7 September 2018 : Pro Khas 1 untuk murid-murid PPKI seramai 9 orang.                  
       Oleh yang demikian, diharap dapat menjawab dengan baik dan sempurna.

d) Jualan aiskrim diadakan sebagai latihan kepada murid PPKI untuk subjek Matematik bagi melatih murid cara-cara  menggunakan wang @ duit dan menjadi usahawan apabila dewasa nanti. Antara sayur-sayuran yang ditanam sebagai tugasan PASR ialah cili, bendi, terung dan tomato.

Monday, July 23, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh : 23 Julai 2018
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis : Adik Reeshmenraj a/l Jaiganesh (6 Surgeri) & Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim

SENARAI NAMA GURU BERTUGAS KUMPULAN C:

1. Puan Norlida Binti Othman

2. Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim

3. Puan Roseniza Binti Setapa

4. Puan Norli Binti Hassan

5. Puan Zailezah Binti Sardi

6. Puan Grace a/p Danaraj

7. Encik Ishak Shairazi Bin Mohd Sauzi

8. Puan Nur Murni Binti Abdullah

9. Encik Muhammad Dzarfan Bin Kamar Bahrin

10.Encik Zurilazman Bin Abdullah


Barisan Guru Bertugas Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

AGENDA PERHIMPUNAN :

1. Nyanyian Lagu Kebangsaan, Bacaan Doa dan Ikrar.


2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (16 Julai - 20 Julai 2018)

Laporan disampaikan oleh En Srimahathevan a/l Vadivelu

3.Penyampaian Pemenang Keceriaan Kelas.

Pemenang Keceriaan Kelas ( PPKI)

Pemenang Keceriaan Kelas (Tahun 4)

Pemenang Keceriaan Kelas (Tahun 5)
Pemenang Keceriaan Kelas ( Tahun 6)

4. Ucapan Guru Bertugas (Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim)


Puan Nurul Afiqah Binti Mohd Hashim menyampaikan ucapan mengenai "Hormat dan Sayangi Ibu Bapa"

4.1 Tema : Hormat dan Sayangi Ibu Bapa
a) Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak.

b) Kita perlu menghormati ibu bapa dalam pelbagai aspek umpamanya dari segi komunikasi dan pergaulan.

c) Banyak hikmah menghormati ibu bapa seperti mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah. Selain itu, jiwa kita akan merasa tenang dan tenteram. Dengan menghormati ibu bapa juga dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kita. 

4.2 Perkataan Lawad


a) Bahasa Melayu : Berpusu-pusu → berduyun-duyun

b) Bahasa Inggeris : Placed → meletakkan 

c) Bahasa Arab : As-Sabi'u  (السابع) → ketujuh



5. Ucapan Pentadbir PK Kokurikulum : En Shahrizal Bin Ya'am

En Shahrizal Bin Ya'am menyampaikan ucapan 

a) Isu HFMD (kaki/tangan/mulut) segera dapatkan rawatan doktor sekiranya terdapat tanda-tanda dan maklumkan kepada pihak sekolah.

b) Hari jalinan mesra telah dijalankan pada Jumaat (20/7/2018) yang lepas. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.

c) Menasihati murid agar menggunakan peralatan dan perkakasan sekolah di bilik-bilik khas mahupun alatan permainan dan koku dengan berhemah.Peralatan-peralatan tersebut seharusnya boleh digunakan untuk lebih ramai murid dalam tempoh yang lebih lama.Merosakkan dengan sengaja atau membawa pulang barang-barang tertentu tanpa kebenaran merupakan satu tindakan yang salah dari sudut agama dan moral.

d) Patuhi tatacara pemakaian pakaian sekolah yang telah digariskan oleh KPM dan merujuk buku peraturan sekolah .Ini termasuk pemakaian pakaian UB (Unit Beruniform) pada waktu koku.

e) Semua murid dilarang masuk dan keluar dari kawasan sekolah menggunakan pagar yang berlubang berhampiran kawasan padang. Pagar tersebut telah banyak kali dibaiki namun ada segelintir murid yang tak bertanggungjawab telah merosakkan kembali.Tindakan tegas akan diambil sekiranya murid tersebut ditangkap.

f) Tahniah kepada 5 orang murid sekolah kita telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke Kejohanan Kriket MSSM di Kelantan yang akan berlangsung pada 5 - 10 Ogos nanti.


5.1 Senarai Nama Pemain Kriket Selangor (MSSM);

1. Asyraf Rifaei Bin Afindi, Tahun 6 Kardiologi (Spinner Bowler & Right Hand Batsman

2. Muhammad Syahir Syamael Bin Shaari, Tahun 6 Ortopedik (Spinner Bowler & Right Hand Batsman)

3. Muhammad Hafiz Bin Suhaimi, Tahun 6 PPKI  (Fast Bowler & Right Hand Batsman)

4. Muhammad Adam Azfar Bin Mazlan, Tahun 6 Surgeri  (Wicket Keeper & Right Hand Batsman)

5. Muhammad Akram B. Abd. Malek, Tahun 5 Canang  (Fast Bowler & Left Hand Batsman)

5 orang murid SKTPP akan mewakili pasukan kriket Selangor ke Kejohanan MSSM 2018 di Kelantan minggu depan. Tahniah!


Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.

Laporan disediakan oleh:

MOHD ISHAK SHAIRAZI BIN MOHD SAUZI

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-27 (Sesi Petang)

Hari: Isnin
Tarikh: 23 Julai 2018
Masa: 1.20 petang hingga 2.30 petang

Guru Bertugas:
1. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
2. Pn. Nor Maziah binti Abd Malek
3. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
4. Pn. Fadhilah binti Talib
5. Pn. Rabihah binti Amirudin
6. Pn. Siti Maziah binti Muhamad Tajudin
7. Pn. Zauiyah binti Ismail

Barisan guru bertugas

Laporan perhimpunan:

Pengacara majlis: En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

1. Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
  • Bacaan doa oleh Penolong Ketua Pengawas Rayyan Hayy (3 Jujur).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh En. Nor AmirulFitri b Othman.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Damia Batrisya (3 Intelek).

Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas

2. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
  • Murid dinasihatkan supaya menjaga keselamatan ketika di dalam kawasan sekolah.
  • Murid diminta agar tidak bergurau berlebihan dengan rakan-rakan sehingga menyebabkan kcederaan.
  • Kebersihan bilik darjah perlu diperbaiki.

3. Perkataan Lawad
  •  Bahasa Melayu : Berpusu-pusu → berduyun-duyun
  •  Bahasa Inggeris : Placed → meletakkan 
  •  Bahasa Arab : As-Sabi'u  (السابع) → ketujuh

4. Tema ucapan oleh En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

Tema: Hormati Ibu Bapa
    • Menggunakan bahasa yang lembut dan sopan ketika bercakap.
    • Mencium tangan ketika bersalaman sebelum dan selepas ke sekolah.
    • Mendengar cakap dan nasihat yang diberi oleh ibu bapa.
5. Acara penyampaian hadiah untuk pertandingan Minggu Bahasa Melayu 2018

Pemenang menerima hadiah

Pemenang menerima hadiah 
Pemenang menerima hadiah


Pn. Nik Rosmaliza selaku juruacara

Perhimpunan tamat pada pukul 2.30 petang.

Kempen "HOUR OF CODE 2018"

 HOUR OF CODE SKTPP 

Kempen "Hour of Code" (HOC) ini terbuka kepada semua murid. HOC ialah aktiviti selama 1 jam untuk memperkenalkan murid kepada asas pengaturcaraan (coding) dan sains komputer di semua sekolah. Jom sertai dengan jaya dan dapatkan sijil penyertaan serta bantu pihak sekolah mengumpul seberapa banyak penyertaan dalam kempen ini.

http://BBA9224.1bestarinet.net/hoc2018

http://BBA9224.1bestarinet.net/hoc2018

Sunday, July 22, 2018

Program Menjulang Akademik Sepang (MAS 2.0) dan SUKSeS UPSR (Fasa 2) 2018


Bersyukur kita ke hadrat Illahi, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh peserta-peserta program MAS dan SUKSeS iaitu pada 21 dan 22 Julai 2018. Semua peserta yang terpilih termasuk 52 orang murid dari SK Taman Putra Perdana bersama-sama berkumpul di Dewan Perdana SMK Dato' Abu Bakar Baginda bagi mendengar dan menerima ilmu dalam Bengkel Teknik Menjawab UPSR.

Sesungguhnya, semua peserta berasa bertuah kerana didatangkan oleh pihak penganjur penceramah-penceramah yang terkenal dengan kehebatannya dalam menyampaikan ceramah berkaitan teknik menjawab peperiksaan UPSR serta kepakarannya dalam penandaan kertas peperiksaan UPSR. 


Semoga dengan perkongsian dari penceramah-penceramah ini, dapat memberi informasi yang sangat berguna buat semua peserta.

SUKSeS merupakan singkatan dari perkataan 'Strategi Untuk Kecemerlangan Seluruh Selangor'.

Matlamat program:
1. Meningkatkan bilangan murid cemerlang di semua sekolah di Selangor.
2. Membantu murid mencapai kecemerlangan melalui bimbingan berfokus dan sistematik.
3. Mewujudkan budaya belajar yang efektif melalui rakan sebaya dan persaingan yang sihat.

Atur Cara Program:
Tarikh: 21 Julai 2018 (Sabtu)
Masa:
8.00 pagi hingga 10.00 pagi :
Bengkel Teknik Menjawab Matematik oleh En Zakaria bin Abdul Rani
10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari:
Bengkel Terknik Menjawab Bahasa Inggeris Pemahaman oleh KN Rema a/p KK Narayanan
12.30 tengah hari hingga 2.00 petang:
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris Penulisan oleh Pn Al Raisah bt Abd Latip

Senarai nama guru pengiring/fasilitator:
1. Pn Rosmawati bt Md Desa
2. Pn Juli bt Mahbah

Tarikh: 22 Julai 2018 (Ahad)
Masa:
8.00 pagi hingga 10.00 pagi :
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu Pemahaman oleh En Sazali bin Mat Abu
10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari:
Bengkel Terknik Menjawab Bahasa Melayu Penulisan oleh En Mohd Rahim bin Maulan
12.30 tengah hari hingga 2.00 petang:
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Sains oleh Pn Noorhayati bt Yeop

Senarai nama guru pengiring/fasilitator:
1. Pn Rosmawati bt Md Desa
2. Pn Juli bt Mahbah
3. Pn Roslinda bt Mansor
4. Pn Zailezah bt Sardi
5. Pn Norasamawati bt Omar

Senarai nama peserta SUKSeS SK Taman Putra Perdana:
1. Adam Ashraf bin Abdul Muzi - 6 Surgeri
2. Aleeya Hazeeqa bt Hasby - 6 Surgeri
3. Alya Nurdayana bt Azuar Affendi - 6 Surgeri
4. Amalia Huda bt Mohd Saidi - 6 Surgeri
5. Azlin Syuhada bt Mohammad 'Asri - 6 Surgeri
6. Dahlia Efrina bt Muhammad Harri - 6 Surgeri
7. Daim Firnas bin Suhar - 6 Surgeri
8. Fatnin Miasarah bt Saiful Bahari - 6 Surgeri
9. Hanna Safea bt Rashid - 6 Surgeri 
10. Iean Hamzah bin Hamizan - 6 Surgeri
11. Izzat Izzedin bin Sani - 6 Surgeri
12. Madihah Aisyah bt Mahadir - 6 Surgeri
13. Marea Khadija bt Muhammed Irwan - 6 Surgeri
14. Muhammad Adam Azfar bin Mazlan - 6 Surgeri
15. Muhammad Aqil Fitri bin Zaimie - 6 Surgeri
16. Muhammad Ilham Firdaus bin Nor Hoda - 6 Surgeri
17. Muhammad Izzad bin Mohamad Zaihan - 6 Surgeri
18. Muhammad Luqman Hakim bin Mohd Sahar - 6 Surgeri
19. Muhammad Luqman Nurhakim bin Abdullah - 6 Surgeri
20. Muhammad Muaz bin Mohd Yusop - 6 Surgeri
21. Niqa Abyana bt Mohd Zaimi - 6 Surgeri
22. Nur Afiah Safiya bt Yusnizam - 6 Surgeri 
23. Nur Ainin Syafila bt Azmi - 6 Surgeri
24. Nur Alia Qistina bt Ahmad Ghazali - 6 Surgeri
25. Nur Arianna El Emin bt Muhammad Fakhri El Emin - 6 Surgeri
26. Nurin 'Adlina bt Hassan - 6 Surgeri
27. Putri Adriena bt Telso - 6 Surgeri
28. Reeshmenraj a/l Jaiganesh - 6 Surgeri
29. Shevakanth a/l Sonthar Lingam - 6 Surgeri
30. Syafia Jasmine bt Shahrulinizam - 6 Surgeri
31. Tarun Aditya a/l Dilagar Muthumani - 6 Surgeri
32. Zarif Hilman bin Mohd Hazril - 6 Surgeri
33. Aqil Ikmal bin Yazid - 6 Respiratori
34. Arif Arfan bin Abd Razak - 6 Respiratori
35. Luqman Hakim bin Nor Azmi - 6 Respiratori
36. Luth Fhil Hadi bin  Radzuan - 6 Respiratori
37. Muhamad Rayyan Daniel bin Rosan - 6 Respiratori
38. Muhammad Adib Ataullah bin ainal Adrian - 6 Respiratori
39. Muhammad Danial Hafiey bin Khairil Anuar - 6 Respiratori
40. Muhammad Haziq Fahim bin Ahmad Azhar - 6 Respiratori
41. Muhammad Iman Haikal bin Norhisham - 6 Respiratori
42. Nur Alysha bt Abdul Halim - 6 Respiratori
43. Nur Alysya bt Wazir - 6 Respiratori
44. Nur Aqilah bt Mohd Ramizu - 6 Respiratori
45. Puteri Intan Fazurena bt Salim - 6 Respiratori
46. Shireen bt Raimie - 6 Respiratori
47. Syasya Firzanah bt Harun - 6 Respiratori
48. Aiman Harith bin Azizul Syahril - 6 Radiologi
49. Muhammad Irfan Qaedibin Rushdan - 6 Radiologi
50. Nurul Hanis Firzanah bt Mohd Yusof - 6 Radiologi
51. Nurul Syakirah Farzanah bt Mohd Yusof - 6 Radiologi
52. Wan Amirul Aqeef bin Wan Kamal Shahrin - 6 Radiologi                         

Berikut merupakan momen yang sempat dirakamkan semasa berlangsungnya Program MAS dan SUKSeS.


Penceramah pada 21 Julai 2018

Penceramah pada 22 Julai 2018

Wajah-wajah ceria peserta SUKSeS

Jom berbengkel..




Barisan guru pengiring/fasilitator SKTPP

Bergambar kenangan bersama semua peserta SUKSeS, penceramah, urusetia dan fasilitator

Friday, July 20, 2018

Program Minggu Bahasa Melayu 2018 (Sesi Petang)

Program Minggu Bahasa Melayu ialah satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Melayu. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sehubungan itu, Program Minggu Bahasa Melayu disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan potensi murid dengan menambahkan kosa kata Bahasa Melayu serta meningkatkan keyakinan diri untuk menyertai pelbagai pertandingan yang akan dianjurkan di peringkat sekolah. Selain itu, program ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Diharap program ini mampu memberi keyakinan dan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah menjadi murid yang berpengetahuan luas dan serba boleh.

Objektif program adalah seperti berikut:
3.1 Menambah pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Melayu.
3.2 Mendedahkan pengalaman baru kepada murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
3.3 Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk semangat bekerjasama sesama murid dan juga guru.
3.4 Sebagai aktiviti tahunan Panitia Bahasa Melayu.

Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK TAMAN PUTRA PERDANA, antaranya;

Prasekolah   - Tulisan Cantik
PPKI           -  Permainan Bahasa               
Tahun 1        - Pertandingan Bercerita
Tahun 2        - Pertandingan Bercerita
Tahun 3        - Pertandingan Bercerita
Tahun 4        - Pertandingan Bersajak
Tahun 5        - Pertandingan Bersyarah
Tahun 6        - Pertandingan Bersyair

 Antara gambar-gambar yang dirakam sepanjang program.

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu sesi petang



Pertandingan yang dijalankan sepanjang program (sesi petang)

Pertandingan Bercerita

Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi. 


 Majlis Penyampaian Hadiah..


Disediakan oleh;
Nor Latipah